HomeBantuanSTR Fasa 2: Semakan Status 2025 & Jumlah Bantuan

STR Fasa 2: Semakan Status 2025 & Jumlah Bantuan

Alhamdulillah, tarikh bayaran STR Fasa 2 akhirnya diumumkan sebelum Hari Raya.

Sebelum ini, timbul persoalan sama ada bayaran STR Fasa 2 akan dibuat sebelum atau selepas Aidilfitri, memandangkan jadual asal fasa ini adalah pada bulan April.

Namun, Kementerian Kewangan akhirnya mengesahkan bahawa bayaran akan mula disalurkan kepada hampir 9 juta penerima pada 24 Mac 2025 (Isnin), secara berperingkat.

Yang lebih menarik, jumlah bantuan STR Fasa 2 adalah antara RM100 hingga RM650, bergantung kepada kategori kelayakan.

Terima kasih PMX & Kerajaan MADANI, dapatlah buat persiapan raya dengan lebih tenang! 

Lihat Juga: Skim Khairat Kematian (SKK) STR 2025: Syarat & Cara Tuntutan

Pengumuman Rasmi Pembayaran STR Fasa 2 2025

Kerajaan telah mengumumkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bagi tahun 2025 akan mula disalurkan pada 24 Mac 2025 (Isnin) secara berperingkat.

Dalam kenyataan rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) bertarikh 21 Mac 2025, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.7 bilion bagi membantu hampir 9 juta penerima, yang terdiri daripada 60% rakyat dewasa Malaysia.

Anda diingatkan agar menjaga kepentingan keselamatan dalam urusan STR, serta berhati-hati terhadap penipuan (scam) yang menyamar sebagai pihak berkuasa.

Untuk makluman MOF tidak akan meminta maklumat peribadi seperti nombor akaun bank melalui SMS atau WhatsApp.

Tarikh Pembayaran STR Fasa 2 2025

Tarikh Pembayaran STR Fasa 2 2025

Kerajaan telah menetapkan bahawa pembayaran STR Fasa 2 akan dilakukan secara berperingkat bermula 24 Mac 2025 (Isnin) mengikut kaedah berikut:

Jenis PenerimaTarikh BayaranKaedah Bayaran
Mempunyai Akaun Bank24 Mac (Isnin)Dikreditkan terus ke dalam akaun bank
Tiada Akaun Bank (termasuk Sabah, Sarawak & Labuan)24 Mac (Isnin)Tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Sekiranya bayaran gagal dikreditkan, penerima boleh membuat tuntutan tunai di kaunter BSN dengan membawa kad pengenalan.

Lihat Juga: BKK Aidilfitri 2025: RM500 Bonus Raya Penjawat Awam

Jumlah Bantuan STR Fasa 2 2025 Mengikut Kategori

STR Fasa 2 akan diberikan mengikut kategori penerima dan pendapatan isi rumah. Berikut adalah jumlah bantuan bagi setiap kategori:

Kategori
Penerima
Pendapatan
Bulanan
Jumlah Bantuan
STR Fasa 2
Isi Rumah
(≤ RM2,500)
Tiada anakRM150
1 – 2 anakRM300
3 – 4 anakRM500
≥ 5 anakRM650
Isi Rumah
(RM2,501 –
RM5,000)
Tiada anakRM100
1 – 2 anakRM200
3 – 4 anakRM250
≥ 5 anakRM300
Warga Emas
Tiada Pasangan
≤ RM5,000RM150
Bujang≤ RM2,500RM150

Untuk lihat gambaran menyeluruh, lihat infografik rasmi dari LDHN di bawah

Jumlah STR Fasa 2 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Cara Membuat Semakan Status STR Fasa 2 2025

Terdapat beberapa kaedah semakan status STR sama ada secara online, melalui aplikasi MySTR, telefon atau secara fizikal

5 Kaedah Semakan Status Permohonan STR

  • Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Status; atau
  • Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
  • Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran

Semakan Status STR Fasa 2 di portal MySTR bantuantunai.hasil.gov.my

  1. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/ 
  2. Klik log masuk MySTR
  3. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  4. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  5. Masukkan Kata Laluan
  6. Klik Semakan Permohonan
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    1. Status terkini seperti nama, no mykad, status pedalaman, status permohonan pertama, status permohonan semasa
    2. Maklumat Pembayaran (Jika Ada) dan jumlah yang telah di bayar

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login?

Jika anda terlupa kata laluan MySTR dan tidak dapat login, berikut adalah panduan untuk memulihkan akses akaun anda berdasarkan maklumat dalam panduan pengguna STR:

  1. Log Masuk dan Pilih “Terlupa Kata Laluan”
    • Pergi ke laman log masuk MySTR.
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit).
    • Klik pada pautan “Terlupa Kata Laluan”.
  2. Pengesahan MyKad dan Emel
    • Nombor MyKad anda akan dipaparkan di skrin soalan keselamatan, tekan butang “Semak”.
    • Masukkan emel yang telah didaftarkan dalam Borang Permohonan STR.
    • Klik butang “Seterusnya”.
  3. Kata Laluan Sementara
    • Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
    • Jika tiada emel, klik butang “Seterusnya” dan frasa keselamatan akan dipaparkan.
    • Isi 3 soalan keselamatan dan klik butang “Seterusnya”.
  4. Penukaran Kata Laluan
    • Masukkan kata laluan baharu dan pengesahan kata laluan.
    • Klik butang “Tukar Kata Laluan”.
  5. Log Masuk dengan Kata Laluan Baharu
    • Pilih Log Masuk.
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit).
    • Masukkan kata laluan sementara yang telah diemelkan.
    • Klik butang “Log Masuk”.
  6. Tukar Kata Laluan Baharu di MySTR
    • Setelah berjaya log masuk, MySTR akan dipaparkan.
    • Klik menu “Tukar Kata Laluan”.
    • Masukkan kata laluan baharu anda.
    • Penukaran kata laluan berjaya.

Untuk maklumat lanjut, rujuk PANDUAN PENGGUNA TERLUPA KATA LALUAN MySTR

Siapakah yang Layak Menerima STR Fasa 2?

Permohonan STR 2025 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

Info Terkini STR

Penerima STR di nasihatkan berhati-hati dengan modus operandi scammer yang menggunakan STR untuk mengenakan anda seperti menerima panggilan telefon, pautan semakan STR dan sebagainya.

Untuk info terkini lagi sahih, anda boleh rujuk laman rasmi kerajaan seperti;

Soalan Lazim (FAQ)

1. Bilakah pembayaran STR Fasa 2 akan dibuat?

24 Mac 2025 (Isnin), secara berperingkat.


Siapakah yang layak menerima STR fasa 2 2025?

Permohonan STR 2025 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.

3. Berapakah jumlah bantuan STR Fasa 2?

Antara RM100 hingga RM650, bergantung kepada kategori berikut:
Isi Rumah (≤ RM2,500): RM150 – RM650
Isi Rumah (RM2,501 – RM5,000): RM100 – RM300
Warga Emas Tiada Pasangan: RM150
Bujang (≤ RM2,500): RM150

Bagaimana cara saya menerima bayaran STR?

Mempunyai akaun bank – Bayaran akan dikreditkan terus.
Tiada akaun bank – Tuntutan tunai boleh dibuat di BSN.

Bagaimana cara membuat semakan status STR?

🔍 Layari: bantuantunai.hasil.gov.my

Saya tidak menerima bayaran, apa yang perlu saya lakukan?

🔹 Semak status di portal MySTR
🔹 Jika gagal dikreditkan, buat tuntutan tunai di BSN dengan membawa kad pengenalan.

Yang ada akaun tabung haji jangan lupa semak dividen ya!

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments