Kuala Lumpur, 2 Mac 2025 – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2024 sebanyak 6.30% bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah.
Pengagihan dividen bagi Simpanan Konvensional mencatat jumlah sebanyak RM63.05 bilion, manakala Simpanan Shariah menerima agihan sebanyak RM10.19 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan agihan dividen untuk tahun 2024 mencecah RM73.24 bilion.
Ahli KWSP boleh mula menyemak penyata dividen mereka bermula 2 Mac 2025 melalui aplikasi KWSP i-Akaun. KWSP menggalakkan ahli untuk menggunakan platform digital ini bagi memudahkan akses kepada maklumat penyata simpanan dan dividen terkini.
Jumlah Dividen KWSP 2025 Bagi Tahun Kewangan 2024
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2024 sebanyak 6.30% bagi Simpanan Konvensional dan 6.30% bagi Simpanan Shariah.


Berbanding dengan tahun sebelumnya, kadar dividen KWSP menunjukkan peningkatan yang ketara. Pada tahun 2023, kadar dividen adalah 5.50% bagi Simpanan Konvensional dan 5.40% bagi Simpanan Shariah. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.80% bagi Simpanan Konvensional dan 0.90% bagi Simpanan Shariah.
Secara keseluruhan, dividen KWSP tahun 2024 mencatatkan kadar tertinggi dalam tempoh lima tahun terakhir, menunjukkan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Berikut adalah perbandingan kadar dividen KWSP dalam lima tahun terakhir:
Tahun | Dividen Simpanan Konvensional (%) | Dividen Simpanan Shariah (%) |
2023 | 5.5% | 5.4% |
2022 | 5.35% | 4.75% |
2021 | 6.10% | 5.65% |
2020 | 5.20% | 4.90% |
2019 | 5.45% | 5.00% |
Kadar Dividen KWSP Bagi Tahun-tahun Sebelumnya
Berikut adalah kadar dividen KWSP dari tahun 1952 hingga 2023 untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah (jika tersedia):
Kadar Dividen KWSP Dari Tahun 1952 – 2023
Tahun | Simpanan Konvensional (%) | Simpanan Shariah (%) |
2023 | 5.4% | 5.4% |
2022 | 5.35 | 4.75 |
2021 | 6.10 | 5.65 |
2020 | 5.20 | 4.90 |
2019 | 5.45 | 5.00 |
2018 | 6.15 | 5.90 |
2017 | 6.90 | 6.40 |
2016 | 5.70 | – |
2015 | 6.40 | – |
2014 | 6.75 | – |
2013 | 6.35 | – |
2012 | 6.15 | – |
2011 | 6.00 | – |
2010 | 5.80 | – |
2009 | 5.65 | – |
2008 | 4.50 | – |
2007 | 5.80 | – |
2006 | 5.15 | – |
2005 | 5.00 | – |
2004 | 4.75 | – |
2003 | 4.50 | – |
2002 | 4.25 | – |
2001 | 5.00 | – |
2000 | 6.00 | – |
1999 | 6.84 | – |
1997-1998 | 6.70 | – |
1996 | 7.70 | – |
1995 | 7.50 | – |
1988-1994 | 8.00 | – |
1983-1987 | 8.50 | – |
1980-1982 | 8.00 | – |
1979 | 7.25 | – |
1976-1978 | 7.00 | – |
1974-1975 | 6.60 | – |
1972-1973 | 5.85 | – |
1971 | 5.80 | – |
1968-1970 | 5.75 | – |
1965-1967 | 5.50 | – |
1964 | 5.25 | – |
1963 | 5.00 | – |
1960-1962 | 4.00 | – |
1952-1959 | 2.50 | – |
Dari senarai di atas, kita dapat melihat bahawa kadar dividen KWSP berada pada paras tertinggi dalam era 1983-1987, mencapai 8.50%, sebelum mengalami penurunan dalam dekad berikutnya.
Tarikh Semakan
Ahli KWSP boleh menyemak penyata dividen mereka bermula 2 Mac 2025 melalui aplikasi KWSP i-Akaun. Semakan boleh dilakukan dengan memuat turun aplikasi tersebut dari App Store, Google Play, dan AppGallery.

Cara Semakan Dividen KWSP
Pencarum boleh membuat semakan dividen yang dikreditkan ke akaun mereka melalui beberapa cara:
- Hadir sendiri di cawangan KWSP terdekat
- Semakan melalui kiosk KWSP
- Secara online melalui i-Akaun
Semakan secara online boleh dibuat melalui portal i-Akaun (Ahli);
https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
Ikuti langkah-langkah berikut;
- Tekan log masuk melalui link laman portal di atas
- Masukkan User ID
- Pastikan imej keselamatan adalah betul berdasarkan frasa rahsia yang didaftarkan sebelum ini.
- Masukkan kata laluan dan klik log masuk
Pengeluaran KWSP 2025
Untuk makluman, terdapat beberapa jenis pengeluaran yang tersedia bagi pencarum KWSP sebelum mencapai umur persaraan iaitu
1. Pengeluaran Akaun Fleksibel (Akaun 3)
- Membolehkan ahli mengakses simpanan untuk keperluan kecemasan.
- Pengeluaran minimum RM50 tanpa perlu dokumen sokongan.
- Boleh dilakukan melalui i-Akaun atau cawangan KWSP.
2. Pengeluaran Perumahan
- Digunakan untuk bayaran pendahuluan rumah atau penyelesaian baki pinjaman.
- Terpakai bagi rumah pertama dan kedua sahaja.
3. Pengeluaran Pendidikan
- Untuk membayar yuran pengajian di institusi pengajian tinggi.
- Sah untuk ahli sendiri atau anak-anak.
4. Pengeluaran Umur 50 Tahun
- Ahli boleh mengeluarkan sebahagian simpanan dalam Akaun Sejahtera.
- Hanya boleh dilakukan sekali sahaja sebelum mencapai umur 55 tahun.
5. Pengeluaran Umur 55 dan 60 Tahun
- Simpanan dalam Akaun 55 boleh dikeluarkan sepenuhnya pada umur 55 tahun.
- Caruman selepas umur 55 tahun dimasukkan ke Akaun Emas dan boleh dikeluarkan pada umur 60 tahun.
6. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta
- Ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1 juta boleh mengeluarkan lebihan simpanan tersebut.
Maklumat lanjut mengenai syarat dan prosedur boleh diperoleh di laman web rasmi www.kwsp.gov.my atau melalui aplikasi KWSP.
Info dan Maklumat Lanjut
Ikuti maklumat terkini, tip kewangan, dan pengumuman penting KWSP melalui sosial media:
- Facebook: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
- Instagram: @kwspmalaysia
- X (Twitter): @kwspmalaysia
- YouTube: KWSPMalaysia