Kerajaan Malaysia akan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 kepada lebih 8 juta penerima bermula 29 Ogos 2024. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, penerima baharu dan mereka yang membuat rayuan akan menerima bayaran mulai 18 September 2024.
Jumlah bantuan tunai yang disalurkan boleh mencecah sehingga RM650 bergantung kepada kategori kelayakan.
Dalam usaha untuk membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup, kerajaan telah meningkatkan peruntukan STR sebanyak RM2 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM10 bilion bagi tahun 2024.
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa penambahbaikan ini adalah selaras dengan pendekatan Kerajaan MADANI yang menumpukan sumber kewangan kepada golongan memerlukan. Tambah beliau, proses pendaftaran STR kini dibuka sepanjang tahun bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat.
Penerima sedia ada dan yang layak akan menerima pembayaran secara automatik melalui akaun bank atau Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat.
Status kelayakan STR boleh disemak mulai 29 Ogos 2024 di Portal Rasmi STR.
Pengumuman Rasmi Pembayaran STR Fasa 3
Pengumuman rasmi STR fasa 3 dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan bertarikh 23 Ogos 2024 yang memakumkan tarikh rasmi pembayaran penerima sedia ada, penerima baharu dan mereka yang membuat rayuan.
Kementerian Kewangan juga dalam kenyataan memaklum mengenai jumlah bayaran bantuan STR bagi setiap kategori.
Selain itu, Kerajaan juga telah menekankan kepentingan berhati-hati terhadap penipuan (scam) yang berkaitan dengan STR dan mengingatkan bahawa pihak MOF tidak akan meminta maklumat peribadi melalui SMS atau mesej WhatsApp.
Berikut adalah Siaran Media STR Fasa 3 2024.
Tarikh Bayaran STR Fasa 3
- Tarikh Pembayaran bagi Penerima Sedia Ada: 29 Ogos 2024 (Khamis)
- Tarikh Pembayaran bagi Penerima Baharu dan Rayuan: 18 September 2024 (Rabu)
Jadual Pembayaran STR Fasa 3
Berikut adalah maklumat yang ada perlu tahu mengenai jadual pembayaran STR fasa ketiga untuk penerima sedia ada, penerima baharu dan yang membuat rayuan.
1. Kaedah Pembayaran STR Fasa 3
- Pembayaran STR Fasa 3 akan dilakukan melalui dua kaedah utama: secara kredit terus ke akaun bank dan secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Mempunyai Akaun Bank: Bagi penerima yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun mereka.
- Tiada Akaun Bank: Bagi penerima tanpa akaun bank, termasuk mereka di Sabah, Sarawak, dan W.P Labuan, pembayaran akan dilakukan secara tunai melalui cawangan BSN.
2. Tarikh Pembayaran Fasa 3 untuk Penerima Berdaftar
- Penerima sedia ada dengan akaun bank akan menerima pembayaran antara 29 Ogos 2024 hingga 6 September 2024.
- Penerima baharu dan mereka yang membuat rayuan akan menerima pembayaran antara 18 hingga 20 September 2024.
3. Tarikh Pembayaran Tunai Melalui BSN
- Penerima sedia ada yang tiada akaun bank boleh mengambil pembayaran tunai mereka mulai 29 Ogos 2024.
- Penerima baharu dan rayuan tanpa akaun bank akan menerima pembayaran tunai mulai 18 September 2024.
Siapakah yang Layak Menerima STR Fasa 3?
Pembayaran ini melibatkan dua kategori penerima:
- Penerima sedia ada dan
- Penerima baharu serta rayuan.
Pastikan anda berada dalam salah satu kategori ini untuk layak menerima pembayaran pada tarikh yang ditetapkan.
Jumlah Bayaran bagi Setiap Kategori
Jumlah bayaran bagi setiap kategori dalam STR Fasa 3 adalah seperti berikut:
- Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2,500): RM150 – RM650
- Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000): RM150 – RM300
- Warga Emas Tiada Pasangan: RM150
- Bujang: RM50
Semakan Status Terkini STR
Menurut Kementerian Kewangan, semakan status fasa 3 boleh dibuat mulai 29 Ogos 2024.
Terdapat beberapa kaedah semakan status STR sama ada secara online, melalui aplikasi MySTR, telefon atau secara fizikal
Kaedah Semakan Status Permohonan STR
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Status; atau
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran
Semakan Status STR Fasa 3 di portal MySTR bantuantunai.hasil.gov.my
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Permohonan
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status terkini seperti nama, no mykad, status pedalaman, status permohonan pertama, status permohonan semasa
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada) dan jumlah yang telah dibayar
Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login?
Jika anda terlupa kata laluan MySTR dan tidak dapat login, berikut adalah panduan untuk memulihkan akses akaun anda berdasarkan maklumat dalam panduan pengguna STR:
- Log Masuk dan Pilih “Terlupa Kata Laluan”
- Pergi ke laman log masuk MySTR.
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit).
- Klik pada pautan “Terlupa Kata Laluan”.
- Pengesahan MyKad dan Emel
- Nombor MyKad anda akan dipaparkan di skrin soalan keselamatan, tekan butang “Semak”.
- Masukkan emel yang telah didaftarkan dalam Borang Permohonan STR.
- Klik butang “Seterusnya”.
- Kata Laluan Sementara
- Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
- Jika tiada emel, klik butang “Seterusnya” dan frasa keselamatan akan dipaparkan.
- Isi 3 soalan keselamatan dan klik butang “Seterusnya”.
- Penukaran Kata Laluan
- Masukkan kata laluan baharu dan pengesahan kata laluan.
- Klik butang “Tukar Kata Laluan”.
- Log Masuk dengan Kata Laluan Baharu
- Pilih Log Masuk.
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit).
- Masukkan kata laluan sementara yang telah diemelkan.
- Klik butang “Log Masuk”.
- Tukar Kata Laluan Baharu di MySTR
- Setelah berjaya log masuk, MySTR akan dipaparkan.
- Klik menu “Tukar Kata Laluan”.
- Masukkan kata laluan baharu anda.
- Penukaran kata laluan berjaya.
Untuk maklumat lanjut, rujuk PANDUAN PENGGUNA TERLUPA KATA LALUAN MySTR
Permohonan Baharu STR
Mulai tahun 2024, kerajaan mengambil pendekatan berbeza bagi permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Permohonan baru dibuka sepanjang tahun, bermula seawal November 2023, berbanding dengan pendekatan sebelum ini yang hanya dibuka setahun sekali.
Cara Memohon STR 2024
- Secara Dalam Talian:
- Layari Portal Rasmi STR
- Muat naik borang secara dalam talian di portal tersebut untuk kemas kini atau permohonan baharu
- Secara Fizikal:
- Hadir ke:
- Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
- Pejabat Satelit HASiL
- Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL
- Hadir ke:
- Dokumen Sokongan Yang Diperlukan:
- Pemohon:
- Salinan Sijil Perkahwinan, Sijil Kematian, Sijil Perceraian, Sijil Dekri Nisi, atau Sijil Dekri Nisi Mutlak (jika berkaitan)
- Salinan pengenalan pasangan
- Salinan pasport/visa, sijil lahir, atau KP lama
- Anak:
- Anak kandung: Salinan MyKad/MyKid dan Sijil Lahir
- Anak angkat: Salinan MyKad/MyKid dan Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN
- Pemohon:
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
- Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 4566
- E-mel: [email protected]
- Laman Web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Alamat:
- Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya
Info Terkini STR
Penerima STR dinasihatkan berhati-hati dengan modus operandi scammer yang menggunakan STR untuk mengenakan anda seperti menerima panggilan telefon, pautan semakan STR dan sebagainya.
Untuk info terkini lagi sahih, anda boleh rujuk laman rasmi kerajaan seperti;
- Laman portal MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Facebook Kementerian Kewangan: https://www.facebook.com/KemKewangan
- Facebook Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia: https://www.facebook.com/HASiLMalaysia
- Facebook Malaysia Madani: https://www.facebook.com/MalaysiaMADANI.my
Soalan Lazim Bayaran Fasa 3 STR
– 29 Ogos 2024 – 6 September 2024: Penerima Sedia Ada (Mempunyai Akaun Bank)
– 18 – 20 September 2024: Penerima Baharu dan Rayuan (Mempunyai Akaun Bank)
– Mulai 29 Ogos 2024: Penerima Sedia Ada (Tiada Akaun Bank):
– Mulai 18 September 2024: Penerima Baharu dan Rayuan (Tiada Akaun Bank)
Penerima sedia ada yang sudah berdaftar, penerima baharu, dan mereka yang membuat rayuan layak untuk menerima STR Fasa 3, mengikut kategori kelayakan masing-masing.
1. Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2,500): RM150 – RM650
2. Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000): RM150 – RM300
3. Warga Emas Tiada Pasangan: RM150
4. Bujang: RM50
1) Mempunyai Akaun Bank: Pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima.
2) Tiada Akaun Bank: Pembayaran akan dibuat secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Status kelayakan boleh disemak melalui Portal Rasmi STR bermula 29 Ogos 2024.
1)Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2) Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
3) Menghubungi LHDM
4) Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
5) Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Anda boleh melayari Portal Rasmi STR di bantuan tunai.hasil.gov.my atau menghubungi talian bantuan STR/SARA MOF.