Pada tahun ini, tarikh bagi Awal Muharam ialah pada 27 Jun 2025 (Jumaat). Tema rasmi yang ditetapkan JAKIM bagi Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini adalah “Membangun Ummah Madani”.
Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H / 2025M akan diadakan pada 1 Muharam 1447H bersamaan 27 Jun 2025 (Jumaat) bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Siaran langsung majlis ini bermula jam 9.30 pagi di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM.
Tema Maal Hijrah 2026M/1447H
Setiap tahun satu tema rasmi akan dipilih bersesuaian dengan suasana dan keadaan negara.
Tema Maal Hijrah pada tahun ini ialah “Membangun Ummah MADANI”.
Tema ini adalah manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah pembinaan masyarakat yang berdaya tahan, berakhlak mulia dan seimbang antara pembangunan fizikal dan spiritual.
Dalam konteks ini, pembangunan ummah yang berteraskan konsep MADANI ini perlu disemai, digarap, dihayati dan dicapai bagi merealisasikan Gagasan Malaysia MADANI.
Senarai Tema Maal Hijrah Pada Tahun-tahun Yang Lalu
- 2024: “Falah Pemacu Malaysia MADANI”
- 2023: “Perpaduan Teras Malaysia Madani”
- 2022: “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”
- 2021: “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”
- 2020: “Ummah Rabbani, Negara Harmoni”
- 2019: “Negara Rahmah Ummah Sejahtera”
- 2018: “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”
- 2017: “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”
- 2016: “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”
Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2025M/1447H
Pada setiap tahun, seorang tokoh utama akan dipilih bagi majlis sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan.
Terdapat dua kategori anugerah utama:
- Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan
- Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa
Kriteria pemilihan tokoh merangkumi: sumbangan besar terhadap pembangunan ummah dan syiar Islam; pengiktirafan dan penerimaan masyarakat dalam dan luar negara; serta individu memiliki pengetahuan luas, pengalaman mendalam dan peribadi yang unggul.
Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Tahun Lalu
- Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan: Datuk Seri Hassan Ahmad, bekas Mufti Pulau Pinang, dipilih atas sumbangan luar biasa beliau dalam pentadbiran agama, pendidikan Islam dan karya ilmiah seperti buku tentang Ijtihad dan kewangan Islam.
- Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa: Prof. Dr. Ali Muhyiddin Ali Al‑Qaradaghi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia (IUMS), dianugerahkan berdasarkan peranannya dalam bidang ekonomi Islam, Maqasid Syariah dan pemikiran Islam global.
Senarai Tokoh Maal Hijrah Pada Tahun-tahun Yang Lalu (Kebangsaan)
- 2023M/1445H: Datuk Seri Hassan Ahmad, bekas Mufti Pulau Pinang
- 2023M/1445H: Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob
- 2022M/1444H: Tan Sri Othman Mustapha
- 2021M/1443H: Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad
- 2020M/1442H: Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
- 2019M/1441H: Profesor Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang
- 2018M/1440H: Profesor Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
- 2017M/1439H: Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai
- 2016M/1438H: Tun Dato’ Seri Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim & Dato’ Dr Haron Din (Allahyarham)
Lagu Ma’al Hijrah
Satu Muharram Detik Permulaan Perkiraan Tahun Islam Hijrah Perpindahan Nabi dan Umat Islam Dari Kota Makkah ke Kota Madinah Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu Rela Berkorban Harta dan Nyawa Demi Menegakkan Islam Tercinta Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Maal Hijrah Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam Untuk Sepanjang Zaman Satu Muharram Detik Permulaan Perkiraan Tahun Islam Hijrah Perpindahan Nabi dan Umat Islam Dari Kota Makkah ke Kota Madinah Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu Rela Berkorban Harta dan Nyawa Demi Menegakkan Islam Tercinta Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Maal Hijrah Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam Untuk Sepanjang Zaman Untuk Sepanjang Zaman… |
Maksud Logo Ma’al Hijrah
Tahukah anda Logo Ma’al Hijrah yang kita gunakan pada hari ini mempunyai maksud dan simbolik yang tersendiri?

Ia direka khas sesuai dengan pengertian Hijrah yang merangkumi maksud yang mendalam.
- Huruf “Ha” bermakna Hijrah.
- Warna biru bermakna persaudaraan.
- Warna merah membawa maksud semangat pengorbanan.
- Warna kuning bermakna keagungan.
- Warna putih bermakna fitrah manusia yang suci dan bersih.
- Bulatan melambangkan bulatan bumi (glob).
Latar belakang logo yang berbentuk sarang labah-labah dan dilingkari oleh glob pula adalah simbolik kepada peristiwa Hijrah di mana Rasulullah SAW bersama Saiyyidina Abu Bakar as-Siddiq bersembunyi di dalam Gua Thur ketika berhijrah dari Kota Mekah ke Madinah.
Begitulah falsafah dan simbolik logo Maal hijrah yang menerapkan unsur-unsur pengorbanan, perpaduan, persaudaraan dan nilai-nilai murni Islam.
Konsep dan Maksud Hijrah
Dalam sejarah Islam, hijrah merujuk kepada tindakan Rasulullah SAW dan para sahabat berpindah dari Mekah ke Madinah. Peristiwa ini dilakukan untuk mempertahankan dan menegakkan risalah Allah SWT, iaitu akidah dan syariat Islam.
Daripada tindakan ini, umat Islam dapat mengambil pengajaran bahawa hijrah bermaksud berpindah ke keadaan yang lebih baik. Contohnya, jika kita lemah dalam pekerjaan, kita harus berusaha dengan lebih tekun dan sungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Begitu juga, jika amalan ibadah kita kurang, kita harus berusaha meningkatkan amalan tersebut.
Perkara paling penting adalah memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT. Untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan, kita harus sentiasa berusaha memperbaiki diri kerana Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang besar kepada mereka yang berhijrah ke arah kebaikan.
Lihat Juga:
– Awal Muharam 2025: Tarikh Cuti Umum & Sambutan Maal Hijrah
– Bulan Muharram: Kelebihan, Puasa Asyura & Fakta Menarik