Seperti yang dimaklumkan dalam siaran media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), semakan dan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024 akan diumumkan pada 24 April 2025 (Khamis).
Calon-calon SPM dan juga ibu bapa pastinya tidak sabar dengan pengumuman ini setelah berhadapan dengan peperiksaan pada Januari hingga Februari yang lalu.
Untuk makluman, seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2024 di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara yang berlangsung dari 2 Januari hingga 6 Februari 2025.
Jika pelajar atau ibu bapa tidak berpuas hati dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, anda boleh membuat permohonan semakan semula keputusan dalam tempoh 30 hari dari tarikh semakan diumumkan.
Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2024
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 akan dikeluarkan mulai 24 April 2025 (Khamis) jam 10 pagi.

Cara Semakan Keputusan SPM 2023
Kini anda boleh semak keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dengan mudah dan pantas;
- Hadir ke sekolah (calon sekolah) atau Jabatan Pendidikan Negeri (calon persendirian)
- Secara dalam talian: Mulai jam 10:00 pagi pada 24 April 2025 dan dibuka hingga jam 6:00 petang, 30 April 2025.
- Menggunakan SMS: Semakan Ringkasan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024

Semakan Keputusan SPM 2024 Secara Dalam Talian (Online)
Calon SPM 2024 juga boleh menyemak keputusan peperiksaan secara dalam talian melalui portal rasmi myresultspm.moe.gov.my
Tarikh & Masa Akses:
- Mulai 10:00 pagi pada 24 April 2025
- Sehingga 6:00 petang pada 30 April 2025
Pastikan anda mempunyai capaian internet yang stabil dan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan angka giliran untuk membuat semakan.

Semakan Keputusan SPM 2024 Secara SMS
Calon juga boleh mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2024 melalui sistem pesanan ringkas (SMS) seperti berikut:
- Format SMS: SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran
- Contoh: SPM 070203045678 AA001A001
- Hantar ke: 15888
Perkhidmatan ini akan diaktifkan pada 24 April 2025 jam 10:00 pagi. Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat untuk mengelakkan kesilapan keputusan.

Semakan Semula Keputusan SPM dan Kes ‘T”
Bagi pelajar atau ibu bapa yang merasakan terdapat kekeliruan atau kemungkinan kesilapan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, permohonan semakan semula keputusan boleh dibuat selepas tarikh pengumuman rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Begitu juga dengan Kes T (Tidak Hadir) permohonan semakan semula boleh dibuat dalam tempoh 30 hari tersebut.
Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2024
Berdasarkan prosedur tahun-tahun sebelumnya, permohonan ini biasanya dibuka dalam tempoh 30 hari selepas keputusan diumumkan.
Calon yang tidak hadir bagi mana-mana kertas peperiksaan (Kes ‘T’) juga boleh membuat permohonan semakan semula dalam tempoh yang sama.
Bagi keputusan SPM 2024 yang diumumkan pada 24 April 2025, tempoh permohonan semakan semula dijangka dibuka mulai 24 April hingga 23 Mei 2025.
Untuk permohonan semakan semula ini, bayaran RM100 akan dikenakan bagi setiap mata pelajaran yang dipohon untuk semakan semula.
Permohonan, semakan status dan keputusan boleh dibuat melalui portal https://elp.moe.gov.my atau melalui aplikasi e-Lembaga Peperiksaan.
Setelah semakan dibuat, sekiranya;
- Kekal – Slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai
- Berubah –
- 1) Calon sekolah – hubungi SUP untuk slip baharu
- 2) Calon persendirian – hubungi SPP, JPN, untuk slip baharu

Penyemakan Keputusan “Kes T” (Tidak Hadir) – SPM 2024
Bagi calon yang menerima keputusan “T” (Tidak Hadir) untuk mana-mana subjek dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, anda berpeluang membuat permohonan penyemakan semula keputusan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.
Berdasarkan jangkaan mengikut prosedur tahun lalu, tempoh permohonan dijangka bermula dari 24 April hingga 23 Mei 2025.
Permohonan boleh dibuat melalui:
- Portal rasmi: https://elp.moe.gov.my
- Aplikasi: e-Lembaga Peperiksaan
Bayaran RM100 dikenakan bagi setiap mata pelajaran.
Setelah pengeluaran keputusan, sekiranya;
- Kekal- Slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai
- Berubah- Pulangan bayaran
Segala maklumat rasmi akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan oleh KPM atau LPM.

Takrifan Gred Keputusan Peperiksaan SPM
Gred | Takrif |
---|---|
A+ | Cemerlang Tertinggi |
A | Cemerlang Tinggi |
A- | Cemerlang |
B+ | Kepujian Tertinggi |
B | Kepujian Tinggi |
C+ | Kepujian Atas |
C | Kepujian |
D | Lulus Atas |
E | Lulus |
G | Gagal |
- Keputusan ditahan/ dibatalkan
- Catatan “Keputusan ditahan” menerangkan calon berkenaan disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.
- Catatan “Keputusan dibatalkan” menerangkan calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan ‘X’ dalam slip keputusan peperiksaan.
- Keputusan “T”: Catatan “Keputusan T” menerangkan calon tidak hadir kertas yang diduduki sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2024
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 akan dikeluarkan pada 24 April 2025 (Khamis). Seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM Tahun 2024 di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara.
Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
Pihak sekolah hendaklah memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.
Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah berikut:
i. secara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my
untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 mulai pukul 10.00 pagi pada 24 April 2025 sehingga pukul 6.00 petang pada 30 April 2025; dan/atau
ii. secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 24 April 2025 sehingga pukul 6.00 petang pada 30 April 2025.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2024. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
-TAMAT-
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
17 APRIL 2025


Info Lanjut dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan, hubungi talian Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing;
Anda ikuti Sosial Media KPM berikut untuk maklumat terkini;
- Facebook – https://www.facebook.com/KemPendidikan/
- Instagram – https://www.instagram.com/kempendidikan/
- Twitter – https://twitter.com/KemPendidikan
Soalan Lazim (FAQ) Keputusan SPM 2024
Keputusan SPM 2024 akan diumumkan pada 24 April 2025 (Khamis) mulai jam 10:00 pagi.
Calon boleh membuat semakan keputusan melalui tiga kaedah berikut:
1) Hadir ke sekolah masing-masing (untuk calon sekolah sahaja) mulai 10:00 pagi, 24 April 2025.
2) Secara dalam talian melalui portal rasmi https://myresultspm.moe.gov.my dari 24 hingga 30 April 2025, jam 10:00 pagi – 6:00 petang.
3) Melalui SMS – Taip:SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran
Hantar ke: 15888
Perkhidmatan SMS ini aktif dari 24 hingga 30 April 2025, jam 10:00 pagi – 6:00 petang.
Permohonan semakan semula keputusan SPM 2024 boleh dibuat dalam tempoh 30 hari selepas keputusan diumumkan, iaitu dari 24 April hingga 23 Mei 2025.
Keputusan “T” merujuk kepada “Tidak Hadir” bagi mana-mana kertas peperiksaan yang diduduki, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian.
Bayaran yang dikenakan bagi permohonan semakan semula keputusan SPM 2024 adalah RM100 bagi setiap mata pelajaran yang dipohon. *(berdasarkan rujukan tahun-tahun lalu)