HomeBantuanBantuan Komputer Riba (Laptop) Sarawak: Syarat & Permohonan

Bantuan Komputer Riba (Laptop) Sarawak: Syarat & Permohonan

Kerajaan Sarawak melalui Belanjawan Negeri 2024 telah mengumumkan inisiatif bantuan komputer riba percuma dan baucar buku kepada pelajar negeri ini yang layak.  

Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah dan memperkasakan pelajar dengan teknologi yang diperlukan untuk cemerlang dalam akademik.

Berikut merupakan maklumat lanjut berkaitan bantuan komputer riba Negeri Sarawak.

Inisiatif Bantuan Komputer Riba Negeri Sarawak

Dalam pembentangan Belanjawan Sarawak 2024, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan memberikan komputer riba percuma kepada pelajar Sarawak yang layak. 

Inisiatif ini akan memanfaatkan sekitar 5,000 pelajar dari keluarga berpendapatan per kapita RM1,500 ke bawah yang telah mendaftar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS). 

Peruntukan sebanyak RM15 juta telah disediakan untuk program ini​.

Syarat Kelayakan

  1. Pelajar Sarawakian: Pelajar mesti warganegara Sarawak.
  2. Pelajar Tahun Pertama Diploma & Ijazah: Mesti mendaftar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di seluruh Malaysia.
  3. Pendapatan Isi Rumah: Pendapatan per kapita isi rumah mestilah RM1,500 dan ke bawah.

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 1 Julai hingga 14 Ogos 2024

Dalam tempoh ini, pelajar yang layak perlu memastikan semua dokumen dan maklumat yang diperlukan disediakan dengan lengkap untuk meningkatkan peluang mendapatkan bantuan ini.

Cara-Cara Permohonan

  1. Layari Laman Web Yayasan Sarawak
  2. Mohon Laptop Percuma:
    • Masukkan maklumat peribadi yang diperlukan.
  3. Muat Turun Surat Pengesahan:
    • Dapatkan tandatangan daripada institusi pengajian tinggi anda.
  4. Muat Naik Surat Pengesahan:
    • Pastikan surat tersebut mengesahkan status anda sebagai pelajar B40 tahun pertama.
  5. Hantar Permohonan:
    • Lengkapkan dan hantar permohonan anda.
  6. Semak Status Permohonan:
    • Melalui laman web My-Yayasan atau emel.
  7. Jika Diluluskan:
    • Muat turun aplikasi My-Yayasan dan kemas kini alamat penghantaran.
  8. Penghantaran:
    • Komputer riba akan dihantar dalam tempoh 8-10 minggu selepas kelulusan.
Iklan Bantuan Komputer Riba Yayasan Sarawak

Notis Penting: Permohonan dalam talian mesti diisi mengikut garis panduan yang disediakan. Kegagalan untuk menyediakan semua butiran yang diperlukan akan mengakibatkan penolakan permohonan anda.

Sila pastikan dokumen-dokumen berikut sedia untuk dimuat naik, dan setiap fail tidak melebihi saiz 5MB:

  1. Salinan status pengajian dan pendapatan ibu/bapa/penjaga yang telah disahkan oleh Institusi Pengajian Tinggi. Sila lengkapkan borang tersebut dan pastikan ia disahkan sebelum menghantar permohonan anda.
  2. Salinan MyKad (pemohon). [Contoh]
Kegunaan Yayasan Sarawak Pengesahan Salinan Kad Pengenalan MyKad

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih terperinci mengenai bantuan ini, sila kunjungi portal rasmi Yayasan Sarawak https://yayasansarawak.org.my/

Anda juga boleh menghubungi;

Sumber: https://yayasansarawak.org.my/


Lihat Juga:
Biasiswa Khazanah Watan (Khazanah Watan Scholarship)
Dermasiswa B40 (DB40) JPA 2024

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments