Semakan MyKasih 2025: Status Terkini Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) Untuk Bantuan Dapur.
Kerajaan MADANI akan memulakan penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM2,100 setahun kepada 700,000 penerima golongan miskin dan miskin tegar bermula 15 Januari 2025 (Rabu). Bantuan ini akan disalurkan melalui MyKad, menjadikannya lebih mudah diakses oleh penerima yang layak.
Peningkatan kadar bantuan ini adalah hasil daripada reformasi kewangan dan kerja keras kerajaan, yang berjaya menambah hasil negara. Sebagai perbandingan, kadar bantuan SARA yang diberikan tahun lalu adalah RM1,200 setahun, dan kini ia dinaikkan kepada RM2,100—satu lonjakan yang signifikan untuk menyokong golongan yang memerlukan.
Penambahbaikan ini juga merupakan sebahagian daripada langkah memperkukuh Belanjawan 2025, yang mencatat peruntukan tertinggi dalam sejarah bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA, iaitu sebanyak RM13 bilion, berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.
Kerajaan MADANI menegaskan komitmen untuk terus bekerja keras agar hasil negara dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan rakyat, terutama mereka yang memerlukan. Langkah ini mencerminkan nilai ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras utama pentadbiran MADANI.
Dengan usaha berterusan, diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban golongan miskin dan miskin tegar, seterusnya membantu mereka mencapai kehidupan yang lebih baik dan sejahtera.
Apa itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih yang telah ditambah baik pada tahun 2025.
Pelaksanaannya membolehkan penerima memenuhi keperluan barangan asas melalui pembelian tanpa tunai menggunakan MyKad, dengan kelayakan berjumlah RM2,100 setahun bagi isi rumah miskin, iaitu RM100 sebulan dari Januari hingga Mac dan RM200 sebulan dari April hingga Disember.
Untuk tahun 2025, kerajaan telah melaksanakan beberapa penambahbaikan utama dalam program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), termasuk:
- Memperluas penerima SARA:
Bantuan kini merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, termasuk di negeri Sabah dan Sarawak, berbanding tahun sebelumnya yang hanya melibatkan penerima di Semenanjung Malaysia. - Peningkatan kadar bantuan:
- Isi rumah miskin kini menerima bantuan sebanyak RM2,100 setahun, berbanding RM1,200 pada tahun 2024.
- Kadar bantuan disalurkan secara RM100 sebulan dari Januari hingga Mac dan meningkat kepada RM200 sebulan mulai April hingga Disember 2025.
- Golongan bujang kekal menerima RM600 setahun.
- Penambahbaikan kategori pembelian:
Berdasarkan maklum balas penerima, penggunaan kredit SARA diperluas untuk meliputi:- Barangan makanan asas
- Barangan kebersihan diri
- Ubat-ubatan
- Peralatan persekolahan
- Penggunaan MyKad sebagai mekanisme pembayaran:
Di bawah program ini, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih menggunakan MyKad di lebih 1,200 kedai runcit berdaftar di seluruh negara, berbanding hanya 700 kedai pada tahun 2024.
Semakan Status MyKasih 2025
Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), semakan boleh dibbuat melalui portal rasmi MyKasih.
Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;
- Langkah 1 – layari https://mykasih.com.my/
- Langkah 2 – Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
- Langkah 3 – Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
- Langkah 4 – Tekan pada butang Semak Status untuk semakan
Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;
- Status – Layak
- Jumlah baki terkini
- Nama
- Nombor MyKad
- Program bermula
- Program berakhir

Kelayakan Menerima SARA 2025
Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM)
Tarikh Bayaran
Bayaran Bantuan SARA 2025 akan bermula pada 15 Januari 2025 dan disalurkan secara bulanan melalui MyKad kepada penerima yang layak. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:
- Januari hingga Mac 2025: Bayaran sebanyak RM100 sebulan.
- April hingga Disember 2025: Bayaran dinaikkan kepada RM200 sebulan.
Kategori Penerima, Jumlah dan Jadual Bayaran
Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah seperti berikut:
Kategori Penerima | Jumlah Bayaran |
Isi Rumah (STR & eKasih) | RM2,100 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM1,650 |
Bujang (STR & eKasih) | RM600 |
Isi Rumah (STR sahaja) | RM900 |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | RM450 |

Bayaran Mengikut Bulan Mengikut Bulan
Bayaran dilakukan secara bulanan dalam dua fasa:
- Fasa Januari – Mac 2025:
- RM100 untuk kategori Isi Rumah (STR & eKasih) dan Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih).
- RM50 untuk kategori Bujang (STR & eKasih).
- Fasa April – Disember 2025:
- RM200 untuk kategori Isi Rumah (STR & eKasih).
- RM150 untuk kategori Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih).
- RM50 untuk kategori Bujang (STR & eKasih).
- RM100 untuk kategori Isi Rumah (STR sahaja).
- RM50 untuk kategori Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja).
Cara Memohon SARa
Tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih
Senarai Kedai Untuk Pembelian
Mengambil kira sambutan program SARA yang memberangsangkan pada tahun 2024, Kerajaan telah meluaskan rangkaian rakan runcit (pasar raya/kedai) kepada lebih 1,200 buah kedai berdaftar di seluruh negara pada tahun 2025, berbanding 700 buah pada tahun sebelumnya.
Penerima yang layak akan diberi maklumat mengenai kedai runcit berdekatan untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad. MyKasih kini mempunyai lebih daripada 1,200 rakan runcit di seluruh negara, termasuk:
- Pasar raya utama seperti Mydin, Giant, Econsave, Lotus Stores (Tesco), The Store, dan Pacific.
- Kedai rangkaian seperti 99 Speedmart.
- Pasar mini tempatan seperti Milimewa.
- Kedai komuniti atau koperasi di kawasan luar bandar.
Senarai penuh pasar raya dan kedai runcit yang terlibat boleh disemak melalui pautan berikut:
https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list
Jenis Barangan Yang Boleh Dibeli
Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu;
- Beras,
- Roti,
- Telur,
- Minyak masak,
- Tepung,
- Biskut,
- Mi segera,
- Minuman,
- Makanan dalam tin dan
- Bahan perasa.
- Produk kebersihan,
- Ubat-ubatan
- Barangan persekolahan.
Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

Cara Pembelian di Kedai
Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Semakan Baki Terkini SARa
Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:
i. Semakan portal rasmi MyKasih: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
ii. Semakan pada resit pembelian:

Info Lanjut dan Pertanyaan
Maklumat lanjut berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) bagi penerima dari negeri semenanjung Malaysia boleh didapati di:
i. Portal Rasmi MyKasih, https://mykasih.com.my/ ; atau
ii. Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800
Sumber: Portal MyKasih & Kementerian Kewangan
Siaran Media



Soalan Lazim (FAQ)
SARA adalah bantuan kewangan bersasar yang diberikan oleh Kerajaan MADANI kepada golongan miskin dan miskin tegar untuk membantu pembelian barangan keperluan asas. Bantuan ini disalurkan melalui MyKad dengan jumlah sehingga RM2,100 setahun bagi isi rumah.
Penerima yang layak adalah:
– Warganegara Malaysia.
– Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori isi rumah, bujang, atau warga emas tiada pasangan.
– Berstatus Miskin Tegar atau Miskin dalam rekod eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
Semakan boleh dilakukan melalui portal MyKasih dengan langkah berikut:
– Layari https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
– Klik butang Semak Status.
– Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sengkang (-).
– Tekan butang Semak Status.
Jumlah yang diterima melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 bergantung kepada kategori penerima. Sila rujuk jadual
Kredit SARA boleh digunakan untuk membeli:
– Barangan makanan asas
– Keperluan kebersihan diri
– Ubat-ubatan
– Peralatan persekolahan
– Peralatan kebersihan