Puasa 6 di bulan Syawal atau sering disebut “puasa enam” merupakan salah satu amalan sunnah yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW.
Ia mempunyai pelbagai kelebihan yang dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang melakukan amalan tersebut. Ini adalah cara yang baik untuk memperkukuhkan ketaatan dan keimanan setelah bulan Ramadhan berakhir.
Bagi mereka yang ingin berpuasa enam ini, berikut merupakan beberapa panduan penting dari segi cara niat, kelebihan, tarikh akhir untuk puasa dan sebagainya.
Lihat Juga: Pantun Hari Raya Aidilfitri 2025 (Klasik, Lawak, 2 Kerat, Duit Raya)
Kelebihan Puasa 6
Terdapat beberapa kelebihan dan fadhilat bagi mereka yang berpuasa enam iaitu;
1) Pahala Sama Dengan Berpuasa Setahun
Sesiapa yang berpuasa 6 dibulan Syawal diberi ganjaran pahala seperti berpuasa selama setahun.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (Pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun.”
2) Puasa pada bulan Syaaban dan Syawal menyempurnakan puasa Ramadan
Dalam pada itu juga, sekiranya berlaku kekurangan pada puasa Ramadan lalu, puasa pada bulan Syawal ini dapat menyempurnakan puasa pada bulan Ramadan kita.
3) Dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT
Amalan berpuasa sunat dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT selain daripada menjadi perisai daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah dalam agama.
4) Bukti Syukur Kita Kepada Allah SWT
Sebagai bukti rasa kesyukuran kepada Allah juga, kita dianjurkan berpuasa pada bulan Syawal ini dan juga sebagai bukti keikhlasan amal soleh sepanjang bulan Ramadan yang lalu.
Lihat Juga: 50 Idea Jamuan Hari Raya Sekolah Anak
Lafaz Niat Puasa 6
Berikut adalah cara niat puasa 6 yang disertai dengan lafaz, bacaan dalam rumi beserta maskudnya;
Niat Puasa 6 Digabung Puasa Ganti
Bagi mereka yang ingin menggabungkan puasa ganti (qada puasa) dengan puasa enam, panduan lafaz niat adalah sebagaimana berikut;
Cara Puasa Enam Syawal
Para Ulama berpendapat bahawa puasa 6 boleh di Syawal boleh dilakukan dalam 2 keadaan berikut;
- Secara berturutan
- Selang seli
Sama ada puasa ini dibuat secara berturutan atau tidak, ia boleh dilakukan selagi mana masih berada dalam bulan syarat.
Cadangan Tarikh Untuk Berpuasa Sunat Enam Syawal 2025
Berikut merupakan panduan atau cadangan tarikh yang sesuai bagi mereka yang merancang untuk melaksanakan ibadah sunat ini.
Walau bagaimanapun, puasa enam boleh dilaksanakan pada bila-bila masa di bulan Syawal melainkan 1 Syawal dan tarikh-tarikh ini merupakan cadangan sahaja.
Tarikh Hijri | Tarikh Masihi | Hari | Puasa |
---|---|---|---|
2 Syawal | 1 April | Rabu | |
3 Syawal | 2 April | Khamis | Sunat Khamis |
4 Syawal | 3 April | Jumaat | |
5 Syawal | 4 April | Sabtu | |
6 Syawal | 5 April | Ahad | |
7 Syawal | 6 April | Isnin | Sunat Isnin |
8 Syawal | 7 April | Selasa | |
9 Syawal | 8 April | Rabu | |
10 Syawal | 9 April | Khamis | Sunat Khamis |
11 Syawal | 10 April | Jumaat | |
12 Syawal | 11 April | Sabtu | |
13 Syawal | 12 April | Ahad | Puasa Hari Putih |
14 Syawal | 13 April | Isnin | Sunat Isnin + Puasa Hari Putih |
15 Syawal | 14 April | Selasa | Puasa Hari Putih |
16 Syawal | 15 April | Rabu | |
17 Syawal | 16 April | Khamis | Sunat Khamis |
18 Syawal | 17 April | Jumaat | |
19 Syawal | 18 April | Sabtu | |
20 Syawal | 19 April | Ahad | |
21 Syawal | 20 April | Isnin | Sunat Isnin |
22 Syawal | 21 April | Selasa | |
23 Syawal | 22 April | Rabu | |
24 Syawal | 23 April | Khamis | Sunat Khamis |
25 Syawal | 24 April | Jumaat | |
26 Syawal | 25 April | Sabtu | |
27 Syawal | 26 April | Ahad | |
28 Syawal | 27 April | Isnin | Sunat Isnin |
29 Syawal | 28 April | Selasa |
Tarikh yang dibold merupakan berhimpunnya fadihat berikut;
- Puasa 6 Syawal
- Puasa Isnin Khamis
- Puasa Hari Putih
Tarikh Akhir Untuk Mula Puasa Enam Syawal 2024 Secara berturut-turut
Berdasarkan Kalendar Islam 2025 JAKIM, bulan Syawal 1446 ada 29 hari sahaja.
Oleh itu, bagi mereka yang ingin berpuasa sunat enam hari di penghujung Syawal secara berturut-turut, tarikh akhir untuk mula berpuasa adalah pada hari Rabu, 23 April 2025, bersamaan dengan 24 Syawal 1446H.
Untuk gambaran lebih jelas, lihat jadual berikut;
6 Hari Terakhir untuk Puasa Enam Syawal 2025
Bil. Puasa | Hari | Hijri 1446H | Masihi 2025 |
---|---|---|---|
1 | Rabu | 24 Syawal | 23 April |
2 | Khamis | 25 Syawal | 24 April |
3 | Jumaat | 26 Syawal | 25 April |
4 | Sabtu | 27 Syawal | 26 April |
5 | Ahad | 28 Syawal | 27 April |
6 | Isnin | 29 Syawal | 28 April |
Puasa Qada Gabung Puasa Enam Syawal
- Puasa gabungan antara qada dan 6 Syawal diharuskan menurut pendapat muktamad mazhab Syafi’i. Fatwa keharusan ini disepakati oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami, Imam Syamsuddin al-Ramli dan majoriti ulama Syafi’iyyah.
- Meskipun diharuskan menurut mazhab Syafi’ie tetapi ganjaran atau pahala puasa yang diperolehi tidak sempurna, ini kerana lebih afdal dilakukan pada hari yang berlainan. Apa yang lebih dituntut mengada puasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa 6 Syawal.
- Adakah wajib niat gabung puasa qada dan 6 bagi sesiapa yang ingin menggabungkan kedua² sekali? Jawapannya, perkara ini khilaf antara Imam Ibn Hajar dan Imam Ramli seperti berikut:
- Menurut Imam Ibn Hajar al-Haitami, jikalau puasa qada ingin disertakan pahala puasa 6 mesti diniat gabungan antara kedua-duanya.
- Manakala menurut Imam Syamsuddin al-Ramli sesiapa sahaja yang mengqadakan puasa di bulan Syawal secara automatik dia mendapat ganjaran puasa 6 Syawal. Oleh itu menurut beliau tidak wajib niat qabung.
- Lebih selamat ialah berpegang kepada pandangan Ibn Hajar iaitu mesti niat gabung jika ingin digabungkan kedua²nya. Menurut beliau, jika seseorang berniat qada sahaja, maka puasanya tidak diganjari dengan puasa 6 juga.
- Selain itu, menurut ulama mazhab Syafi’ie, sesiapa yang tidak sempat melaksanakan puasa 6 Syawal kerana keuzuran atau kesibukan, maka dia disunatkan untuk mengqada puasa 6 tersebut di bulan Dzulqaedah. Namun pahala qada ini tidak setanding jika dilakukan sendiri di bulan Syawal seperti yang dinyatakan oleh Imam Ibn Hajar di dalam al-Tuhfah.
Sumber: Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil
Lihat Juga;