HomeBiasiswaDermasiswa B40 (DB40) JPA 2025: Syarat dan Cara Permohonan

Dermasiswa B40 (DB40) JPA 2025: Syarat dan Cara Permohonan

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI BAWAH PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2025

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini membuka permohonan kepada pelajar lepasan SPM 2024 menerusi Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2025.

Ia merupakan inisiatif tajaan penuh tanpa bayaran balik khas untuk pelajar daripada keluarga B40. 

Program ini memberi peluang kepada pelajar cemerlang dari golongan berpendapatan rendah untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma di Universiti Awam (UA), Politeknik, dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dalam bidang terpilih.

Pengenalan Program Dermasiswa B40 (DB40) 2025

Program penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berbentuk Dermasiswa dan berfokus kepada para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 yang ingin melanjutkan pengajian Diploma di dalam negara.

Pengajian yang ditaja di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2025 adalah pengajian di peringkat Diploma dan Diploma bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di dalam negara iaitu Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Bidang Penajaan

Bidang pengajian yang ditaja di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2025 adalah seperti berikut:

1. Universiti Awam (UA) / Politeknik

  • Kejuruteraan & Teknikal / Teknologi
  • Sains
  • Sains Sosial / Sastera
  • Seni Bina

2. Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

  • Bidang TVET sahaja (Diploma dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional)

Tempoh Permohonan

Tarikh permohonan adalah sebagaimana berikut:

  • UPU Online: 10 Februari – 14 Mac 2025
  • UP_TVET 14 April – 15 Jun 2025

Pelajar yang berminat perlu mengemukakan permohonan mereka dalam tempoh ini.

Program Dermasiswa B40 (DB40) 2025

Syarat-Syarat Permohonan

Untuk memohon program ini, pemohon mesti memenuhi dua syarat utama seperti berikut:

Syarat Umum JPA

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/berjangkit/penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;
  3. Ibu dan/atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  4. Pemohon yang pernah dikenakan tindakan penamatan tajaan atas pelanggaran syarat perjanjian oleh JPA tidak layak memohon;
  5. Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
  6. Menduduki peperiksaan SPM 2024 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian;
  7. Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
  8. Pendapatan per kapita dalam kategori B40 iaitu RM5,249.00 sebulan dan ke bawah.

Syarat Khusus JPA

​​Syarat khusus bagi pemohon bergantung kepada saluran kemasukan yang dipilih, sama ada melalui UPUOnline atau UP_TVET:

Syarat Khusus UPU Online

  • Menduduki SPM 2024 buat kali pertama;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan mana-mana tiga subjek lain; dan
  • Berjaya mendapat tawaran UPUOnline dan mendaftar di Universiti Awam (UA)/Politeknik yang ditawarkan.

Syarat Khusus UP_TVET

  • Menduduki SPM 2024 buat kali pertama;
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan mana-mana satu subjek lain; dan
  • Berjaya mendapat tawaran UP_TVET dan mendaftar di Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang ditawarkan.

Bentuk Penajaan

Penajaan bagi Program Dermasiswa B40 ini adalah berbentuk Dermasiswa, dan pelajar tidak terikat dengan sebarang ikatan kontrak berkhidmat. 

Walau bagaimanapun, pelajar bertanggungjawab untuk membayar balik nilai perjanjian sekiranya berlaku pelanggaran kepada perjanjian penajaan yang dimeterai. 

Maklumat & Cara Permohonan Program Dermasiswa B40 JPA 205

Pemohon dipelawa membuat permohonan pengajian peringkat Diploma atau Diploma bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) atau Saluran Permohonan Kemasukan Kursus TVET (UP_TVET).

Seterusnya, pemohon yang berjaya mendapat tawaran UPUOnline atau UP_TVET serta memenuhi syarat umum dan syarat khusus JPA berpeluang ditaja di bawah Program Dermasiswa B40 Tahun 2025.

Pemohon  boleh memohon melalui dua saluran utama, iaitu UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik serta UP_TVET bagi kemasukan ke Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Syarat akademik berbeza mengikut saluran yang dipilih, dan pemohon mesti memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi melayakkan diri untuk tajaan.

Maklumat lanjut mengenai tarikh permohonan, syarat khusus dan pautan permohonan adalah sebagaimana berikut:

Tarikh Permohonan dan Syarat Khusus JPA bagi Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2025

Maklumat Perhubungan

Sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut boleh di-e-melkan kepada:
[email protected] 

(sepanjang tempoh permohonan Sistem UPUOnline dan Sistem UP_TVET dibuka sahaja)

Tarikh Keputusan Permohonan

Pada tahun lalu, keputusan permohonan penajaan Program Dermasiswa B40 dimaklumkan pada pertengahan bulan Oktober iaitu 18 Oktober 2024 . 

Untuk tahun 2025, ia akan dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dari masa ke semasa. 

Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang JPA dan mengikuti laman sosial media JPA untuk info dan maklumat terkini.

Ikuti Jabatan Perkhidmatan Awam di:

Sumber: 


Lihat Juga:
Senarai Biasiswa Lepasan SPM 2023 Bagi Pengajian Tahun 2024

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments