HomeInfoDividen Tabung Haji 2025 (3.25%) Bagi Agihan Keuntungan 2024

Dividen Tabung Haji 2025 (3.25%) Bagi Agihan Keuntungan 2024

Alhamdulillah, Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan (dividen) bagi tahun kewangan 2024 sebanyak 3.25% selepas zakat, iaitu peningkatan berbanding 3.1% pada tahun sebelumnya. Jumlah agihan keseluruhan yang terlibat adalah sebanyak RM2.92 bilion.

Dividen ini merupakan yang tertinggi sejak tahun 2018, hasil daripada prestasi pelaburan yang kukuh serta pertumbuhan ekonomi dan pasaran saham yang positif sepanjang tahun lalu. Ia juga diperkukuhkan dengan pengurusan kos operasi yang cekap.

Pendeposit boleh mula menyemak keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula Ahad, 23 Mac 2025.

Sesuai sangat dengan musim Aidilfitri, bolehlah gunakan untuk persiapan raya seperti beli baju, kuih, atau bantu keluarga

Sebelum ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengumumkan dividen KWSP sebanyak 6.3% untuk Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi tahun 2024, memberikan pulangan yang kompetitif kepada pencarum. Kini, Tabung Haji pula menyusul dengan agihan keuntungan 3.25% selepas zakat.

Lihat Juga: Dividen KWSP 2025: Jumlah Dividen dan Cara Semakan Terkini

Kadar Dividen Tabung Haji 2025

Kadar Dividen Tabung Haji 2025 3.25%

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.25% bagi tahun kewangan 2024, yang merupakan kadar tertinggi sejak tujuh tahun lalu.

Jumlah agihan kali ini melibatkan RM2.92 bilion, meningkat berbanding RM2.72 bilion yang diagihkan pada tahun sebelumnya.

Kadar tersebut mengambil kira pelunasan zakat sebanyak 2.5775%, bersamaan nilai RM99.35 juta bagi pihak para pendeposit.

Secara keseluruhan, agihan keuntungan Tabung Haji kini telah mencecah RM45.79 bilion sejak ia ditubuhkan 61 tahun yang lalu.

Sorotan Utama Agihan Keuntungan Tabung Haji 2024

Agihan Keuntungan Tabung Haji 2024: Tertinggi Dalam 7 Tahun

Kadar agihan keuntungan (dividen) tahun 2025 selepas zakat diumumkan sebanyak 3.25% bagi tahun kewangan 2024, menjadikannya kadar tertinggi sejak tujuh tahun lalu.

Selain itu, jumlah keseluruhan agihan keuntungan yang diagihkan ialah RM2.92 bilion, menunjukkan peningkatan berbanding RM2.72 bilion pada tahun 2023.

Di samping itu, Tabung Haji (TH) turut melunaskan zakat sebanyak 2.5775%, bersamaan RM99.35 juta, kepada Majlis Agama Islam Negeri-negeri, sekali gus meringankan beban golongan yang memerlukan.

Sejajar dengan itu, sehingga tahun 2024, TH telah melunaskan zakat berjumlah RM1.47 bilion, yang secara langsung memberikan manfaat kepada umat Islam secara menyeluruh.

Pelunasan Zakat & Manfaat Kepada Asnaf oleh Tabung Haji 2024

Menerusi Program CSR Zakat Wakalah pula, lebih 2.2 juta asnaf telah menerima bantuan hasil daripada zakat yang disalurkan oleh TH.

Jelas sekali, inisiatif ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesejahteraan golongan asnaf tetapi juga memperkukuhkan peranan TH sebagai institusi kewangan Islam yang prihatin terhadap kebajikan masyarakat.

Faktor yang Mempengaruhi Dividen Tabung Haji (TH) 2025

Agihan keuntungan Tabung Haji (TH) setiap tahun dipengaruhi oleh pelbagai faktor ekonomi dan kewangan. Berikut adalah beberapa elemen utama yang menentukan kadar dividen TH:

Pecahan Portfolio Pelaburan Tabung Haji 2024

1. Prestasi Pelaburan

TH melabur dalam pelbagai aset seperti Sukuk (57%), ekuiti (27%), hartanah (7%), dan instrumen pasaran wang (9%). Keuntungan dari pelaburan ini memberi kesan langsung kepada kadar dividen yang diagihkan.

2. Keadaan Pasaran Modal Domestik

Pasaran saham dan ekonomi domestik yang kukuh membantu meningkatkan pulangan pelaburan TH, seterusnya membolehkan kadar agihan yang lebih tinggi.

3. Pertumbuhan Ekonomi Negara

Ekonomi Malaysia yang berkembang baik akan memberi impak positif terhadap prestasi pelaburan TH, terutama dalam sektor kewangan dan perniagaan.

4. Kos Operasi TH

Pengurusan kos yang cekap membolehkan lebih banyak keuntungan diagihkan kepada pendeposit. Usaha untuk mengawal perbelanjaan operasi turut menyumbang kepada kestabilan dividen.

5. Rosot Nilai Pelaburan

Sebarang rosot nilai terhadap pelaburan legasi, seperti hartanah pajakan di Arab Saudi sebelum 2018, boleh menjejaskan keuntungan bersih dan mengurangkan jumlah yang boleh diagihkan.

6. Kadar Simpanan Pendeposit

Jumlah simpanan yang tinggi dalam TH memberi lebih banyak modal untuk pelaburan. Namun, jika pengeluaran meningkat, ia boleh memberi tekanan kepada kadar dividen.

7. Keperluan Pelunasan Zakat

TH melunaskan zakat bagi pihak pendeposit sebanyak 2.5775% setiap tahun. Jumlah yang tinggi bagi pembayaran zakat boleh mempengaruhi jumlah keuntungan bersih yang diagihkan.

Lihat: Lokasi Mesin Tukar Duit Syiling Mengikut Bank Di Setiap Negeri

Sejarah Dividen Tabung Haji (TH) 1994 – 2023

Agihan Keuntungan TH tahun 2023
Kadar Agihan Keuntungan tahun 2023


Untuk rekod, berikut adalah sorotan agihan keuntungan, dividen, bonus atau hibah TH bagi tahun-tahun yang lalu:

  • 2023: 3.10%
  • 2022: 3.10%
  • 2021: 3.10%
  • 2020: 3.10%
  • 2019: 3.05%
  • 2018: 1.25%
  • 2017: 4.25% + 1.75% Bonus
  • 2016: 4.25% + 1.50% Bonus
  • 2015: 5.0% + 3.0% Bonus
  • 2014: 6.25% + 2.0% Bonus
  • 2013: 6.0% + 2.0% Bonus
  • 2012: 6.5% + 1.5% Bonus
  • 2011: 6.0%
  • 2010: 5.5%
  • 2009: 5.0%
  • 2008: 5.0%
  • 2007: 5.0% + 2.0% Bonus
  • 2006: 4.75%
  • 2005: 4.5%
  • 2004: 4.3%
  • 2003: 4.0%
  • 2002: 3.5%
  • 2001: 3.25%
  • 2000: 5.5%
  • 1999: 8.0%
  • 1998: 8.0%
  • 1997: 9.5%
  • 1996: 9.5%
  • 1995: 9.5%
  • 1994: 9.5%
Sejarah Dividen Tabung Haji Terdahulu (1994-2021)

Trend Dividen Tabung Haji 1994-2023

Trend Dividen Tahung Haji 1994-2023

Kadar dividen Tabung Haji mencapai kemuncaknya pada 1994 hingga 1997 dengan 9.5%, sebelum mula menurun secara beransur-ansur. 

Penurunan ketara berlaku selepas tahun 2000, daripada 8.0% (1998-1999) kepada sekitar 3.10% pada 2020-2023. 

Tahun 2018 mencatatkan kadar terendah dalam sejarah TH, iaitu 1.25%, sebelum meningkat semula. 

Walaupun terdapat peningkatan dividen dengan bonus antara 2012 hingga 2015, kadar ini kembali menyusut selepas itu. 

Sejak 2020, dividen TH kekal stabil pada 3.10%, mencerminkan strategi pengurusan yang lebih berhati-hati dalam memastikan kestabilan kewangan jangka panjang.

Polisi Agihan Keuntungan Tabung Haji (TH)

Siapa yang layak dapat dividen atau agihan keuntungan TH? 

Kriteria Kelayakan Pendeposit Menerima Agihan Keuntungan TH

Berdasarkan infografik di atas kita boleh lihat bahawa kriteria kelayakan pendeposit menerima agihan keuntungan TH tahun ini adalah;

  1. Pembukaan Akaun: Pendeposit mestilah telah membuka akaun sebelum atau pada 5 Disember bagi tahun kewangan yang terlibat.
  2. Status Akaun: Akaun mestilah berstatus aktif pada 31 Disember dan kekal aktif sehingga tarikh kredit agihan keuntungan dibuat.
  3. Penutupan Akaun: Pendeposit yang menutup akaun sebelum tarikh pengkreditan agihan keuntungan adalah tidak layak menerima agihan keuntungan bagi tahun kewangan yang terlibat.

Cara Pengiraan Agihan Keuntungan

Pengiraan Agihan Keuntungan adalah sama seperti tahun sebelumnya, iaitu berdasarkan purata baki bulanan terendah yang disimpan sepanjang tahun.

Formula pengiraan terperinci bagi Agihan Tahun adalah seperti berikut:

  • Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x jumlah dividen%
  • (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2024 / Bilangan Bulan) x jumlah dividen%

Contoh Pengiraan Agihan Keuntungan Tabung Haji

Berikut adalah simulasi atau andaian pengiraan dengan kadar keuntungan 3.2%:

  • Baki dalam akaun: RM35,000
  • Kadar agihan keuntungan 2024: 3.2%
  • Bilangan bulan: 12

Cara Pengiraan adalah sebagaimana berikut:

  •  Purata baki simpanan terendah bulanan = RM35,000 / 12 = RM2,916.67
  •  Agihan keuntungan bulanan = RM2,916.67 Ă— 3.2% = RM93.33
  • Jumlah agihan keuntungan setahun = RM93.33 Ă— 12 = RM1,120.00

Jumlah keuntungan yang diperoleh bagi tahun 2024 adalah RM1,120.00.

Cara Semakan Agihan Keuntungan Tabung Haji (TH)

tarikh dan cara semak dividen tabung haji 2025

Pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan melalui saluran berikut:

  1. Platform THiJARI – Akses secara dalam talian melalui portal rasmi TH.
  2. Kaunter Cawangan TH – Kunjungi mana-mana cawangan TH di seluruh negara.
  3. Kaunter Cawangan Bank Rakan Strategik TH
    • Bank Islam
    • Bank Rakyat
  4. Saluran Elektronik Bank Rakan Strategik TH
    • Bank Islam
    • Bank Rakyat
    • Maybank Islamic
    • CIMB Islamic
    • AmBank Islamic

Semakan Dividen Tabung Haji Melalui THiJARI

Semakan dividen tabung haji pada tahun ini boleh dibuat secara online menerusi THiJARI samaada melalui portal atau melalui aplikasi di telefon pintar masing-masing.

Sekiranya anda membuat semakan melalui Portal THiJARI, pautannya adalah sebagaimana berikut;

https://www.thijari.com.my/

  • Log masuk menggunakan menggunakan ID dan kata laluan pengguna
  • Pilih Ringkasan Akaun
  • Klik >Nama Anda<
  • Pilih  Sejarah Transaksi
  • Masukkan Jenis Transaksi dan Tempoh

Semakan Dividen Tabung Haji 2023 juga boleh dibuat menerusi aplikasi THiJARI di telefon bimbit masing-masing melalui kaedah yang sama.

Sekiranya belum mempunyai aplikasi THiJARI, muat turun boleh dilakukan cara berikut;

Untuk memuat turun aplikasi THiJARI:

Play Store (Pengguna Android):

  1. Sila taip “Tabung Haji” di ruang carian.
  2. Tekan “Tabung Haji”.
  3. Tekan butang “Install” untuk muat turun.
  4. Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.

App Store (Pengguna iOS):

  1. Sila taip “Tabung Haji” di ruang carian.
  2. Tekan “Tabung Haji”.
  3. Tekan butang “Install” untuk muat turun.
  4. Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.

Sekiranya anda memerlukan panduan visual, berikut adalah video tutorial yang menerangkan cara menyemak dividen Tabung Haji menggunakan THiJARI:

Semakan Dividen Tabung Haji Melalui Saluran Elektronik Bank

Semakan Dividen Tabung Haji (TH) melalui perbankan internet (online banking) boleh dilakukan menerusi Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB dan AmBank dengan menggunakan perkhidmatan perbankan internet (online banking) masing-masing.

  1. https://www.bankislam.biz/ 
  2. https://irakyat.com.my/ 
  3. https://www.maybank2u.com.my/ 
  4. https://www.cimbclicks.com.my/ 
  5. https://www.ambank.com.my/eng/online-banking 

Info dan Maklumat Lanjut

​Untuk berhubung dengan Lembaga Tabung Haji (TH) atau mendapatkan maklumat terkini, anda boleh menggunakan saluran berikut:

Laman Web Rasmi:

Pusat Panggilan Tabung Haji (THCC):

  • Telefon: +603-6207 1919
  • E-mel: [email protected] 
  • Waktu Operasi: 8:00 pagi – 6:30 petang (Isnin hingga Ahad, kecuali cuti umum Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

Media Sosial Rasmi:

FAQ Agihan Keuntungan Tabung Haji 2025

1. Bilakah Tabung Haji akan mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2024?

Pengumuman agihan keuntungan tahun ini telah diumumkan pada 21 Mac 2025

2. Berapakah kadar agihan keuntungan yang dijangka bagi tahun 2024?

3.25% tertinggi sejak 7 tahun lepas

3. Apakah faktor yang mempengaruhi kadar agihan keuntungan Tabung Haji?

Faktor yang Mempengaruhi Kadar Agihan Keuntungan Tabung Haji
1) Prestasi Pelaburan
2) Keadaan Pasaran Modal
3) Pertumbuhan Ekonomi Negara
4) Kos Operasi TH
5) Rosot Nilai Pelaburan
6) Kadar Simpanan & Pengeluaran Pendeposit
7) Pelunasan Zakat

4. Siapa yang layak menerima agihan keuntungan Tabung Haji?

Pendeposit yang memenuhi syarat berikut layak menerima agihan keuntungan:
1) Akaun dibuka sebelum atau pada 5 Disember 2024.
2) Akaun masih aktif pada 31 Disember 2024 dan kekal aktif sehingga tarikh pengkreditan keuntungan.
3) Akaun tidak ditutup sebelum tarikh pengkreditan.

5. Bagaimana cara pengiraan agihan keuntungan Tabung Haji?

Agihan keuntungan dikira berdasarkan purata baki simpanan terendah bulanan sepanjang tahun.
Formula:
(Purata baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2024 / 12) x kadar keuntungan (%)

6. Bagaimana cara menyemak agihan keuntungan Tabung Haji?

Semakan boleh dilakukan melalui:
1) THiJARI (www.thijari.com.my)
2) Kaunter cawangan TH
3) Bank rakan strategik TH (Bank Islam & Bank Rakyat)
4) Perbankan internet (Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic, AmBank Islamic)

Untuk makluman, ​Tabung haji memperkelnalkan TH Khairat iaitu pelan Takaful sukarela yang disediakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk pendepositnya.

Pelan ini menawarkan perlindungan asas sebanyak RM12,000 terhadap kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh, dengan langganan tahunan serendah RM28. ​

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments