HomeBantuanPembayaran STR Fasa 1 2025 Melalui BSN (Kredit Akaun & Tunai)

Pembayaran STR Fasa 1 2025 Melalui BSN (Kredit Akaun & Tunai)

Info mengenai pembayaran STR Fasa 1 2025 melalui kredit akaun dan secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tiada akaun bank.

Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan, pembayaran Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 1) bagi tahun ini akan disalurkan secara berperingkat mulai 22 Januari 2025 (Rabu).

Kerajaan telah menetapkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 ini berdasarkan kategori penerima yang telah ditentukan. Bayaran akan diberikan kepada penerima sedia ada atau  penerima baharu, dengan peruntukan yang sesuai mengikut kategori masing-masing.

Jumlah Bayaran

Pembayaran STR Fasa 1 2025 adalah berbeza mengikut kategori penerima masing-masing. 

Jumlah  bantuan yang disalurkan antara RM150 hingga RM500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Bagi penerima akaun BSN, pembayaran ini akan dibuat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.

Berikut adalah jumlah bayaran sebagaimana pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia.

Jumlah Pembayaran STR Fasa 1 2025

Jumlah Bayaran bagi Setiap Kategori

Jumlah bayaran bagi setiap kategori dalam STR Fasa 1 2025 adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2,500): RM500
  • Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000): RM150 – RM300
  • Warga Emas Tiada Pasangan: RM150
  • Bujang:RM150

Tarikh Pembayaran

Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dibuat secara berperingkat mulai:

  • 22-28 Januari 2025 untuk penerima dengan akaun bank (pengkreditan terus).
  • 22 Januari 2025 untuk bayaran tunai melalui cawangan BSN.

Bayaran ini akan dibuat secara berperingkat mengikut bank masing-masing sehingga tarikh yang ditetapkan.

Tarikh Pembayaran STR Fasa 1 2025

Bila BSN Masuk?

Secara rasmi sebagaimana yang diumumkan Kerajaan adalah mulai 22 Januari 2025 iaitu hari Rabu.

Namun, berdasarkan pengalaman penerima STR yang lepas, akaun BSN biasanya menerima bayaran awal berbanding bank-bank lain.

Adakah pada STR kali ini juga BSN akan menerima bayaran paling awal? Penerima disarankan untuk menyemak status bayaran mereka dengan kerap.

Semakan Status Kelayakan

Anda boleh menyemak status kelayakan melalui cara-cara berikut:

  • Imbas kod QR yang disediakan di bawah
  • Layari laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline STR melalui talian 1800-88-2747
Notis Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2025 BSN Malaysia

Pembayaran STR Fasa 1 2025 Melalui Pengkreditan Akaun BSN

Pembayaran STR fasa 1 2024 melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN. 

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Semakan secara perbankan melalui myBSN boleh dibuat melalui portal rasmi berikut: https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

Pembayaran STR Secara Tunai Di Kaunter BSN

Bayaran STR Fasa 1 secara tunai pula akan turut dilakukan mengikut tarikh yang telah dijadualkan di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan. 

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.

Rujuk laman sesawang STR https://bantuantunai.hasil.gov.my

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.

Sumber: Bank Simpanan Nasional

Soalan Lazim (FAQ)

Berapakah jumlah bayaran STR Fasa 1 2025?

Jumlah bayaran berbeza mengikut kategori penerima. Antara RM150 hingga RM500

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 1 untuk BSN?

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dibuat mulai 22 Januari 2025 secara berperingkat.

Bilakah tuntutan secara tunai BSN boleh dibuat bagi yang tiada akaun?

Bayaran STR Fasa 1 secara tunai pula akan turut dilakukan mengikut tarikh yang telah dijadualkan di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Bagaimana cara menghubungi khidmat pelanggan BSN?

Hubungi 1300-88-1900


Lihat Juga:
Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA 2025)

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments