HomeInfoMaal Hijrah 1446H/2024M: Tema Sambutan Peringkat Kebangsaan 

Maal Hijrah 1446H/2024M: Tema Sambutan Peringkat Kebangsaan 

Pada tahun ini, tarikh bagi Awal Muharam ialah pada 7 Julai 2024 (Ahad). Tema rasmi bagi Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini adalah “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”.

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H / 2024M pada 1 Muharam 1446H bersamaan 7 Julai 2024M bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Siaran langsung majlis ini bermula jam 9.30 pagi di RTM TV1 dan media sosial rasmi JAKIM.

Tema Maal Hijrah 2024M/1446H

Setiap tahun satu tema rasmi akan dipilih bersesuaian dengan suasana dan keadaan negara. 

Tema Maal Hijrah pada tahun ini ialah “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani

Berikut adalah penjelasan mengenai maksud di sebalik tema ini:

Al-Falah

Perkataan “Al-Falah” berasal dari bahasa Arab yang bermaksud ‘kejayaan’ atau ‘kemenangan’. Dalam konteks Islam, kejayaan ini bukan sahaja merujuk kepada kejayaan di dunia tetapi juga di akhirat. Ia merangkumi kejayaan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk spiritual, moral, ekonomi, dan sosial.

Pemacu

“Pemacu” bermaksud sesuatu yang menggerakkan atau memotivasi ke arah sesuatu tujuan. Dalam tema ini, ia merujuk kepada peranan ‘Al-Falah’ sebagai elemen yang menggerakkan masyarakat ke arah kejayaan dan kemakmuran.

Malaysia Madani

Konsep “Malaysia Madani” merujuk kepada pembangunan masyarakat yang berteraskan prinsip-prinsip kemanusiaan, keadilan, dan kesejahteraan. Ia adalah sintesis gaya Malaysia, yang menggabung jalin amalan sedia ada dengan kaedah baru untuk menangani isu-isu baru dan ketidakpastian. Konsep ini berpaksikan enam nilai teras yang berkait rapat dan bersepadu, yang setiap satu menguatkan yang lain.

Enam nilai teras ini adalah:

  • Kemampanan: Mutu hidup seimbang berdasarkan citra Malaysia yang unik berasaskan ilmu pengetahuan dan kearifan tempatan.
  • Kesejahteraan: Kesejahteraan ekonomi, sosial dan kelestarian alam melalui budaya ilmu dan kepelbagaian pandangan.
  • Daya Cipta: Pembaharuan dan pengupayaan modal insan bagi menjelmakan daya cipta manusia.
  • Hormat: Perilaku budi bahasa kepada kekayaan tradisi, merayakan kemajmukan dan meraikan perbezaan pandangan dunia.
  • Keyakinan: Menghidupkan harapan terhadap perubahan seiring sikap amanah melakukan perubahan ke arah kebaikan.
  • Ihsan: Belas ihsan akan nasib semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan.

Oleh yang demikian, tema Maal Hijrah  “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani” membawa mesej bahawa kejayaan dan kemenangan yang diinginkan oleh umat Islam di Malaysia bukan sahaja dalam aspek material tetapi juga dalam aspek spiritual dan moral. Kejayaan ini dijadikan sebagai pemacu untuk membentuk sebuah masyarakat madani yang adil, harmoni, dan maju.

Apa yang pasti, tema ini selari dengan  maksud Hijrah yang membawa pengertian yang begitu mendalam buat umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya. 

Senarai Tema Maal Hijrah Pada Tahun-tahun Yang Lalu

  • 2023: “Perpaduan Teras Malaysia Madani”
  • 2022: “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran”
  • 2021: “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”
  • 2020: “Ummah Rabbani, Negara Harmoni”
  • 2019: “Negara Rahmah Ummah Sejahtera”
  • 2018: “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”
  • 2017: “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”
  • 2016: “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah”

Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan  2024M/1446H

Pada setiap tahun seorang tokoh Maal Hijrah akan dipilih bersempena dengan sambutan ini. 

Pemilihan tokoh Maal Hijrah dipilih berdasarkan kepada pengetahuan, pengalaman luas dan keperibadian unggul yang dimiliki dalam mengembangkan syiar Islam.

Selain itu antara kriteria pemilihan tokoh adalah sumbangan seseorang individu dalam pembangunan ummah sama ada di dalam atau luar negara. 

Pada tahun lepas, tokoh Maal Hijrah ialah Datuk Dr. Abdul Monir Jaafar Mantan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Beliau menerima pingat dan sijil penghargaan daripada Kerajaan Malaysia berdasarkan sumbangan besar mereka dalam memartabatkan syiar Islam di peringkat nasional dan antarabangsa .

Senarai Tokoh Maal Hijrah Pada Tahun-tahun Yang Lalu

  • 2023M/1445H: Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob
  • 2022M/1444H: Tan Sri Othman Mustapha 
  • 2021M/1443H: Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad
  • 2020M/1442H: Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
  • 2019M/1441H: Profesor Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang
  • 2018M/1440H: Profesor Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
  • 2017M/1439H: Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai
  • 2016M/1438H: Tun Dato’ Seri Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim & Dato’ Dr Haron Din (Allahyarham)

Lagu Ma’al Hijrah

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan

Hijrah Membentuk Perpaduan
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Untuk Sepanjang Zaman… 

Maksud Logo Ma’al Hijrah 

Tahukah anda Logo Ma’al Hijrah yang kita gunakan pada hari ini mempunyai maksud dan simbolik yang tersendiri?

Logo Rasmi Maal Hijrah

Ia direka khas sesuai dengan pengertian Hijrah yang merangkumi maksud yang mendalam. 

  • Huruf “Ha” bermakna Hijrah.
  • Warna biru bermakna persaudaraan.
  • Warna merah membawa maksud semangat pengorbanan.
  • Warna kuning bermakna keagungan.
  • Warna putih bermakna fitrah manusia yang suci dan bersih.
  • Bulatan melambangkan bulatan bumi (glob).

Latar belakang logo yang berbentuk sarang labah-labah dan dilingkari oleh glob pula adalah simbolik kepada peristiwa Hijrah di mana  Rasulullah SAW bersama  Saiyyidina Abu Bakar as-Siddiq bersembunyi di dalam Gua Thur ketika berhijrah dari Kota Mekah ke Madinah.

Begitulah falsafah dan simbolik logo Maal hijrah yang menerapkan unsur-unsur pengorbanan, perpaduan, persaudaraan dan nilai-nilai murni Islam. 

Konsep dan Maksud Hijrah 

Dalam sejarah Islam, hijrah merujuk kepada tindakan Rasulullah SAW dan para sahabat berpindah dari Mekah ke Madinah. Peristiwa ini dilakukan untuk mempertahankan dan menegakkan risalah Allah SWT, iaitu akidah dan syariat Islam.

Daripada tindakan ini, umat Islam dapat mengambil pengajaran bahawa hijrah bermaksud berpindah ke keadaan yang lebih baik. Contohnya, jika kita lemah dalam pekerjaan, kita harus berusaha dengan lebih tekun dan sungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Begitu juga, jika amalan ibadah kita kurang, kita harus berusaha meningkatkan amalan tersebut.

Perkara paling penting adalah memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT. Untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan, kita harus sentiasa berusaha memperbaiki diri kerana Allah SWT telah menjanjikan ganjaran yang besar kepada mereka yang berhijrah ke arah kebaikan.


Lihat Juga:
Awal Muharam 2024: Tarikh Cuti Umum & Sambutan Maal Hijrah
Bulan Muharram: Kelebihan, Puasa Asyura & Fakta Menarik

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments