HomeBantuanBINGKAS Selangor 2024: Permohonan & Syarat Bantuan 

BINGKAS Selangor 2024: Permohonan & Syarat Bantuan 

Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kebajikan Masyarakat kini membuka permohonan baharu bagi program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) 2024 dengan peruntukan sebanyak RM108 juta.

Program ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan keluarga dengan menyediakan bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas harian, termasuk peralatan pendidikan anak-anak. 

Berikut merupakan maklumat berhubung BINGKAS Selangor 2024.

Apa itu Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)?

BINGKAS merupakan kesinambungan program KISS yang ditambah baik untuk membantu ketua keluarga dalam kalangan kumpulan B40 dalam pembelian barangan keperluan asas harian termasuk peralatan pendidikan anak-anak.

Untuk makluman, inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) telah ditamatkan pada 30 Jun 2022 dan digantikan dengan BINGKAS.

Bagi tahun ini, kerajaan negeri menambah baik pelaksanaan BINGKAS dengan memperluas syarat pendapatan bulanan isi rumah kepada RM5,000 dan ke bawah berbanding RM3,000 sebelum ini

Jumlah Bantuan

Peruntukan / jumlah perbelanjaan yang diberikan adalah sebanyak  RM300 setiap bulan selama 24 bulan yang akan dikreditkan terus melalui BINGKAS Wallet di dalam Aplikasi Selangkah.

Syarat dan Kelayakan

Bermula 1 Julai 2024, syarat dan kelayakan BINGKAS adalah sebagaimana berikut;

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  3. Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.
  4. Keluarga isi rumah yang mempunyai minimum dua (2) orang anak atau tanggungan di bawah umur 18 tahun.
  5. Berpendapatan isi rumah RM5,000 sebulan dan ke bawah.

Tarikh Tutup Pendaftaran

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Ogos 2024.

Permohonan Bingkas 2024

Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal www.bingkasselangor.com atau melalui Aplikasi Selangkah. Tiada borang fizikal disediakan.

  1. Daftar dalam talian: Layari laman sesawang www.bingkasselangor.com.
  2. Muat turun Aplikasi Selangkah: Permohonan juga boleh dibuat melalui aplikasi ini.

Cara Mendaftar Bingkas

Berikut merupakan cara mendaftar Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)

  • Langkah 1: Layari Laman Web
  • Langkah 2: Log Masuk atau Daftar Akaun Baharu
    • Log masuk ke akaun Selangkah anda. Jika tiada akaun, sila daftar akaun baharu.
  • Langkah 3: Buat Permohonan
    • Tekan butang “Buat Permohonan”.
  • Langkah 4: Isi Butiran Peribadi
    • Masukkan butiran peribadi, kediaman, perhubungan, dan perkahwinan anda.
    • Kemudian, tekan butang “Hantar”.
  • Langkah 5: Maklumat Pekerjaan dan Pendapatan
    • Masukkan maklumat mengenai pekerjaan dan pendapatan anda.
    • Tekan butang “Hantar”.
  • Langkah 6: Tambah Maklumat Anak/Tanggungan
    • Tekan butang “Tambah Anak” untuk memasukkan butiran mengenai anak/tanggungan anda.
    • Masukkan butiran dan muat naik salinan pengenalan untuk salah seorang anak anda.
    • Kemudian, tekan “Simpan”.
    • Tekan butang “Tambah Anak” untuk memuat naik maklumat untuk anak/tanggungan yang lain.
    • Ulangi langkah ini hingga butiran untuk semua anak/tanggungan telah dimasukkan.
    • Setelah selesai, tekan butang “Hantar”.
  • Langkah 7: Pilih Bantuan
    • Tandakan pada kotak bantuan yang berkenaan dan tekan butang “Hantar”.
  • Langkah 8: Muat Naik Dokumen Sokongan
    • Tekan “Choose File” untuk memuat naik dokumen yang diperlukan.
    • Kemudian, tekan “Hantar”.
      Format fail yang diterima: .jpg dan .pdf
      Saiz fail maksimum: 5MB
  • Langkah 9: Persetujuan
    • Tandakan kotak persetujuan dan tekan butang “Hantar”.
  • Langkah 10: Pengaktifan Akaun
    • Permohonan anda telah BERJAYA dihantar!
    • Sila aktifkan akaun Selangkah Wallet anda di Aplikasi Selangkah.

Anda juga boleh menonton tutorial di bawah untuk proses pendaftaran yang lebih jelas;

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan).
  2. Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran/Sijil Anak Angkat/Kad OKU/Surat Hak Jagaan (Anak-anak/Tanggungan).
  3. Salinan Sijil Kematian/Bercerai/Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
  4. Salinan Slip Gaji/Pencen Terkini (untuk penjawat awam/pesara).
  5. Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
  6. Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN/Penghulu/Ahli Majlis/Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri/tidak bekerja).
  7. Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.

Tempoh Pemprosesan Permohonan

Tempoh pemprosesan permohonan bergantung kepada Pejabat ADUN. Selepas permohonan diluluskan, pemohon akan menerima bantuan sebanyak RM300 setiap bulan yang akan dikreditkan terus melalui BINGKAS Wallet dalam Aplikasi Selangkah.

Panduan Pembelian

Cara pembelian di kedai adalah sebagaimana berikut; 

  1. Kunjungi Panel Kedai
  • Penerima mengunjungi mana-mana panel kedai program Bingkas.
  1. Pilih Barangan
  • Penerima memilih barangan yang ingin dibeli.
  1. Imbas ID
  • Juruwang mengimbas ID penerima di aplikasi Selangkah untuk pengesahan.
  1. Saringan Barangan
  • Juruwang melakukan saringan untuk barangan yang tersenarai di bawah program Bingkas.
  1. Kod QR
  • Kod QR terpapar pada skrin, dan juruwang mengimbas kod QR tersebut untuk menerima bayaran.
  1. Masukkan PIN
  • Penerima memasukkan nombor PIN 6-digit untuk pengesahan.
  1. Tekan Bayar
  • Pengguna mengetik pada butang “Bayar”.
  1. Periksa Baki
  • Penerima memastikan baki akaun Bingkas mencukupi.

Lihat panduan lanjut berdasarkan gambar di bawah;

Panduan Pembelian Program BINGKAS Selangor

Senarai Barangan Keperluan Asas Yang Diluluskan

Hanya jenis barangan yang tersenarai di bawah diluluskan untuk pembelian menerusi program BINGKAS.

  1. Beras
  2. Mi dan Bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula dan Garam
  7. Rempah Ratus, Sos, Kicap dan Sebagainya
  8. Tepung
  9. Minyak Masak
  10. Ubat-Ubatan
  11. Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan
  12. Daging Ayam, Lembu, Kambing dan Ikan
  13. Sabun, Kelengkapan Mandian dan Bahan Pencuci
  14. Lampin Pakai Buang (Lampin Bayi/Dewasa)
  15. Produk Tenusu (Susu Segar, Susu Tepung, Susu Sejat, dan Susu Pekat Manis)
  16. Barangan Persekolahan (Kasut, Beg, Buku, Alat Tulis, Pakaian Seragam, dan sebagainya)
  17. Perihal Pendidikan (Buku-Buku Ilmiah/Akademik)
Senarai Barangan Keperluan Asas Program BINGKAS

Cara Membuat Pembayaran Dengan BINGKAS Wallet

  1. Di Aplikasi Selangkah, tunjukkan kod bar Selangkah ID di kad maya BINGKAS untuk dilimbas oleh juruwang kedai.
  2. Tekan kad maya BINGKAS tersebut dan tekan ikon “Pay” dengan memilih akaun BINGKAS untuk meneruskan pembayaran.
  3. Masukkan 6 digit PIN untuk mengaktifkan kod QR bagi tujuan pembayaran.
  4. Tunjukkan Kod QR kepada juruwang untuk dilimbas (Screenshot tidak boleh digunakan).

Senarai Panel Kedai

Senarai panel kedai dan barangan keperluan boleh didapati melalui laman sesawang https://bingkasselangor.com/senarai-kedai  atau Aplikasi Selangkah.

Manfaat Program BINGKAS

  1. e-Wallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar.
  2. Urusniaga pembelian dilakukan secara tanpa tunai melalui e-Wallet.
  3. Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300.
  4. Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak akan dibawa ke bulan hadapan.
  5. e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

Pertanyaan dan Info Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, hubungi di #SelangkahApp atau di talian:

  • Talian Hotline Selcare – 1-800-22-6600

Dapatkan maklumat lanjut di laman media sosial Selangkah:

Sumber:

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut merupakan beberapa soalan lazim berkaitan permohonan BINGKAS Selangor.

1. Apakah syarat baru kelayakan untuk memohon BINGKAS?

– Warganegara Malaysia.
– Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
– Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.
– Keluarga isi rumah yang mempunyai minimum dua (2) orang anak atau tanggungan di bawah umur 18 tahun.
– Berpendapatan isi rumah RM5,000 sebulan dan ke bawah.

2. Saya bukan warganegara Malaysia. Bolehkah saya memohon bantuan ini?

Tidak boleh. Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan.

3. Bagaimanakah cara untuk mendaftar BINGKAS?

– Secara dalam talian di portal www.bingkasselangor.com.
– Melalui Aplikasi Selangkah.

4. Di manakah saya boleh mendapatkan borang pendaftaran?

Pendaftaran adalah secara dalam talian di laman sesawang www.bingkasselangor.com; atau melalui Aplikasi Selangkah. Tiada borang fizikal disediakan.

6. Berapa lamakah tempoh permohonan diproses?

Bergantung kepada Pejabat ADUN.

7. Berapakah peruntukan/jumlah perbelanjaan yang diberikan?

RM300 setiap bulan akan dikreditkan terus melalui BINGKAS Wallet di dalam Aplikasi Selangkah.

8. Bagaimana untuk saya tahu permohonan saya telah lulus?

Anda boleh semak melalui Aplikasi Selangkah.

9. Bolehkah satu keluarga menghantar dua permohonan?

Setiap pemohon (ketua keluarga) sama ada suami atau isteri hanya boleh membuat satu (1) permohonan sahaja.

10. Bilakah tarikh tutup untuk mendaftar?

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 15 Ogos 2024.

Senarai penuh soalan lazim anda boleh rujuk https://bingkasselangor.com/soalan-lazim


Lihat Juga:
Program Didik ANIS 2024: Iltizam Anak Istimewa Selangor

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments