HomeKewanganPermohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (iBAKIPT) Kedah

Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (iBAKIPT) Kedah

PERMOHONAN BANTUAN AWAL KEMASUKAN KE IPT (iBAKIPT) NEGERI KEDAH TAHUN 2024 KINI DIBUKA!

Sukacitanya bahagian Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah telah membuka permohonan bagi Bantuan Awal Kemasukan IPT (iBAKIPT) bagi sesi pengajian 2024.

Bantuan ini adalah untuk membantu anak-anak negeri Kedah yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian.

Rakyat negeri Kedah yang berkelayakan boleh memohon bantuan awal kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi yang disediakan oleh kerajaan negeri Kedah ini.

Maklumat lanjut mengenai bantuan iBAKIPT ini adalah sebagaimana di bawah.

Syarat-syarat Permohonan

Syarat-syarat bagi mereka yang ingin memohon bantuan awal kemasukan IPT yang disediakan oleh Kerajaan negeri Kedah ini adalah sebagaimana berikut;

  1. Pemohon / Ibu / Bapa LAHIR di Negeri Kedah dan BERMASTAUTIN serta MENETAP di Negeri Kedah. (Mengikut alamat pada surat tawaran Sekolah / IPT)
  2. Pemohon mestilah membuat Semakan Daftar Pemilih terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat Dewan Undangan Negeri (DUN) di laman sesawang https://mysprsemak.spr.gov.my sebelum membuat permohonan.
  3. Pendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,970.00 (Pendapatan maksimum isi rumah M40) layak memohon BAKIPT tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan.
  4. Permohonan dibuka bagi peringkat SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) / SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) / SIJIL MATRIKULASI / ASASI / SIJIL POLITEKNIK / SIJIL KOLEJ KOMUNITI / DIPLOMA dan IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA KEMASUKAN BAHARU TAHUN 2024 sahaja dan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
  5. Pemohon telah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke SEKOLAH / IPT DALAM NEGARA atau LUAR NEGARA. (Bidang pengajian hendaklah diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm)
  6. Pemohon hendaklah membuat Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau mengemukakan Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT.
  7. Permohonan hanya diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang WAJIB dimuat naik di dalam bentuk PDF/JPEG/JPG/PNG yang DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu Mukim / Pengetua Sekolah / Pegawai Daerah / ADUN adalah seperti berikut:

  1.  Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa.
  2.  Salinan Slip Gaji Ibu / Bapa / Penjaga atau Borang Pengesahan Pendapatan Ibu / Bapa / Penjaga (BPPSPPNK/07).
  3.  Salinan Surat Tawaran Kemasukan Ke Sekolah / IPT.
  4.  Salinan Resit Bayaran Pendaftaran Awal Pengajian atau Surat Pengesahan Penerimaan Tawaran Masuk Sekolah / IPT.
  5.  Salinan Akaun Bank / Penyata Bank pemohon.
  6.  Borang Pengesahan Tempat Tinggal Oleh Penghulu Mukim Negeri Kedah Darul Aman (BPPSPPNK/09). (Bagi Pemohon, Ibu dan Bapa yang LAHIR di  kawasan bersempadan Negeri Perlis, Perak dan Pulau Pinang sahaja)

Pelajar Yang Tidak Layak Memohon

Pelajar kategori berikut TIDAK LAYAK memohon:

  1.  Pelajar PASCA-SISWAZAH
  2.  Pelajar SEPARUH MASA
  3.  Pelajar LUAR KAMPUS
  4.  Pelajar di INSTITUSI PERGURUAN (IPG)
  5.  Pelajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  6.  Sijil SELAIN Politeknik dan Kolej Komuniti

*Permohonan yang TIDAK LENGKAP dan TIDAK MEMENUHI SYARAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN dan DITOLAK.

Jumlah Bantuan

Mereka yang diluluskan permohonan akan menerima sumbangan sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

Kaedah Pembayaran

Tarikh Permohonan

Semester Pertama Kemasukan Baharu Januari 2024 – Jun 2024:

1  Mac  2024  –  30  Jun  2024

Semester Pertama Kemasukan Baharu Julai 2024 – November 2024:

1 Julai 2024 – 31 Oktober 2024

Bantuan Awal Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (iBAKIPT) 2024

Cara-cara Memohon Bantuan Kemasukan IPT Negeri Kedah

Setiap pemohonan hendaklah dibuat Secara dalam talian melalui pautan; 

https://eservices.kedah.gov.my/ibakipt

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang info dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi maklumat berikut;

Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah, Aras 2, Blok C, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar Kedah.

Sumber: Laman Web SEKSYEN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

Soalan Lazim (FAQ) 

Berikut adalah beberapa soalan lazim berkaitan Bantuan IPT Awal Kedah (iBAKIPT)


Saya pelajar semester pertama kemasukan baru pada Februari 2024. Adakah saya layak mohon bantuan dan bilakah tarikh permohonan akan dibuka?

Layak.
Tarikh Permohonan Bantuan Awal Kemasukan Ke IPT (BAKIPT) untuk semester pertama kemasukan baharu adalah seperti berikut:

– Semester Pertama Kemasukan Baharu Januari 2024 – Jun 2024:
(1 MAC 2024 – 30 JUN 2024)
 
– Semester Pertama Kemasukan Baharu Julai 2024 – November 2024:
 (1 Julai 2024 – 31 Oktober 2024)

Bagaimana saya ingin menyemak status DUN Kawasan saya?

Pemohon mestilah menyemak status DUN di laman sesawang https://mysprsemak.spr.gov.my  sebelum membuat permohonan.

Saya telah memohon BAKIPT pada tahun 2023 bagi kategori Diploma, adakah saya layak memohon BAKIPT 2024?

Tidak layak.
Permohonan hanya diberikan SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments