Kerajaan bersetuju, melaksanakan pemberian tol percuma sebagai meraikan kesemua rakyat Malaysia terutamanya masyarakat beragama Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Pendekatan pemberian tol percuma ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Perpaduan yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat dan sentiasa membantu meringankan kos sara hidup rakyat.
Tol percuma oleh Kerajaan ini juga adalah sebagai tanda prihatin dan sama-sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia.
Dengan pelaksanaan pemberian tol percuma ini, jumlah kenderaan dijangka meningkat di kesemua jaringan lebuh raya. Bagi para pengguna lebuh raya Utara Selatan (PLUS), pengguna digalakkan untuk merancang perjalanan dengan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) dengan memuat turun aplikasi MyPLUS-TTA.
Menerusi aplikasi ini, pengguna lebuhraya dapat memilih waktu perjalanan berdasarkan plaza tol masuk dan plaza tol keluar dan memilih waktu perjalanan yang bersesuaian.
Tempoh Tol Percuma
Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari 2024 telah bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari kepada kenderaan Kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja iaitu pada 8 dan 9 April 2024.
Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya yang bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 April 2024 (Isnin) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 April 2024 (Selasa).
Senarai Tol Percuma
Pengecualian tol akan diberikan di semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.
Kelayakan Untuk Menikmati Tol Percuma
Pemberian tol percuma hanya layak pada masa yang ditetapkan mengikut waktu KELUAR dari plaza tol dan tidak mengambil kira waktu masuk di plaza tol.
Sekiranya pengguna lebuh raya menjangka akan keluar di plaza tol yang dikehendaki melebihi masa yang ditetapkan, pengguna dinasihatkan untuk keluar di plaza tol yang terdekat bagi menikmati kadar tol percuma ini.
Rancang perjalanan anda dengan baik, agar anda dapat menikmati tawaran istimewa di lebuh raya yang menawarkan Tol Percuma sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
- Tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada baki kad Touch ‘n Go atau e-Wallet.
- Sila pastikan baki kad Touch ‘n Go/ e-Wallet mencukupi untuk perjalana di luar waktu tol percuma.
Panduan Menikmati Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri
Bagi menikmati tol percuma ini, berikut adalah panduan bagi menikmati inisiatif ini;
Pengguna Touch ‘n Go
- Pastikan masuk & keluar guna lorong Touch ‘n Go seperti biasa.
- Sentuh kad Touch ‘n Go di lorong tol untuk rekod perjalanan.
- Sila periksa status kad Touch ‘n Go dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd untuk pastikan kad Touch ‘n Go masih aktif dan tidak luput tarikh.
Anda boleh memeriksa status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd di http://tngportal.touchngo.com.my/tngPortal/login .
Ini adalah bagi mengelakkan anda terkandas di lorong tol yang mengakibatkan kesesakan jika menggunakan kad Touch ‘n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif.
Pengguna SmartTAG
- Pastikan masuk dan keluar guna lorong SmartTAG seperti biasa.
- Pastikan kad Touch ‘n Go dimasukkan ke dalam peranti SmartTAG.
- Pastikan peranti SmartTAG mempunyai bateri
Pengguna RFID
- Pastikan masuk dan keluar guna lorong RFID seperti biasa untuk rekod perjalanan.
CCTV Trafik Highway Secara Live
Pengguna PLUS juga boleh melihat trafik terkini secara live bagi memantau keadaan lokasi dan lebuhraya bagi merancang perjalanan anda.
Dengan cara ini, dapatlah kita pastikan perjalanan lebih smooth, jimat masa serta tenaga dan tak ‘tersangkut’ berjam-jam di atas jalan raya.
Berikut adalah cara untuk melihat trafik terkini secara live;
- Pergi ke Portal Rasmi LLM di pautan ini: https://www.llm.gov.my/awam/cctv
- Klik pada tab Status Trafik Semasa.
- Kemudian, pilih lebuhraya contohnya
- E1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS UTARA)
- E8 Lebuhraya Pantai Timur (LPT 1)
- CCTV Live view akan dipaparkan bagi setiap kamera melalui lebuhraya yang dipilih.
Nombor Hotline Lebuh Raya Bertol
Kementerian Kerja Raya Malaysia di Facebooknya berkongsikan dengannombor talian hotline lebuh raya bertol yang boleh dihubungi apabila berlakunya sebarang kecemasan sewaktu menggunakan lebuhraya.
Maklumat Trafik Terkini PLUS
Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.
- Twitter Plustrafik = https://twitter.com/plustrafik
- Facebook PLUS Malaysia = PLUS MALAYSIA
- Lembaga Lebuhraya Malaysia di Twitter = @llmtrafik
- Facebook LLM = @Lembaga Lebuhraya Malaysia
Maklumat Trafik Terkini Pantai Timur
Bagi mendapatkan informasi tepat dan terkini, para pengguna disarankan untuk mengikuti saluran rasmi media sosial ANIH Berhad sebagaimana berikut
- Facebook = @Lebuhraya Pantai Timur
- Twitter = @LPTTrafik
- Lembaga Lebuhraya Malaysia di Twitter = @llmtrafik
- Facebook LLM = @Lembaga Lebuhraya Malaysia
Jika berlaku kecemasan, sila hubungi;
- LPT – Line = 1-700-818-700
- LLM =1800-88- 7752.
Soalan Lazim (FAQ)
8 dan 9 April 2024 (Isnin dan Selasa)
Semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.
YA, DAPAT
TAK DAPAT