Ucapan Haji: Himpunan Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Haji untuk Ahli Keluarga, Sahabat, Jiran dan Para Tetamu Allah Duyuf al-Rahman.
Setiap tahun, ramai umat Islam di Malaysia berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.
Sebagai keluarga, sahabat dan jiran, ucapan selamat dan doa yang ikhlas menjadi tanda kasih dan sokongan moral yang besar buat mereka.
Berikut adalah beberapa himpunan dan koleksi ucapan haji mabrur yang anda boleh gunakan dan mudah dikongsi melalui WhatsApp, media sosial atau kad ucapan.
Lihat Juga: Doa Untuk Jemaah Haji & Doa Selamat Untuk Duyufurrahman
Ucapan Umum Haji Mabrur dan Selamat Menunaikan Haji
- Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada (Nama). Semoga menjadi tetamu Allah yang dikurniakan Haji yang Mabrur. Doakan kami yang mengiringi sama.
- Semoga Allah mempermudahkan segala urusanmu di Tanah Suci dan menerima hajimu sebagai haji yang mabrur.
- Selamat menunaikan haji. Semoga setiap langkah menjadi saksi ketaatan dan cinta kepada Allah.
- Perjalanan ini bukan hanya fizikal, tapi juga spiritual. Semoga engkau kembali sebagai insan yang bersih dan diredhai.
- Semoga Allah menjaga keselamatanmu, memudahkan ibadahmu, dan mengurniakanmu haji yang mabrur dan maqbul.
Untuk Ayah dan Ibu
- Kami iringi pemergianmu ayah dan boda dengan doa, semoga pulang membawa keberkatan dan keampunan daripada-Nya.
- Doa kami sentiasa bersamamu Abi dan Ummi. Jadikanlah setiap tawaf dan wukuf sebagai langkah menuju syurga.
- Semoga keluargaku dikurniakan haji mabrur, dosa terampun dan kehidupan yang diberkati selepas ini.
- Semoga setiap titisan air mata di Arafah menjadi saksi keikhlasanmu kepada Allah SWT.
Ahli Keluarga
- Selamat berangkat ke Tanah Suci buat ahli keluargaku. Semoga engkau menjadi tetamu Allah yang dirahmati dan diberi kekuatan.
- Pergilah dengan hati yang bersih dan ikhlas. Pulanglah sebagai insan yang suci dan lebih bertaqwa.
- Semoga setiap amalan diterima dan menjadi saham akhiratmu yang kekal.
- Semoga perjalanan haji ini memberi makna baru dalam kehidupan dan membentuk jiwa yang lebih tenang.
Jiran
- Buat jiranku, jadikan setiap langkahmu di bumi Mekah sebagai saksi cinta sejati kepada Ilahi.
- Selamat menunaikan rukun Islam kelima buat jiranku yang dikasihi. Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberkati.
- Doa kami mengiringi setiap langkahmu di Tanah Suci. Kembali nanti dengan hati yang lebih bersih.
Sahabat
- Sahabat! Semoga hatimu semakin dekat dengan Allah dan jiwamu dipenuhi rasa syukur sepanjang ibadah haji.
- Semoga engkau termasuk dalam kalangan hamba-Nya yang terpilih dan dirahmati sepanjang hayat.
- Haji bukan sekadar perjalanan, tapi titik mula ke arah perubahan yang diredhai.
Ucapan Berbentuk Doa
- Ya Allah, mudahkanlah perjalanan ibadah haji Ayah dan Ibuku dan terimalah segala amalnya. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin
- Kami doakan kesihatan, kekuatan dan kelancaran buatmu sepanjang mengerjakan haji.
- Moga setiap detik di Tanah Suci menjadi kenangan terindah dan bekal ke syurga.
- Semoga Allah mempermudahkan segala urusanmu di Tanah Suci dan menerima hajimu sebagai haji yang mabrur.
Doa Pendek untuk Orang Pergi Haji
“اللهُمَّ يَسِّرْ لَهُ الحَجَّ وَتَقَبَّلْهُ مِنْهُ وَاجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرورًا وَسَعْيًا مَشْكُورًا وَذَنْبًا مَغْفوْرًا”
Ya Allah, permudahkanlah hajinya, terimalah amalannya, jadikanlah hajinya mabrur, usahanya diberkati, dan dosanya diampuni.
Contoh Poster Maraikan Orang Pergi Haji Tahun Ini



