Iklan Permohonan Rumah Mampu Milik Type A – Rumah Bandar Kediaman Suria (Elma), Laman Sendayan (Presint 3), Daerah Seremban.
Kerajaan Negeri Sembilan membuka permohonan kepada mereka yang berkelayakan bagi membuat permohonan Rumah Mampu Milik Type A, Rumah Bandar Kediaman Suria (Elma), Laman Sendayan (Presint 3), Daerah Seremban.
Harga rumah bermula dari RM75,000.00.
Maklumat permohonan dan syarat-syarat bagi Rumah Mampu Milik Type A, Rumah Bandar Kediaman Suria (Elma), Laman Sendayan (Presint 3), Daerah Seremban. ini adalah sebagaimana berikut.
Tempoh Permohonan
Tarikh Buka Permohonan: 16 April 2024 (Selasa)
Tarikh Tutup Permohonan: 29 April 2024 (Isnin).
Lokasi dan Pemaju
Lokasi rumah mampu milik ini adalah di Laman Sendayan (Presint 3), Daerah Seremban, Negeri Sembilan.
Syarat-Syarat Permohonan
- Pendapatan KASAR isi rumah tidak melebihi RM3,500.00 sebulan.
- PEMOHON adalah wajib mempunyai PENDAPATAN dan BEKERJA.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang menetap atau bekerja dalam Daerah Seremban serta telah berkahwin..
- Keutamaan kepada pemohon yang BELUM MEMILIKI RUMAH atau TANAH.
- Pemohon / Penyewa PPR Bersepadu Senawang, Rumah Pangsa Senawang 1, Rumah Pangsa Tun. Dr. Ismail (Templer) dan Rumah Pangsa Wisma Sentosa, Kuala Pilah yang ingin memohon hendaklah memastikan tiada TUNGGAKAN sewa rumah. Permohonan akan DITOLAK sekiranya mempunyai tunggakan sewa..
Maklumat Rumah
Pelan lokasi, keluasan tanah, spesifikasi rumah, pelan tapak dan alamat pejabat jualan pemaju adalah sebagaimana berikut;
Cara Memohon
Bagi mereka yang ingin memohon sila isi maklumat lengkap di pautan berikut;
https://forms.gle/CvMsN2LCiXzEcqY56
*SILA BACA DAN FAHAMI SEBELUM MENGISI BORANG PERMOHONAN
- Semua maklumat didalam borang ini hendaklah diisi dengan HURUF BESAR.
- Hanya SATU (1) borang permohonan sahaja DITERIMA bagi SEISI RUMAH (SUAMI dan ISTERI).
- Hanya SATU (1) alamat emel sahaja DITERIMA bagi setiap SATU (1) permohonan. Permohonan akan DITOLAK sekiranya SATU (1) alamat emel digunakan bagi 2 atau lebih permohonan.
- Permohonan akan DITOLAK sekiranya didapati kedua-duanya (SUAMI dan ISTERI) membuat permohonan.
- Sila hantar dokumen di Bahagian A ke alamat emel [email protected] bagi melengkapkan permohonan. Permohonan yang tidak lengkap, maklumat yang tidak tepat, dokumen tidak lengkap, kabur, tidak jelas dan tidak boleh dibaca serta tidak mematuhi ketetapan akan DITOLAK.
- PERMOHONAN YANG LENGKAP ADALAH BERMAKSUD PEMOHON MENGISI BORANG DAN MENGHANTAR DOKUMEN SOKONGAN KE ALAMAT EMEL YANG TELAH DITETAPKAN.
- Sila pastikan semua maklumat adalah BETUL dan TEPAT sebelum klik ‘HANTAR’
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang perlu dimuat naik (upload) ketika membuat permohonan;
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (WAJIB)
- Salinan Kad Pengenalan Pasangan ATAU Salinan Sijil Kematian Pasangan (WAJIB – KECUALI Bujang)
- Salinan Kad OKU (Orang Kelainan Upaya) Pemohon – jika berkaitan
- Salinan Kad OKU (Orang Kelainan Upaya) Pasangan – jika berkaitan
- Salinan Sijil Kelahiran Pemohon (WAJIB)
- Salinan Sijil Kelahiran Pasangan (WAJIB – KECUALI Bujang)
- Salinan Slip Gaji Pemohon Terkini (3 Bulan Terkini) ATAU Salinan Surat Tawaran dari Majikan (sekiranya slip gaji tidak mencukupi 3 bulan dan baru bekerja di bawah tempoh 3 bulan (WAJIB)
- Salinan Slip Gaji Pasangan Terkini (3 Bulan Terkini) (WAJIB – KECUALI Bujang)
- Salinan Sijil Nikah / Sijil Daftar Perkahwinan / Sijil Cerai / Sijil Kematian Pasangan / Salinan Surat Perintah Mahkamah (Proses Cerai) / Surat Akuan Sumpah (Perkahwinan tidak berdaftar dengan JPN) – (WAJIB – KECUALI Bujang)
- Surat Akuan Sumpah (Pengesahan Pendapatan Bagi Pemohon Atau Pasangan) Bekerja Sendiri / Pendapatan Tidak Tetap / Tidak Mempunyai Slip Gaji / Tidak Bekerja / Suri Rumah ( WAJIB – KECUALI pemohon atau pasangan yang mempunyai Slip Gaji)
- Salinan Kad Pesara dan Penyata Bayaran Tahunan Pesara Terkini – (WAJIB BAGI PESARA)
Surat Akuan Sumpah (Pengesahan Pendapatan Bagi Pemohon Atau Pasangan)
https://drive.google.com/file/d/1wSLzdLeMVC2KgS79lE4fm2fTOy00aUae/view?usp=sharing
Cara-cara mengisi surat akuan sumpah
- Klik pada pautan diatas dan muat turun borang
- Cetak borang
- Isi borang tersebut dengan maklumat yang lengkap beserta tandatangan Hakim Mahkamah Sesyen, Mejistret atau Pesuruhjaya Sumpah
- Borang yang telah lengkap diisi perlu di hantar bersama dokumen sokongan yang diperlukan
- Tarikh surat akuan sumpah hendaklah dibuat dalam tempoh permohonan dibuka
Cara Menghantar Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
Setiap pemohon yang ingin email permohonan hendaklah menulis nama pemohon pada bahagian subjek sebagaimana contoh di bawah;
Contoh Pembuktian Google Form Telah Dihantar Dan Pengesahan Dokumen Sokongan Telah Diterima Oleh Pentadbiran
Bukti Penerimaan Dokumen yang dihantar ke alamat emel
Sumber: Perumahan Negeri Sembilan.