HomeInfoPertandingan Olympiad Nanoteknologi Malaysia (ONM) 2022

Pertandingan Olympiad Nanoteknologi Malaysia (ONM) 2022

Pusat Nanoteknologi Kebangsaan dengan kerjasama The MASS Malaysia menganjurkan Pertandingan Olympiad Nanoteknologi Malaysia (ONM) Peringkat Kebangsaan 2022. 

Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada SEMUA Pelajar Universiti Awam dan Swasta di Peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan PhD.

Hadiah wang tunai, trofi dan sijil diberikan kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga pertandingan ini.

Latar Belakang Pertandingan Olympiad Nanoteknologi Malaysia (ONM)

Pertandingan Olympiad Nanoteknologi Malaysia (ONM) Peringkat Kebangsaan 2022 merupakan penganjuran kali kelima oleh Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC). Ia diadakan bertujuan untuk memilih dan membentuk pasukan yang akan mewakili Malaysia dalam pertandingan International Nanotechnology Olympiad (INO) 2023.

Tema Pertandingan

Tema pertandingan ONM 2022 ialah “Nanoteknologi Untuk Aplikasi Penjanaan dan Penyimpanan Tenaga”.

Cara Penyertaan

Peserta hendaklah membuat pendaftaran secara dalam talian serta membuat pilihan sesi (Sesi 1 atau Sesi 2) untuk menjalani Peperiksaan Saringan Dalam Talian Pertandingan ONM Peringkat Kebangsaan 2022 melalui pautan https://forms.gle/hQJBs7vaaeVZaE4J8.

Terma dan Syarat Pertandingan

  1. Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada SEMUA pelajar Universiti Awam dan Swasta di Peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.
  2. Tema pertandingan ONM 2022 ialah “Nanoteknologi Untuk Aplikasi Penjanaan dan Penyimpanan Tenaga”.
  3. Peserta perlu menjalani ujian saringan Fasa Pertama bagi melayakkan diri untuk ke Fasa Akhir ONM 2022.
  4. Fasa Pertama merupakan Peperiksaan Saringan Dalam Talian Pertandingan ONM Peringkat Kebangsaan 2022 yang akan diadakan pada 5 Oktober 2022 (Sesi 1) dan 7 Oktober 2022 (Sesi 2).
  5. Peserta hendaklah membuat pendaftaran secara dalam talian serta membuat pilihan sesi (Sesi 1 atau Sesi 2) untuk menjalani Peperiksaan Saringan Dalam Talian Pertandingan ONM Peringkat Kebangsaan 2022 melalui pautan https://forms.gle/hQJBs7vaaeVZaE4J8
  6. Pautan Whatsapp group berdasarkan sesi yang dipilih bagi Peperiksaan Saringan Pertandingan ONM 2022 akan diberikan melalui emel yang didaftarkan. Kata laluan akan diberikan melalui Whatsapp group 30 minit sebelum Peperiksaan Saringan bermula.
  7. Peperiksaan Saringan hanya boleh diakses pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Peserta dikehendaki memasukkan kata laluan dan perlu menjawab dalam tempoh masa 90 minit. Peserta perlu menghantar jawapan dalam tempoh masa ditetapkan atau jawapan peserta TIDAK dapat disimpan dalam sistem selepas tempoh masa peperiksaan tamat.
  8. Urus setia pertandingan akan menghubungi 30 peserta yang memperolehi markah tertinggi Fasa Pertama untuk menyertai Kem Olympiad Nanoteknologi Malaysia 2022 (Fasa Akhir) yang akan diadakan pada 23 hingga 29 Oktober 2022.
  9. Urusetia pertandingan berhak meminda apa jua peraturan atau syarat yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa.

Hadiah Utama Pertandingan ONM 2022

Tempat Pertama :RM1,500.00 x 1 pemenang + trofi + sijil
Tempat Kedua :RM1,000.00 x 1 pemenang + trofi + sijil
Tempat Ketiga  :RM500.00 x 1 pemenang + trofi + sijil

Hadiah Kem ONM 2022

Pingat Emas10 Pemenang
Pingat Perak10 Pemenang
Pingat Gangsa10 Pemenang

Penjurian Fasa Akhir

  1. Juri yang dilantik kementerian akan menilai pembentangan peserta dalam kumpulan semasa pusingan akhir yang meliputi aspek berikut:
    1. Kandungan saintifik; dan
    2. Kreativiti dan inovasi
  2. Hadiah kepada pemenang akan disampaikan dalam majlis rasmi anjuran kementerian.
  3. Keputusan juri adalah muktamad.

Info dan Pertanyaan Lanjut

Sebarang info dan pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Urusetia melalui maklumat berikut;

Pertandingan Olympiad Nanoteknologi Malaysia (ONM) Peringkat Kebangsaan 2022

Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, 

Aras 4, Blok C7, Kompleks C, 

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62662, Putrajaya 

Tel: 03-8885 8669/8665 

emel: [email protected]

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments