HomeCutiCuti Nuzul Quran 2025: Negeri Yang Cuti & Tidak Cuti Di Malaysia

Cuti Nuzul Quran 2025: Negeri Yang Cuti & Tidak Cuti Di Malaysia

Cuti Nuzul Quran tahun ini adalah pada 18 Mac 2025 (Selasa), bersamaan 17 Ramadhan 1446H. Namun, tidak semua negeri di Malaysia bercuti pada hari tersebut. Hanya beberapa negeri yang mewartakan Nuzul al-Quran sebagai cuti umum.

Untuk makluman, Nuzul al-Qur’an bukan Hari Kelepasan Am Persekutuan, tetapi Hari Kelepasan Am Negeri. 

Apa maksudnya? Ini bermakna Cuti Nuzul Quran tertakluk kepada keputusan kerajaan negeri masing-masing. Oleh itu, tidak semua negeri di Malaysia mempunyai cuti umum pada 18 Mac 2025.

Lihat juga:

Tarikh Nuzul al-Qur’an 2025 

Kalendar kuda Mac 2025 termasuk cuti Awal Ramadan dan cuti sekolah Malaysia.

Berdasarkan kalendar kuda dan Kalendar Islam 2025 JAKIM , tarikh Nuzul al-Quran 2025 jatuh pada 18 Mac 2025 (Selasa), bersamaan dengan 17 Ramadhan 1446H. 

Peristiwa ini merupakan hari penting dalam kalendar Islam kerana ia memperingati penurunan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril di Gua Hira.

Cuti Panjang Sempena Nuzul Al-Quran 2025

Cuti Panjang 2025 Mac Nuzul al-Quran
  • Nuzul Al-Quran 2025 jatuh pada hari Selasa (18 Mac 2025).
  • Jika anda bekerja di negeri yang bercuti pada hari tersebut, anda boleh merancang cuti panjang dengan mengambil cuti tambahan pada hari Isnin, 17 Mac 2025.
  • Dengan cara ini, anda boleh menikmati cuti selama 4 hari berturut-turut (Sabtu – Selasa).

Cadangan Cuti Panjang:

  • Sabtu (16 Mac 2025) – Hujung minggu biasa
  • Ahad (17 Mac 2025) – Ambil cuti tambahan
  • Isnin (18 Mac 2025) – Cuti umum Nuzul al-Qur’an (bergantung kepada negeri)
  • Selasa (19 Mac 2025) – Kembali bekerja

Negeri Cuti Nuzul Quran 2025

Negeri Cuti Nuzul Quran 2025

​​Berdasarkan jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2025, berikut adalah senarai negeri yang mendapat cuti umum sempena Nuzul Al-Quran pada 18 Mac 2025 (Selasa) dan negeri yang tidak bercuti.

Negeri Yang Cuti Nuzul Al-Quran 2025 ✅ 

Terdapat 8 buah negeri yang menjadikan tarikh ini sebagai hari kelepasan am bagi negeri masing-masing untuk  tahun 2025 / 1446H;

  1. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan)
  2. Kelantan
  3. Terengganu
  4. Pahang
  5. Perak
  6. Perlis
  7. Pulau Pinang
  8. Selangor

Negeri Yang Tidak Cuti ❌ 

  1. Johor
  2. Kedah
  3. Negeri Sembilan
  4. Melaka
  5. Sabah
  6. Sarawak

Kenapa Tidak Semua Negeri Cuti Nuzul Al-Quran?

Tidak semua negeri di Malaysia menetapkan Nuzul Al-Quran sebagai cuti umum kerana beberapa faktor.

Faktor pertama adalah Nuzul Al-Quran bukan Hari Kelepasan Am Persekutuan, bermakna ia bukan cuti wajib di seluruh negara. Oleh itu cuti ini bergantung kepada keputusan kerajaan negeri masing-masing, bukan kerajaan pusat.

Selain itu negeri dengan majoriti penduduk Islam yang tinggi seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, dan Selangor menetapkan Cuti Nuzul Al-Quran sebagai cuti umum bagi menghormati peristiwa penting dalam Islam. Sebaliknya, negeri dengan kepelbagaian kaum dan agama seperti Sabah dan Sarawak tidak menjadikannya cuti umum kerana dasar negeri mereka lebih menekankan keseimbangan budaya dan kepelbagaian masyarakat.

Manakala bagi negeri seperti Kedah dan Johor umpamanya memilih 2 Mac 2025 (Ahad) sebagai cuti umum sempena Awal Ramadhan berbanding Nuzul Al-Quran untuk memberi ruang kepada penduduk membuat persiapan ibadah dan keluarga dengan lebih tenang. 

Sebagai perbandingannya negeri yang cuti Awal Ramadhan dan Nuzul Quran adalah sebagaimana berikut;

NegeriCuti Awal Ramadhan
(2 Mac 2025)
Cuti Nuzul Al-Quran
(18 Mac 2025)
W.P Kuala Lumpur
W.P Putrajaya
W.P Labuan
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
N. Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
Pulau Pinang
Sabah
Sarawak
Selangor
Terengganu

Lihat Juga: Berbuka Puasa & Imsak 2025 Seluruh Malaysia (Jadual JAKIM)

Sambutan Nuzul al-Quran di Malaysia

Bagi sambutan Nuzul al-Quran di Malaysia, tiada acara rasmi sebagaimana sambutan Maal Hijrah atau Maulidur Rasul. Namun, ia tetap dianggap sebagai hari penting bagi umat Islam kerana memperingati peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW.

Pun begitu, sambutan pada hari kebesaran ini diraikan dengan pelbagai aktiviti keagamaan di masjid dan surau di seluruh negara. Antara aktiviti yang sering diadakan termasuk ceramah agama, tadarus al-Quran, serta majlis berbuka puasa dan qiamullail. Di negeri yang menjadikan Nuzul al-Quran sebagai cuti umum, penduduknya berpeluang menghayati hari istimewa ini dengan lebih mendalam bersama keluarga.

Di peringkat sekolah, pelbagai aktiviti menarik boleh dirancang bagi mendidik generasi muda tentang kepentingan peristiwa ini. Antaranya ialah kuiz berkaitan al-Quran, pertandingan hafazan, forum ilmiah, dan pameran mengenai sejarah penurunan wahyu. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menambah pengetahuan pelajar tetapi juga memupuk kecintaan terhadap al-Quran dalam kalangan mereka sejak kecil.

Sementara bagi Majlis Agama Islam negeri-negeri, kebanyakan khutbah Jumaat akan menekankan kepentingan al-Quran dalam kehidupan seharian. Isi khutbah biasanya menekankan keutamaan membaca, memahami, dan mengamalkan ajaran al-Quran sebagai panduan hidup. 

Selain itu, ada juga negeri yang menganjurkan forum perdana dan majlis ilmu untuk memperingati peristiwa ini secara lebih luas dalam kalangan masyarakat.

Peristiwa Nuzul al-Quran (Infografik JAKIM)

Peristiwa Nuzul Al-Quran (Infografik JAKIM)

Nuzul Al-Quran adalah memperingati peristiwa turunnya wahyu pertama kepada Rasulullah SAW. Ia berlaku ketika Baginda berusia 41 tahun dan beribadah di Gua Hira’.

Al-Quran diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun, menjadi petunjuk bagi umat manusia dalam kehidupan.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 menegaskan bahawa Al-Quran adalah panduan yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan.

Fakta Ringkas Nuzul al-Quran

  • Tarikh: 17 Ramadan
  • Lokasi: Gua Hira’, Makkah
  • Penerima Wahyu: Nabi Muhammad SAW
  • Perantara: Malaikat Jibril AS
  • Wahyu Pertama: 5 ayat dari Surah Al-‘Alaq
Fakta Peristiwa Nuzul Quran

Sempena Nuzul Al-Quran 2025, marilah kita menghayati makna dan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Salam Nuzul Al-Quran!

Soalan Lazim Bersempena Cuti Nuzul al-Quran

1. Adakah Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak bercuti untuk Nuzul al-Quran 2025?

Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak tidak mewartakan Nuzul al-Quran sebagai cuti umum bagi negeri masing-masing

Adakah Nuzul Quran cuti umum di Malaysia?

Ya, tetapi hanya di negeri tertentu. Nuzul al-Quran yang jatuh pada 18 Mac (Selasa), bersamaan 17 Ramadan 1446H adalah hari kelepasan am di negeri berikut sahaja
Negeri yang bercuti:
1) Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan)
2) Kelantan
3) Terengganu
4) Pahang
5) Perak
6) Perlis
7) Pulau Pinang
8) Selangor

Bersempena Nuzul al-Quran ini, jom kita lihat 36 fakta menarik tentang al-Quran

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments