PERMOHONAN PROGRAM PENAJAAN PENDIDIKAN MAIK DERMASISWA SULTAN ISMAIL PETRA (DSIP) MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membuka permohonan kepada calon-calon yang berkelayakan bagi memohon Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK bagi Tahun 2025.
Berikut adalah maklumat lanjut Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) 2025.
Apa Itu Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP)?
DERMASISWA Sultan Ismail Petra (DSIP), dahulu dikenali sebagai Bantuan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara, adalah salah satu daripada 20 jenis bantuan eAgihan yang disediakan oleh MAIK.
Bantuan ini dibiayai daripada sumber zakat dan diberikan kepada golongan asnaf yang layak bagi menyokong pengajian mereka.
Program DSIP merupakan satu bentuk bantuan kewangan (dermasiswa) yang diberikan setiap tahun berdasarkan permohonan pelajar bagi membantu anak-anak Kelantan melanjutkan pengajian di institusi Pengajian Tinggi Luar dan Dalam Negara dalam pelbagai bidang yang bermanfaat.
Bantuan dermasiswa ini diberikan berdasarkan permohonan pada tahun tersebut dan tertakluk kepada tempoh pengajian pelajar.
Permohonan dan kelulusan hanya sekali setahun sahaja.
Tempoh Permohonan
Permohonan dibuka bermula 1 Mac 2025 sehingga 31 Oktober 2025.

Jumlah Bantuan Dermasiswa DSIP 2025
Bantuan yang diberikan berbeza mengikut lokasi pengajian dan peringkat pendidikan:
Luar Negara (Selain Timur Tengah)
- Ijazah Sarjana Muda: RM5,000
- Sarjana: RM5,000
- Kedoktoran/PHD: RM5,000
Luar Negara (Timur Tengah Sahaja)
Keputusan Pengajian | Kadar Dermasiswa |
Maqbul (Lulus) | RM5,000 |
Jayyid | RM6,000 |
Jayyid Jiddan | RM7,000 |
Mumtaz | RM10,000 |
Dalam Negara
- Diploma: RM2,500
- Ijazah Sarjana Muda: RM2,500
- Sarjana: RM2,500
- Kedoktoran/PHD: RM2,500
Jumlah dermasiswa ini tertakluk kepada kelulusan pihak MAIK dan hanya diberikan sekali setahun. (Sumber: MAIK)
Syarat Umum MAIK
- Terbuka kepada warganegara Malaysia yang merupakan peranakan Kelantan, iaitu lahir dan bermastautin di Kelantan.
- Ibu bapa/penjaga pemohon mestilah menetap dan bermastautin di Kelantan sahaja.
- Pemohon mestilah daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
- Pendapatan kasar keluarga tidak melebihi RM10,000 sebulan.
- Tidak menerima tajaan pembiayaan (termasuk pinjaman boleh ubah) atau biasiswa daripada mana-mana pihak kecuali Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan bantuan kewangan/pinjaman agensi Kerajaan Negeri Kelantan.
- Bagi pemohon yang melanjutkan pengajian di luar negara, mereka mesti mendapatkan sekurang-kurangnya keputusan semester pertama dan ke atas pada peringkat semasa.
- Pemohon tidak menerima dermasiswa IPT MAIK pada tahun semasa.
- Keputusan permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MAIK.
Syarat Khusus Calon (Kelayakan Akademik)
Pelajar Luar Negara (Timur Tengah)
- Memperoleh keputusan Maqbul (Lulus) dan layak menyambung pengajian ke tahun seterusnya.
Pelajar Luar Negara (selain Timur Tengah)
- Memperoleh PNGK minimum 3.0 dan/atau keputusan 75% lulus serta layak menyambung pengajian ke tahun berikutnya.
Pelajar Dalam Negara
- Memperoleh PNGK minimum 3.0 dan/atau keputusan 75% lulus serta layak meneruskan pengajian ke tahun berikutnya.
Syarat Tambahan
- Maksimum permohonan dan kelulusan hanya 5 kali sepanjang tempoh pengajian.
- Bagi pengajian kemahiran Bahasa Arab (Lughah), hanya sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.
- Bagi negara selain Timur Tengah, permohonan dan kelulusan adalah tertakluk kepada tempoh pengajian.
- Baki tempoh pengajian pemohon mestilah sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh permohonan.
- Dermasiswa diberikan berdasarkan surat tawaran dan surat pengesahan pengajian terkini.
Syarat Kelayakan Memohon
Jumlah Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) yang diberikan berbeza berdasarkan tahap pengajian dan lokasi pengajian, serta keperluan akademik yang perlu dipenuhi oleh pemohon.
Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan pelajar anak Kelantan yang melanjutkan pengajian sama ada di institusi dalam negara atau luar negara, khususnya di Timur Tengah.
Pemohon perlu memenuhi syarat akademik yang ditetapkan, dan kadar dermasiswa akan diberikan berdasarkan keputusan pengajian serta peringkat pendidikan yang diikuti.
1. Luar Negara (Selain Timur Tengah)
- Ijazah Sarjana Muda: RM5,000
- Sarjana: RM5,000
- Kedoktoran/PHD: RM5,000
2. Luar Negara (Timur Tengah Sahaja)
- Berdasarkan keputusan pengajian bermula Tahun 1 peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PHD
- (Bukan keputusan STAM atau setaraf dengannya)
BIL | Keputusan Pengajian | Kadar Dermasiswa |
1 | Maqbul | RM5,000 |
2 | Jayyid | RM6,000 |
3 | Jayyid Jiddan | RM7,000 |
4 | Mumtaz | RM10,000 |
3. Dalam Negara
- Diploma: RM2,500
- Ijazah Sarjana Muda: RM2,500
- Sarjana: RM2,500
- Kedoktoran/PHD: RM2,500
Tertakluk kepada permohonan untuk setahun sekali sahaja.
Cara Permohonan
- Maklumat permohonan hendaklah diisi dengan tepat, lengkap, dan jujur seperti yang dinyatakan dalam lampiran dokumen.
- Permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan: http://eagihan.e-maik.my/ . Perkhidmatan KIOSK dan mesin pengimbas disediakan di aras bawah, Unit Agihan Zakat MAIK, serta di seluruh Masjid Bandar Negeri Kelantan di bawah kod 28412 – Dermasiswa Sultan Ismail Petra (DSIP) MAIK.
- Permohonan secara manual:
- Proses permohonan melalui sistem Eagihan:
- Memohon melalui sistem Eagihan ➝
- Pilih Permohonan Muatnaik Dokumen (Dalam status PERMOHONAN) ➝
- Permohonan dihantar ➝
- Kemas kini maklumat (dalam masa 7 hari selepas rujukan) ➝
- Proses pengurusan MAIK.
- Proses permohonan melalui sistem Eagihan:
Manual Pengguna Sistem Eagihan MAIK: https://online.fliphtml5.com/qhium/pbbg/#p=1
PIHAK MAIK BERHAK MENOLAK PERMOHONAN sekiranya terdapat unsur penipuan, pemalsuan dokumen, atau maklumat tidak sahih, tanpa sebarang notis.
Dokumen Yang Diperlukan
- Gambar pemohon berukuran pasport.
- Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kad pengenalan atau pasport bagi:
- Bapa pemohon atau
- Penjaga atau
- Suami (jika pemohon telah berkahwin) atau
- Ketua keluarga.
(Sekiranya individu berkenaan telah meninggal dunia, sila sertakan sijil kematian).
- Salinan kad pengenalan atau pasport bagi:
- Ibu pemohon atau
- Pasangan penjaga atau
- Isteri (jika pemohon telah berkahwin).
(Sekiranya individu berkenaan telah meninggal dunia, sila sertakan sijil kematian).
- Salinan kad pengenalan atau surat anak tanggungan di bawah ibu bapa/penjaga, iaitu:
- Isteri tidak bekerja.
- Anak tidak bekerja.
- Anak berumur bawah 21 tahun.
- Anak yang masih belajar.
- Ibu tunggal.
- Individu OKU (sertakan salinan kad OKU).
- Dokumen pengesahan pendapatan bapa pemohon, penjaga, ketua keluarga atau suami (sekiranya pemohon berkahwin):
- Salinan penyata gaji terkini atau
- Salinan penyata bayaran pencen terkini atau
- Salinan Surat Perakuan Pengesahan Pendapatan terkini.
(Bagi individu yang bekerja sendiri, tidak bekerja, atau tidak mempunyai penyata gaji, sila kemukakan dokumen yang sesuai).
- Dokumen pengesahan pendapatan ibu pemohon, pasangan penjaga atau isteri (sekiranya pemohon berkahwin):
- Salinan penyata gaji terkini atau
- Salinan penyata bayaran pencen terkini atau
- Salinan Surat Perakuan Pengesahan Pendapatan terkini.
(Bagi individu yang bekerja sendiri, tidak bekerja, atau suri rumah yang tiada penyata gaji, sila kemukakan dokumen berkaitan).
- Dokumen pengesahan pengajian:
- Salinan Surat Pengesahan Pengajian terkini dari institusi pengajian:
- Bagi pelajar IPT dalam negara: tahun 2 dan ke atas.
- Bagi pelajar luar negara: tahun 2 dan ke atas.
- Salinan Surat Tawaran (bagi pelajar luar negara tahun pertama sahaja).
- Salinan Surat Pengesahan Pengajian terkini dari institusi pengajian:
- Salinan passport pemohon (bagi pelajar luar negara).
- Salinan akaun bank terkini dan aktif.
- Dokumen keputusan peperiksaan:
- Salinan keputusan peperiksaan semester terakhir yang terkini (peringkat semasa).
- Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau Sijil Tinggi Tahfiz Quran (STTQ) (bagi pelajar luar negara tahun pertama sahaja).
- Salinan laporan kemajuan terkini yang disahkan oleh pihak institusi (bagi pelajar peringkat Sarjana (Master) atau PhD – mod penyelidikan sahaja).
Keputusan peperiksaan hanya diterima dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
- Surat sokongan dan pengesahan permohonan:
- Bagi pelajar luar negara: Surat sokongan daripada Pegawai Kedutaan / Atase / Konsul / Ketua atau Presiden Mahasiswa.
- Bagi pelajar dalam negara: Surat sokongan daripada Dekan / Ketua Jabatan / Pensyarah Kanan / Pensyarah / Pensyarah Akademik / Pegawai Hal Ehwal Pelajar.
Surat mestilah disertakan dengan tandatangan dan cop rasmi pemohon jawatan yang mengesahkan. - Borang UTP011 – Perakuan Pengesahan Dan Sokongan DSIP Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (hanya bagi pelajar dalam negara, boleh didapati di portal rasmi MAIK).
- Dokumen tambahan (jika berkaitan):
- Surat Akuan Cerai (bagi ibu bapa pemohon yang bercerai).
- Dokumen Perakuan Anak Angkat.
- Sijil Nikah (sekiranya pemohon berkahwin).
- Sijil Kematian atau Surat Rayuan (bagi yang berkaitan).
- Borang Pengesahan Maklumat Pemohon (dicetak setelah selesai mengisi permohonan).
Maklumat Penting
- Pihak MAIK berhak menolak permohonan jika terdapat unsur penipuan maklumat atau pemalsuan dokumen tanpa sebarang notis.
Info Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi: Unit Pendidikan MAIK
- Telefon: 09-7421519
- Email: [email protected]
Ikuti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di media sosial untuk kemas kini terkini:
- Facebook: MAIK Kelantan
- Instagram: MAIK Kelantan
- Twitter: MAIK Kelantan
- Laman web: http://www.e-maik.my
Sumber: Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
Lihat Juga:
– Dermasiswa B40 (DB40) JPA 2025: Syarat dan Cara Permohonan
– PIDN JPA 2025: Program Ijazah Dalam Negara – Syarat & Biasiswa
– PPF1 JPA 2025: Program Perubatan, Pergigian & Farmasi