HomeBiasiswaDermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK 2024

Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK 2024

PERMOHONAN PROGRAM PENAJAAN PENDIDIKAN MAIK BIASISWA SULTAN ISMAIL PETRA (BSIP) MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

Sukacitanya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membuka permohonan kepada calon-calon yang berkelayakan bagi memohon Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK bagi Tahun 2024.

Bagi tujuan ini (MAIK) menawarkan program biasiswa tajaan di Peringkat Ijazah Pertama di Luar Negara dalam bidang Pengajian Islam kepada pelajar lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) MAIK dan lepasan STAM di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh MAIK.

Apa Itu Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP)? 

Program ini merupakan program biasiswa tajaan di Peringkat Ijazah Pertama di Luar Negara dalam bidang Pengajian Islam kepada para pelajar lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) MAIK dan pelajar lepasan STAM di bawah kelolaan YIK dan JPNK mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh MAIK. 

Bantuan kewangan ini mula diperkenalkan sejak tahun 2002 dan keutamaan adalah diberikan kepada para pelajar daripada golongan asnaf fakir dan miskin. 

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 1 Jun 2024 sehingga 30 Jun 2024.

Iklan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK 2024

Syarat Umum Permohonan

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia (peranakan Kelantan) yang lahir dan bermastautin menetap di Kelantan.
  2. Ibubapa atau Penjaga pemohon menetap dan bermastautin di Kelantan SAHAJA.
  3. Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
  4. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
  5. Telah menerima surat tawaran daripada Universiti – yang diiktiraf di dalam MQA.
  6. Keputusan permohonan adalah tertakluk kepada KELULUSAN pihak MAIK.

Syarat Khusus Calon

Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) MAIK

  1. Pencapaian minima PNGK 3.0 (Diploma Maahad)

Pelajar selain Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) MAIK

  1. Pencapaian minima adalah Jayyid Jiddan di Peringkat STAM dan / atau setaraf dengannya dan 
  2. Memperoleh keputusan keseluruhan peperiksaan minima Jayyid Jiddan pada tahun 1 peringkat ijazah

Bidang Pengajian

Pengajian Islam- berdasarkan surat tawaran

Tempat Pengajian

  • Mesir
  • Indonesia

*hanya untuk luar negara

Cara Memohon

Permohonan Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) boleh dilakukan melalui cara berikut;

  • Secara atas talian dengan klik pada pautan http://eagihan.e-maik.my/
  • Perkhidmatan KIOSK dan mesin pengimbas disediakan di aras bawah, Unit Agihan Zakat MAIK dan seluruh Masjid Bandar Negeri Kelantan dibawah kod 28412 – Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK

*Manual Pengguna Sistem Eagihan MAIK :
(https://online.fliphtml5.com/qhium/pbbg/#p=1)

* 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗜𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗛𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗢𝗟𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗥𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗦𝗨𝗥-𝗨𝗡𝗦𝗨𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗟𝗦𝗨𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗞𝗨𝗠𝗘𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗣𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦

Info lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi maklumat berikut;

Ikuti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)  di media sosial untuk kemas kini terkini:

Sumber: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments