HomeUcapanSalam Nisfu Syaaban 2025 / 1446 Hijrah: Ucapan, Pantun & Poster

Salam Nisfu Syaaban 2025 / 1446 Hijrah: Ucapan, Pantun & Poster

Idea beserta contoh ucapan, pantun dan poster Salam Nisfu Syaaban 2025 Masihi / 1446 Hijrah.

Bersempena Nisfu Sya’ban (15 Syaaban)  yang jatuh pada 14 Februari pada tahun ini, mungkin ada dalam kalangan kita yang ingin menyampaikan ucapan, pantun atau menghantar poster buat ahli keluarga, rakan-rakan atau sesiapa sahaja.

Berikut adalah beberapa idea menarik ucapan, pantun dan poster yang anda boleh pilih.

Apa Itu Nisfu Syaaban?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Nisfu Syaaban merujuk kepada pertengahan bulan Syaaban, iaitu pada hari ke-15 dalam bulan Syaaban dalam kalendar Islam. Malam ini adalah salah satu hari yang dimuliakan oleh Allah, di mana umat Islam digalakkan untuk melakukan pelbagai ibadah seperti:

  • Membaca al-Quran
  • Berzikir
  • Berselawat
  • Beristighfar
  • Berpuasa pada siangnya

Malam ini dianggap sebagai salah satu malam yang penuh dengan keberkatan, di mana umat Islam dianjurkan untuk memperbanyakkan doa dan amalan soleh bagi memperoleh keampunan dan rahmat Allah SWT.

Malan Nisfu Syaaban di Malaysia bermula pada malam Khamis, 13 Februari 2025, selepas masuk waktu Maghrib.

Ucapan Salam Nisfu Syaaban 2025

Bagi menyambut Nisfu Syaaban ini, berikut adalah beberapa ucapan yang boleh dikongsikan kepada keluarga, rakan-rakan, dan di media sosial:

  • Salam Nisfu Syaaban 1446H. Semoga malam ini membawa keampunan, keberkatan dan rahmat buat kita semua dalam persiapan menyambut Ramadan.
  • Malam Nisfu Syaaban hadir membawa cahaya keampunan. Marilah kita perbanyakkan doa dan amal ibadah agar mendapat rahmat Allah SWT.
  • Selamat menyambut Nisfu Syaaban. Semoga Allah SWT menerima amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita. Amin.
  • Ya Allah, berkatilah kami di bulan Syaaban dan sampaikan kami ke bulan Ramadan dalam keadaan penuh keimanan dan ketaqwaan.
  • Di malam Nisfu Syaaban yang mulia ini, semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita, mengabulkan doa-doa kita, serta memberikan ketenangan dan keberkatan dalam hidup.
  • Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan orang yang Kau ampuni dan Kau rahmati pada malam yang penuh keberkatan ini.
  • Salam Nisfu Syaaban 1446H | Marilah kita manfaatkan bulan yang penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan doa, istighfar, amal ibadah, dan mendekatkan diri kepada-Nya.
  • Salam Nisfu Syaaban! Malam yang penuh rahmat, pintu keampunan terbuka luas. Semoga hati kita bersih dan jiwa kita tenang dalam lindungan-Nya.
  • Ya Allah, berikan kami ketenangan jiwa, kelapangan rezeki, kesihatan yang baik dan keampunan di malam Nisfu Syaaban ini. Amin.
  • Malam Nisfu Syaaban adalah malam memperbaharui hati. Mohon keampunan, sucikan diri, dan bersedia untuk menyambut Ramadan yang mulia.

Pantun Nisfu Syaaban

Mega jingga di ufuk barat,
Kicauan burung pulang ke sarang;
Nisfu Syaaban malam rahmat,
Dosa diampun hati tenang.

Embun menitis di hujung senja,
Bayu menyapa dedaun kelapa;
Nisfu Syaaban hadir menyapa,
Mohon keampunan sucikan jiwa.

Embun menitis di hujung dahan,
Mentari timbul hilanglah ia;
Nisfu Syaaban membawa keampunan,
Moga mendapat rahmat dariNya.

Angin sepoi di hujung taman,
Bulan purnama cahaya terang;
Datanglah malam penuh keampunan,
Segala dosa mohon dihilang.

Merdu merbah di hujung senja,
Bunga melati mekar berseri;
Nisfu Syaaban hadir menyapa,
Sucikan hati bersihkan diri.

Bening embun dedaun kelapa,
Langit cerah di ufuk barat;
Mohonlah ampun pada yang ESA,
Agar selamat dunia akhirat

Mega senja merah berlapis,
Laut membiru ombak berlari;
Nisfu Syaaban malam yang manis,
Mohon keberkatan di dunia ini.

Merbah berkicau di ranting sena,
Dedaun gugur di tanah subur;
Doa dipanjat setulus jiwa,
Moga dikabul di langit luhur.

Gerimis pagi menyapa desa,
Kelopak mawar harum di laman;
Malam Nisfu ampun dipinta,
Sama bermaafan eratkan iman.

Syaaban tiba mendidik jiwa,
Malam Nisfu jangan dilupa;
Bersihkan hati, sucikan minda,
Ramadan menjelang, kita bersedia.

Bunga melur putih berseri,
Laut membiru damai gelombang;
Nisfu Syaaban hiasi diri,
Sambut Ramadan hati tenang.

Koleksi Poster

Poster ucapan Nisfu Syaaban boleh dijadikan sebagai medium untuk menyebarkan mesej keindahan dan kelebihan malam ini. 

Berikut adalah beberapa poster yang anda boleh gunakan:

Lihat Juga:
Malam Nisfu Syaaban: Kelebihan, Amalan dan Doa
Bulan Syaaban: Keistimewaan, Kelebihan & Amalan Sunat

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments