HomePendidikanAktiviti Ihya Ramadhan Sekolah: Contoh & Kertas Kerja 2025

Aktiviti Ihya Ramadhan Sekolah: Contoh & Kertas Kerja 2025

Sambutan Ihya Ramadan di sekolah dengan pelbagai aktiviti dapat menghidupkan bulan Ramadhan dengan pelbagai ibadah dan aktiviti keagamaan dalam kalangan murid, guru, dan komuniti sekolah.

Melalui aktiviti dan program Ihya’ Ramadhan yang dirancang, kita dapat mendidik murid mencintai Al-Quran, memperkukuh ibadah, memupuk akhlak mulia, serta menghidupkan suasana Islamik di sekolah.

Pada tahun ini kita dijangka berpuasa pada 2 hingga 30 Mac 2025. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai aktiviti menarik boleh dirancang dalam menjayakan program Ihya Ramadhan di sekolah.

Kepentingan Aktiviti Ihya’ Ramadhan di Sekolah

Program Ihya’ Ramadhan di sekolah sangat penting dalam membentuk sahsiah murid dan menghidupkan bulan suci ini dengan pengisian rohani dan akhlak mulia.

Berikut adalah kepentingan aktiviti ini:

  1. Meningkatkan Kefahaman dan Penghayatan Islam
  2. Memperkasakan Amalan Ibadah dalam Kehidupan Seharian
  3. Memupuk Budaya Kasih Sayang dan Keprihatinan
  4. Menghidupkan Suasana Islamik di Sekolah
  5. Membentuk Komuniti Sekolah yang Harmoni

Program Ihya’ Ramadhan bukan sekadar program tahunan, tetapi satu platform penting dalam membina generasi yang berakhlak mulia, berilmu, dan mengamalkan ajaran Islam. 

Dengan adanya program ini, sekolah bukan sahaja berfungsi sebagai pusat akademik, tetapi juga sebagai institusi yang mendidik murid menghayati nilai Islam secara praktikal dalam kehidupan seharian.

Idea Pelaksanaan

Memandangkan bulan Ramadhan pada tahun ini adalah sepanjang sesi persekolahan bulan Mac, pelaksanaan atau pembahagian aktiviti boleh dilakukan berdasarkan minggu seperti berikut;

  1. Minggu Pertama (Istiqbal Ramadhan (Persiapan & Kesedaran Ramadhan)
  2. Minggu Kedua (Bulan Keberkatan)
  3. Minggu Ketiga (Nuzul al-Quran)
  4. Minggu Keempat (Penutup dan Penghargaan)

Contoh Aktiviti Ihya Ramadhan Yang Boleh Dilaksanakan

Untuk memudahkan gambaran dan perancangan, aktiviti ini boleh dirancang berdasarkan kesesuaian seperti senarai berikut;

  1. Istiqbal Ramadhan (Pelancaran Sambutan Ihya Ramadhan)
  2. Risalah Ramadhan
  3. Tazkirah / Ceramah
  4. Tadarus / Tilawah Al-Quran
  5. Infak Ramadhan
  6. Pertandingan Ramadhan
    • Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
    • Pertandingan Hafazan (Tahap 1)
    • Pertandingan Menulis Khat (Tahap 2)
    • Pertandingan Kolaj (Tahap 2)
    • Kuiz Ramadhan (Tahap 2)
    • Kad Raya Digital (Tahap 2)
  7. Program Bersempena Nuzul Quran
    • Perasmian Program Nuzul al-Quran
    • Takzirah / Ceramah
    • Pertandingan Hafazan Al-Quran
    • Tadarus dan Tadabbur
    • Kuiz Nuzul al-Quran
    • Pertandingan Khat
    • Pertandingan Poster Nuzul al-Quran
    • Tayangan Video Interaktif
  8. Majlis Berbuka Puasa Perdana
  9. Liqa’ Ramadhan
  10. Bacaan Yasin
  11. Solat Sunat Dhuha
  12. Majlis Khatam Al-Quran
  13. Mubarak FM (Siaran radio sekolah yang menyiarkan tazkirah, bacaan Al-Quran, dan lagu-lagu nasyid sepanjang Ramadhan)
  14. Tayangan Animasi Dakwah Islamik
  15. Dekorasi Kelas Bertemakan Ramadhan
  16. Jurnal Ramadhan Murid

Istiqbal Ramadhan (Pelancaran Sambutan Ihya’ Ramadhan)

Istiqbal Ramadhan bermaksud menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan penuh persiapan dan kesungguhan. Dalam konteks Program Ihya’ Ramadhan, ia merupakan majlis pelancaran rasmi yang bertujuan untuk membangkitkan semangat murid, guru, dan seluruh warga sekolah dalam menyambut bulan mulia ini dengan amalan yang lebih baik.

Objektif Istiqbal Ramadhan

  • Meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang keutamaan bulan Ramadhan.
  • Mempersiapkan mental dan spiritual murid dalam menghadapi ibadah puasa.
  • Membina motivasi untuk memperbanyakkan ibadah dan amalan kebajikan.
  • Mewujudkan suasana Islamik di sekolah sepanjang bulan Ramadhan.

Cadangan Pengisian Program

A. Perasmian & Bacaan Doa

  • Ucapan alu-aluan oleh pentadbir sekolah.
  • Bacaan doa oleh guru Pendidikan Islam atau murid bagi memohon keberkatan Ramadhan.

B. Gimik Pelancaran Ihya’ Ramadhan

  • Simbolik pelancaran seperti perasmian Tabung Infak Ramadhan, penggantungan banner Ihya’ Ramadhan atau tayangan montaj bertemakan Ramadhan.

C. Tazkirah Ringkas: “Keistimewaan Ramadhan”

  • Disampaikan oleh guru atau jemputan khas.
  • Fokus kepada puasa sebagai latihan rohani, keutamaan solat, membaca Al-Quran dan bersedekah.

D. Bacaan Yasin & Doa Selamat

  • Dilaksanakan secara berjemaah untuk memohon kesejahteraan sepanjang bulan Ramadhan.

E. Edaran Risalah Ramadhan

  • Murid diberikan risalah adab berpuasa, fadhilat solat sunat, dan amalan yang digalakkan sepanjang Ramadhan.

F. Aktiviti Interaktif Murid

  • Pertandingan mencipta poster  bertemakan Ramadhan.
  • Pertandingan menulis kad ucapan Ramadhan kepada ibu bapa dan guru.

Pertandingan Ramadhan: Mengasah Bakat & Mengukuhkan Penghayatan Islam

Pertandingan Ramadhan merupakan sebahagian daripada Program Ihya’ Ramadhan yang bertujuan untuk memotivasikan murid menghayati bulan Ramadhan melalui aktiviti yang interaktif, kreatif, dan berlandaskan nilai Islam.

Objektif umum bagi pertandingan ini adalah;

  • Menanam rasa cinta terhadap Islam melalui aktiviti yang menyeronokkan.
  • Menggalakkan pemahaman murid tentang keistimewaan Ramadhan, puasa, dan ibadah.
  • Mencungkil bakat murid dalam pelbagai bidang seperti seni, hafazan, dan penulisan.
  • Meningkatkan daya saing secara sihat dalam kalangan murid.

Senarai Pertandingan

Antara pertandingan yang boleh diadakan adalah;

  • Pertandingan Mewarna (Tahap 1)
  • Pertandingan Hafazan (Tahap 1)
  • Pertandingan Menulis Khat (Tahap 2)
  • Pertandingan Kolaj (Tahap 2)
  • Kuiz Ramadhan (Tahap 2)
  • Kad Raya Digital (Tahap 2)

Pertandingan yang di adakan bukan sekadar aktiviti sampingan, tetapi satu kaedah pembelajaran interaktif untuk mendidik murid tentang penghayatan Islam dalam suasana yang positif dan menyeronokkan.

Pemberian Hadiah

Murid-murid yang menang melalui pertandingan yang diadakan boleh diberikan hadiah, saguhati atau sijil penghargaan sebagai galakan dan motivasi melalui prestasi terbaik dalam aktiviti yang dianjurkan.

Jenis-jenis hadiah bergantung kepada kemampuan dan bajet masing-masing seperti;

  • Piala / trofi / plak Penghargaan
  • Sijil penghargaan/penyertaan
  • Buku agama / al-Quran / sejadah / kit ibadah
  • Hadiah alat tulis / cenderahati khas
  • Buku nota atau bookmark berunsur Islamik

Program Sambutan Nuzul al-Qur’an Sekolah

Sambutan hari Nuzul Quran boleh dijadikan aktiviti khusus bagi program Ihya Ramadhan Sekolah. Pada tahun ini ia jatuh pada 18 Mac (Selasa). Walaupun bagi sesetengah negeri ada yang cuti umum pada hari tersebut, pelaksanaan aktiviti boleh dilakukan sebelum atau selepas tarikh tersebut.

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah:

  • Perasmian Program Nuzul al-Quran
  • Takzirah / Ceramah
  • Pertandingan Hafazan Al-Quran
  • Tadarus dan Tadabbur
  • Kuiz Nuzul al-Quran
  • Pertandingan Khat
  • Pertandingan Poster Nuzul al-Quran
  • Tayangan Video Interaktif

Cadangan Tema:

  • Al-Quran: Cahaya Sepanjang Zaman
  • Al-Quran: Cahaya Sepanjang Zaman
  • Cinta Al-Quran, Cinta Ilmu”
  • Al-Quran: Pedoman Generasi Rabbani
  • Mendekati Al-Quran, Menyelami Hikmahnya

Majlis Penutup Program Ihya’ Ramadhan Sekolah

Majlis Penutup Program Ihya’ Ramadhan merupakan acara kemuncak yang menandakan berakhirnya program sepanjang bulan Ramadhan di sekolah. 

Ia diadakan bagi merumuskan aktiviti yang telah dilaksanakan, memberikan penghargaan kepada peserta, dan mengukuhkan nilai-nilai Islam yang diterapkan sepanjang Ramadhan.

Contoh Kerja Kerja Ringkas Program Ihya Ramadhan 1446H / 2025M

1. PENGENALAN 

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat. Oleh itu, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan 1446H / 2025M bagi menggalakkan warga sekolah menghayati keistimewaan bulan ini melalui pelbagai aktiviti ibadah, kebajikan dan pembelajaran.

2. PELAKSANAAN PROGRAM

  • Tarikh: 3 Mac – 28 Mac 2025 (2 Ramadhan – 27 Ramadhan 1446H)
  • Tempat: Sekolah …………
  • Anjuran: Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG dan warga sekolah

3. TEMA PROGRAM

 “Ramadhan Disemai, Akhlak Dituai”

4. OBJEKTIF

  1. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan warga sekolah terhadap keistimewaan bulan Ramadhan.
  2. Menggalakkan budaya membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian.
  3. Memupuk sifat ihsan dan kasih sayang melalui program kebajikan dan infak.
  4. Membina akhlak mulia dalam kalangan murid melalui aktiviti keagamaan dan sosial.

5. SASARAN

Semua warga sekolah termasuk murid, guru, staf sekolah dan ibu bapa.

6. CADANGAN AKTIVITI PROGRAM

  • Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadhan
  • Tazkirah: Keistimewaan Ramadhan
  • Edaran Risalah Ramadhan
  • Bacaan Yasin dan Doa Selamat
  • Tadarus Al-Quran Harian
  • Pertandingan Hafazan Ayat Lazim
  • Ceramah: Nuzul Al-Quran dan Kelebihannya
  • Tayangan Video Nuzul al-Quran
  • Tabung Ihya’ Ramadhan (Infak & Wakaf Al-Quran)
  • Majlis Berbuka Puasa Sekolah
  • Kuiz Ramadhan Interaktif
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Penyampaian Hadiah dan Sijil Penghargaan

7. JAWATANKUASA PROGRAM

  • Pengerusi 
  • Timbalan 
  • Setiausaha, 
  • AJK Aktiviti
  • AJK Dokumentasi 
  • AJK Hadiah

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

  • Hadiah pertandingan: RMXXX
  • Jamuan berbuka puasa: RMXXX
  • Cenderamata penceramah: RMXXX
  • Percetakan bahan: RMXXX

9. PENUTUP

Program Ihya’ Ramadhan ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada warga sekolah dalam meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan bulan Ramadhan. Semoga program ini menjadi asbab keberkatan dan keinsafan bagi semua yang terlibat.

Disediakan oleh:

………………………
Guru Panitia Pendidikan Islam

Tarikh: …………………


Lihat Juga:
17 Contoh Aktiviti Minggu Pertama / Orientasi Prasekolah 2025
Aktiviti Minggu Pertama Persekolahan 2025: Idea Contoh Menarik
Contoh Aktiviti Maulidur Rasul Prasekolah Untuk Tadika & Pasti
Aktiviti Kemerdekaan: Contoh & Idea Menarik Untuk Sekolah
Contoh Poster Aktiviti Mewarna Maal Hijrah

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments