Hari Kelepasan Am Negeri Kedah kebiasannya merupakan cuti khusus untuk negeri Kedah selain daripada cuti pada Hari Kelepasan Am Persekutuan yang turut diikuti semua negeri di Malaysia.
Di bawah pentadbiran negeri Kedah, Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah menyenaraikan Hari Kelepasan Am Negeri dan Hari Kelepasan Am Persekutuan.
Hal ini bagi membolehkan anda merancang aktiviti dan percutian sama ada untuk pulang ke bercuti, mengadakan majlis keraian, pulang ke kampung halaman atau sebagainya.
Oleh yang demikian, rancanglah awal percutian anda dengan bijak sama ada untuk berehat, melancong dan sebagainya supaya cuti yang diberikan ini dimanfaatkan sepenuhnya.
Lihat Juga:
- Senarai Tempat Menarik Di Kedah 2025: Sesuai Percutian Family
- Cuti dan Hari Kelepasan Am Negeri Terengganu 2025
- Senarai Cuti dan Hari Kelepasan Am Negeri Selangor 2025
Senarai Cuti Umum di Kedah 2025
Berikut adalah hari-hari Kelepasan Am bagi Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2025 sebagaimana yang telah ditetapkan:


Bagi memudahkan anda membuat rujukan, berikut adalah susunan cuti di Kedah berdasarkan susunan bulan;
Januari 2025
- 27 Januari (Isnin) – Israk dan Mikraj (#)
- 29 Januari (Rabu) – Tahun Baru Cina
- 30 Januari (Khamis) – Tahun Baru Cina (Hari Kedua)
Februari 2025
- Tiada, namun Hari Thaipusam merupakan cuti peristiwa negeri Kedah bagi tahun 2025
Mac 2025
- 2 Mac (Ahad) – Awal Ramadan (#)
- 31 Mac (Isnin) – Hari Raya Puasa (*)
April 2025
- 1 April (Selasa) – Hari Raya Puasa (Hari Kedua) (*)
Mei 2025
- 1 Mei (Khamis) – Hari Pekerja
- 12 Mei (Isnin) – Hari Wesak
Jun 2025
- 2 Jun (Isnin) – Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
- 7 Jun (Sabtu) – Hari Raya Qurban (*)
- 8 Jun (Ahad) – Hari Raya Qurban (Hari Kedua) (*)
- 22 Jun (Ahad) – Hari Keputeraan KDYMM Sultan Kedah Darul Aman (#)
- 27 Jun (Jumaat) – Awal Muharam (Maal Hijrah)
Julai 2025
- Tiada
Ogos 2025
- 31 Ogos (Ahad) – Hari Kebangsaan
September 2025
- 5 September (Jumaat) – Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)
- 16 September (Selasa) – Hari Malaysia
Oktober 2025
- 20 Oktober (Isnin) – Hari Deepavali (*)
November 2025
- Tiada
Disember 2025
- 25 Disember (Khamis) – Hari Krismas
Nota Penting
- Jika mana-mana hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari Jumaat atau Hari Kelepasan Am yang lain, maka ia digantikan dengan hari bekerja berikutnya. Jika hari tersebut sememangnya Hari Kelepasan Am, hari berikutnya akan menjadi hari kelepasan am.
- Jika Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari Sabtu, hari itu juga adalah Hari Kelepasan Am Negeri dan tidak diganti pada hari-hari lain.
(#) Hari Kelepasan Am Negeri.
() Tertakluk kepada perubahan.*
Berikut juga di senaraikan jadul Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Am Negeri-negeri di Malaysia pada tahun 2025 yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.






Cuti Khas dan Peristiwa Kedah
Kerajaan negeri Kedah boleh mempertimbangkan bagi mengumumkan cuti khas bersempena sesuatu peristiwa contohnya seperti Cuti Thaipusam, Cuti Khas Pilihanraya Umum, Pilihanraya Negeri, bersempena perlawanan bola sepak dan sebagainya.
Ia bertujuan bagi memudahkan pergerakan rakyat negeri ini jika sesuatu peristiwa berlaku.
Sebagai contoh, pada tahun ini, Kerajaan Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 11 Februari 2025 bersempena sambutan Thaipusam.
Untuk makluman, Hari Thaipusam bukanlah cuti umum di negeri Kedah sama juga seperti Melaka, Pahang, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu.
Selain itu, Kerajaan Negeri Kedah juga pernah mengumumkan cuti peristiwa bersempena Pilihan Raya Negeri pada tahun 2023.
Thaipusam Sebagai Cuti Peristiwa di Negeri Kedah Tahun 2025
ALOR SETAR, 3 Februari 2025 – Kerajaan Negeri Kedah telah mengisytiharkan 11 Februari 2025 (Selasa) sebagai Cuti Peristiwa sempena perayaan Thaipusam. Pengumuman tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.
Keputusan ini bertujuan memberi penghormatan kepada komuniti penganut agama Hindu di negeri ini yang menyambut Thaipusam setiap tahun. Langkah ini juga selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369), yang membolehkan negeri memberikan cuti khas untuk acara keagamaan dan budaya tertentu.
Menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Dr. Nadzman bin Mustaffa, pengumuman ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk meraikan kepelbagaian budaya dan agama yang ada di Kedah.
Cuti khas ini akan dinikmati oleh seluruh rakyat Kedah, termasuk sektor awam dan swasta. Semua pihak diingatkan untuk merancang aktiviti masing-masing dengan mengambil kira pengumuman cuti ini.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
“Kedah Sejahtera – Nikmat Untuk Semua”
“Berkhidmat Untuk Negara”

Cuti Hujung Minggu Kedah
Cuti hujung minggu di negeri Kedah adalah pada hari Jumaat dan Sabtu.
Negeri-negeri yang cuti hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu;
- Kelantan
- Terengganu
- Kedah
Negeri-negeri yang cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad;
- Johor *Mulai 1 Januari 2025, cuti hujung minggu di Johor telah ditukar kepada Sabtu dan Ahad.
- Pulau Pinang
- Perak
- Pahang
- Selangor
- WP Kuala Lumpur
- WP Putrajaya
- Negeri Sembilan
- Melaka
- WP Labuan
- Sabah
- Sarawak
- Perlis