HomeBantuanBAIK Sabah 2024: Bantuan Komputer Riba Percuma Pelajar

BAIK Sabah 2024: Bantuan Komputer Riba Percuma Pelajar

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dalam satu pengumuman di Facebook memaklumkan bahawa permohonan Bantuan Ihsan Komputer Kerajaan (BAIK), iaitu bantuan komputer riba percuma untuk pelajar negeri Sabah bagi tahun 2024, kini dibuka.

Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.

Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon diingatkan untuk membaca dan memahami syarat dan tatacara permohonan sebagaimana maklumat berikut.

Apa itu Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Sabah?

Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) merupakan inisiatif oleh Kerajaan Negeri Sabah yang diperkenalkan untuk membantu pelajar IPT Bumiputera dari Sabah yang kurang berkemampuan memiliki komputer riba bagi tujuan pembelajaran. 

Inisiatif ini dimulakan pada tahun 2021 di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan diteruskan hingga kini untuk memastikan para pelajar dapat meneruskan pembelajaran mereka dengan lancar​.

Poster pengumuman Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) Sabah 2024 dengan tajuk "BAIK Sabah – Permohonan Bantuan Komputer Riba Percuma Pelajar Sabah 2024 Kini Dibuka," menampilkan gambar komputer riba dengan teks dan pautan permohonan di laman web https://baik.sabah.gov.my/.

Syarat-Syarat dan Kriteria Permohonan

  1. Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
  2. Permohonan hendaklah disertakan dengan Surat beranak (Pemohon & ibu bapa), Salinan Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon & ibu bapa), Slip gaji ibu bapa/Surat pengesahan bekerja (disahkan oleh Pegawai Daerah), Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Surat Pengesahan Telah Berdaftar daripada Universiti Tempat Belajar pemohon.
  3. Permohonan hendaklah dibuat hanya melalui online di laman sesawang rasmi BAIK SABAH
  4. Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-kasih.
  5. Memberikan justifikasi keperluan komputer riba. (lihat contoh min sediakan di bawah)

Cara Memohon Secara Online

Iklan Permohonan Bantuan Komputer Riba Percuma Pelajar Sabah 2024
  1. Layari laman sesawang https://baik.sabah.gov.my/.
  2. Log masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan sekiranya sudah mendaftar sebelum ini
  3. Sekiranya belum daftar, klik pada butang “Belum Daftar?” dengan mengisi maklumat;
    1. Nama Penuh
    2. Nombor Kad Pengenalan
    3. Emel
    4. Sila pastikan isi maklumat yang BETUL sebelum tekan butang DAFTAR.
  4. Log masuk ke dalam laman web tersebut.
  5. Lengkapkan borang permohonan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
  6. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

​​Permohonan hendaklah disertakan dengan:

  1. Surat beranak (Pemohon & ibu bapa)
  2. Salinan Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon & ibu bapa)
  3. Slip gaji ibu bapa/Surat pengesahan bekerja (disahkan oleh Pegawai Daerah)
  4. Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
  5. Surat Pengesahan Telah Berdaftar daripada Universiti Tempat Belajar pemohon.

Contoh Justifikasi Keperluan Komputer Riba

Berdasarkan keperluan syarat yang disebutkan di atas, pemohon perlu memberikan justifikasi keperluan komputer riba dalam borang permohonan. 

Berikut adalah beberapa cadangan berdasarkan keperluan anda.

1. Peningkatan Pembelajaran Berasaskan Teknologi

  • “Komputer riba diperlukan untuk mengakses pelbagai platform pembelajaran digital yang menyediakan bahan interaktif seperti simulasi, video pembelajaran, dan latihan dalam talian. Ini akan memperkaya pengalaman pembelajaran saya dan membantu saya memahami konsep-konsep yang kompleks dengan lebih baik.”

2. Penggunaan Perisian Khusus

  • “Banyak kursus kini memerlukan penggunaan perisian khusus yang tidak boleh dijalankan pada peranti mudah alih. Sebagai contoh, perisian rekabentuk grafik, pengaturcaraan, dan analisis data memerlukan komputer riba yang berkeupayaan tinggi untuk beroperasi dengan lancar.”

3. Penyediaan Bahan Pembelajaran dan Kajian

  • “Saya memerlukan komputer riba untuk menyiapkan tugasan, projek, dan penyelidikan yang memerlukan penyuntingan dokumen, penciptaan persembahan, dan analisis data yang mendalam. Ini adalah elemen penting dalam memastikan kejayaan akademik saya.”

4. Akses kepada Perpustakaan Digital dan Sumber Atas Talian

  • “Banyak bahan rujukan dan buku teks kini hanya boleh diakses dalam format digital. Komputer riba membolehkan saya mengakses perpustakaan digital universiti dan sumber-sumber ilmiah lain yang penting untuk kajian dan tugasan saya.”

5. Komunikasi dan Kolaborasi

  • “Komputer riba diperlukan untuk berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan-rakan pelajar melalui e-mel, forum perbincangan, dan platform kolaborasi seperti Microsoft Teams dan Google Workspace. Ini memudahkan kerja kumpulan dan penyelarasan projek.”

6. Ketiadaan Peranti yang Sesuai di Rumah

  • “Saya tidak mempunyai peranti komputer riba sendiri di rumah dan terpaksa berkongsi dengan ahli keluarga lain. Ini menyukarkan saya untuk menyiapkan tugasan dan menghadiri kelas dalam talian pada waktu yang ditetapkan.”

7. Menyokong Pembelajaran Jarak Jauh dan Hibrid

  • “Dengan adanya komputer riba, saya boleh mengikuti pembelajaran jarak jauh dan hibrid yang semakin menjadi norma dalam sistem pendidikan masa kini. Ia membolehkan saya mengikuti kuliah dan tutorial secara dalam talian dengan lebih efektif.”

8. Persediaan untuk Kerjaya Masa Depan

  • “Memiliki komputer riba akan membantu saya mempelajari kemahiran digital yang penting untuk masa depan kerjaya saya. Banyak pekerjaan kini memerlukan kemahiran teknologi yang tinggi, dan saya perlu bersedia untuk memenuhi keperluan tersebut.”

9. Pengurusan Masa dan Produktiviti

  • “Komputer riba membolehkan saya mengurus masa dengan lebih baik dan meningkatkan produktiviti. Saya boleh menyiapkan tugasan, menyusun jadual belajar, dan menyimpan semua bahan pembelajaran di satu tempat yang mudah diakses.”

10. Kesediaan Menghadapi Situasi Tidak Terduga

  • “Memiliki komputer riba membolehkan saya terus belajar dan menyelesaikan tugasan tanpa gangguan walaupun menghadapi situasi tidak terduga seperti gangguan bekalan elektrik atau masalah teknikal dengan peranti lain.”

Disclaimer: Pemohon boleh menggunakan justifikasi lain yang bersesuaian dengan keadaan pemohon.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Ihsan Komputer Kerajaan (BAIK) Sabah 2024, hubungi maklumat berikut;

PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
(TUGAS-TUGAS KHAS)
JABATAN KETUA MENTERI

Tingkat 29, Blok A, Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas,
88400 Kota Kinabalu,
Sabah.

Telefon: 088-369872 / 088-369164 / 088-369897 / 088-369890

Puan Jurianah, Cik Sheilla, Cik Wasillah, Puan Nur Fazillah, Puan Noor Hayati.

Maklumat lanjut juga boleh diperolehi dari laman web https://baik.sabah.gov.my/ 

Ikuti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah untuk makluman terkini di ;

Sumber: Facebook dan Laman web BAIK SABAH


Lihat Juga:
Biasiswa Grab Scholar 2024: Degree & Perbelanjaan Sekolah

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments