HomePendidikanPermohonan Program Separuh Masa iCEPS, UiTM - Sesi Okt 2024

Permohonan Program Separuh Masa iCEPS, UiTM – Sesi Okt 2024

Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional (iCEPS) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini membuka permohonan bagi program Sarjana Muda Kejururawatan secara separuh masa untuk sesi Oktober 2024. 

Program ini menawarkan peluang keemasan bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam beberapa bidang yang dinyatakan di bawah sambil bekerja.

Program Ditawarkan Dan Syarat Kemasukan

Untuk pengambilan Program Separuh Masa iCEPS sesi Oktober 2024, program-program yang ditawarkan adalah;

  1. Sarjana Muda Kejururawatan (Kepujian) *Program bertemu duga (HS240)
  2. Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (Kepujian) (HS242)
  3. Sarjana Muda Kesihatan Dan Keselamatan (Kepujian) (HS243)
  4. Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian) (HS244)
  5. Sarjana Muda Pemulihan Carakerja (Kepujian) (HS245)

Untuk syarat kemasukan bagi yang dinyatakan di atas, sila rujuk pada pautan berikut;

https://apply-iceps.uitm.edu.my/index.php/part-time-degree-programmes

Cara Permohonan

  • Permohonan dibuka sehingga 31 Julai 2024
  • Bayaran RM15 untuk proses permohonan tidak akan dikembalikan
  • Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
  • Temu duga akan dijalankan pada bulan Ogos, calon yang melepasi tapisan fakulti sahaja akan menerima emel panggilan temu duga
  • Calon yang tidak menerima sebarang pemakluman dianggap tidak berjaya

Permohonan boleh dibuat melalui pautan berikut;

https://iis-iceps.uitm.edu.my/register

Atau scan pada QR kod yang dinyatakan pada iklan di bawah;

Iklan Permohonan Program Separuh Masa iCEPS, UiTM - Sesi Oktober 2024

Panduan Permohonan Atas Talian (Online)

  1. Setiap permohonan akan dikenakan bayaran WANG PROSES sebanyak RM15 (tidak akan dikembalikan). Bayaran perlu dibuat secara atas talian melalui Sistem Pengambilan Pelajar iCEPS.
  2. Sila baca SYARAT KEMASUKAN terlebih dahulu sebelum mengisi borang permohonan (untuk mengenalpasti program yang akan dipohon).
  3. Sila pastikan anda mengisi semua maklumat yang BETUL dan TEPAT di dalam borang permohonan. Ruang bertanda (*) Wajib diisi. Pihak UiTM berhak menolak permohonan sekiranya maklumat yang diisi didapati tidak benar.
  4. Sila pastikan anda membuat semakan keatas maklumat yang telah diisi dalam borang permohonan. Pastikan anda menekan butang SETERUSNYA bagi menghantar borang permohonan.
  5. Permohonan yang dibuat selepas tarikh tutup akan diproses untuk sesi kemasukan yang akan datang.
  6. Penawaran program tertakluk kepada jumlah minimum sekurang-kurangnya 30 orang bilangan pelajar yang mendaftar bagi setiap program dan kampus. Calon yang layak tetapi tidak ditawarkan kerana tidak memenuhi kriteria jumlah minimum bagi setiap kelas akan ditawarkan program/kampus yang lain atau ditangguhkan ke sesi kemasukan akan datang.

* Tertakluk kepada pindaan.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program Separuh Masa iCEPS, UiTM, sila hubungi melalui saluran berikut;

Ikuti Media Sosial iCEPS:

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments