HomeHari SambutanHari Pendengaran Sedunia 2025: Tema Sambutan & Fakta Menarik

Hari Pendengaran Sedunia 2025: Tema Sambutan & Fakta Menarik

Apa Itu Hari Pendengaran Sedunia?

Hari Pendengaran Sedunia disambut setiap tahun pada 3 Mac sebagai inisiatif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk meningkatkan kesedaran global mengenai penjagaan telinga dan pendengaran.

Sambutan ini bertujuan untuk menggalakkan pencegahan kehilangan pendengaran dan memastikan akses rawatan kepada individu yang mengalami masalah pendengaran.

Setiap tahun, WHO menetapkan tema dan membangunkan bahan advokasi berasaskan bukti seperti brosur, risalah, poster, sepanduk, infografik, dan pembentangan. Bahan-bahan ini dikongsi dengan rakan kongsi dalam kerajaan dan masyarakat sivil di seluruh dunia serta pejabat serantau dan negara WHO.

Tema Sambutan Tahun ini

​Tema Hari Pendengaran Sedunia 2025, “Mengubah Pola Pikir: Berdayakan Diri Anda untuk Mewujudkan Perawatan Telinga dan Pendengaran bagi Semua Orang,” ditetapkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO). 

Setiap tahun, WHO memilih tema untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan pendengaran dan mendorong tindakan pencegahan kehilangan pendengaran. ​

Sejarah dan Perkembangan Sambutan 

Hari Pendengaran Sedunia mula diperkenalkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dan disambut setiap tahun pada 3 Mac. 

Tujuan utama hari ini adalah untuk meningkatkan kesedaran global mengenai kepentingan penjagaan pendengaran dan pencegahan kehilangan pendengaran.

Asal Usul dan Perkembangan

  1. 2007 – WHO mula mengadakan Hari Pendengaran Sedunia sebagai Hari Pendengaran dan Telinga Sedunia dalam satu persidangan di Beijing, China.
  2. 2016 – Nama rasmi World Hearing Day diperkenalkan untuk memberikan fokus yang lebih jelas kepada usaha pencegahan kehilangan pendengaran.
  3. Setiap Tahun – WHO menetapkan tema tahunan dan menyediakan bahan advokasi berasaskan bukti seperti poster, infografik, dan panduan kesihatan untuk meningkatkan kesedaran di seluruh dunia.

Tujuan Sambutan Hari Pendengaran Sedunia

  • Mencegah kehilangan pendengaran melalui kesedaran awal dan langkah pencegahan.
  • Mempromosikan akses rawatan untuk masalah pendengaran di seluruh dunia.
    Menggalakkan pemeriksaan pendengaran berkala bagi mengesan masalah sejak awal.
  • Meningkatkan kesedaran tentang impak bunyi bising dan penggunaan peranti audio secara selamat.

Setiap tahun, semakin banyak negara dan organisasi menyertai inisiatif ini dengan mengadakan kempen, pemeriksaan percuma, seminar, dan aktiviti advokasi untuk memastikan lebih ramai orang memahami kepentingan menjaga kesihatan telinga dan pendengaran.

Sambutan Di Malaysia

Di Malaysia, pelbagai aktiviti dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan organisasi berkaitan bagi mempromosikan kesedaran ini.​

Sambutan Terdahulu:

  • 2023: Unit Audiologi Hospital Rehabilitasi Cheras bekerjasama dengan Hospital Putrajaya menganjurkan program di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur, termasuk pameran kesihatan telinga dan saringan pendengaran. (Rujuk Dewan Kosmik)
  • 2024: Sambutan peringkat kebangsaan diadakan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Mac 2024.(Rujuk Audiologi KKM)

Sambutan 2025

Pada 2025, Global Hearing Care Centre (GHCC) Malaysia berbesar hati menyertai sambutan Hari Pendengaran Sedunia di Johor, menekankan kepentingan menjaga kesihatan pendengaran.

Melalui aktiviti seperti ini, Malaysia terus komited dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya penjagaan telinga dan pendengaran.​

Selamat Hari Pendengaran Sedunia 2025 Poster KKM

Statistik Masalah Pendengaran di Dunia

  • 1 daripada 20 individu mengalami masalah pendengaran.
  • Menjelang tahun 2050, dianggarkan 2.5 bilion orang di seluruh dunia akan mengalami masalah pendengaran, dengan lebih 700 juta memerlukan rehabilitasi aural.
  • Lebih 1 bilion remaja berisiko mengalami pendengaran kekal akibat penggunaan fon telinga atau headphone secara tidak selamat.
  • Program Saringan Pendengaran Bayi telah diperkenalkan secara meluas, termasuk di Malaysia.
  • Statistik menunjukkan bahawa daripada 1000 kelahiran, 1 hingga 3 bayi mengalami masalah pendengaran.
  • Dalam program saringan pendengaran di Malaysia, 4 daripada 1000 bayi yang menjalani ujian di fasiliti KKM didapati mempunyai masalah pendengaran.
  • Namun, liputan saringan masih rendah dengan hanya 173,893 daripada 280,820 kelahiran pada 2021 menjalani ujian pendengaran.

Fakta Menarik Sempena Sambutan Hari Pendengaran Sedunia

Bersempena hari sambutan sedunia ini, marilah sama-sama kita cakna dengan beberapa maklumat menarik berikut;

1. Masalah Pendengaran Semakin Meningkat

  • 1 daripada 20 individu mengalami masalah pendengaran.
  • Pada tahun 2050, dianggarkan 2.5 bilion orang akan mengalami masalah pendengaran, dan lebih 700 juta memerlukan rehabilitasi aural.
  • Lebih 1 bilion remaja berisiko mengalami pendengaran kekal akibat penggunaan fon telinga/headphone yang tidak selamat.

2. Punca Kehilangan Pendengaran

Masalah pendengaran boleh berlaku sejak lahir atau sepanjang hayat akibat faktor seperti:

  • Genetik atau keturunan.
  • Komplikasi kelahiran dan jangkitan semasa mengandung.
  • Jangkitan telinga kronik dan sesetengah jenis jangkitan kuman.
  • Penggunaan ubat tertentu yang boleh merosakkan pendengaran.
  • Pendedahan kepada bunyi berlebihan dalam jangka masa panjang.
  • Penuaan yang menyebabkan kehilangan pendengaran secara perlahan.

3. Kesan Masalah Pendengaran

  • Menjejaskan interaksi dan komunikasi harian.
  • Boleh menyebabkan gangguan dalam perkembangan pertuturan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
  • Mengakibatkan kebimbangan, kemurungan, dan pengasingan sosial.

4. Langkah Pencegahan & Rawatan

  • Jalani ujian saringan pendengaran awal untuk mengesan masalah lebih awal.
  • Kurangkan bunyi berlebihan dan gunakan fon telinga/headphone dengan selamat (pastikan tahap bunyi di bawah 60% dan tidak lebih daripada 1 jam tanpa rehat).
  • Lindungi telinga daripada pendedahan kepada bunyi kuat dengan pelindung telinga jika bekerja dalam persekitaran bising.
  • Dapatkan rawatan awal dan pertimbangkan rehabilitasi aural bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran.

Lihat Juga: Hari Tanpa Beg Plastik Sedunia (3 Julai 2025)

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments