HomeSTRPembayaran STR Fasa 2 2025 Melalui BSN (Kredit Akaun & Tunai)

Pembayaran STR Fasa 2 2025 Melalui BSN (Kredit Akaun & Tunai)

Info mengenai pembayaran STR Fasa 2 2025 melalui kredit akaun dan secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tiada akaun bank.

Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan, pembayaran Fasa 2 Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 2) bagi tahun ini akan disalurkan secara berperingkat mulai 24 Mac 2025 (Isnin).

Kerajaan telah menetapkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 ini berdasarkan kategori penerima yang telah ditentukan. Bayaran akan diberikan kepada penerima sedia ada atau penerima baharu, dengan peruntukan yang sesuai mengikut kategori masing-masing.

Lihat Juga: BKK Aidilfitri 2025: RM500 Bonus Raya Penjawat Awam

Jumlah Bayaran

Pembayaran STR Fasa 2 2025 adalah berbeza mengikut kategori penerima masing-masing. Jumlah bantuan yang disalurkan antara RM100 hingga RM650 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Bagi penerima akaun BSN, pembayaran ini akan dibuat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.

Berikut adalah jumlah bayaran sebagaimana pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia.

Pengumuman Rasmi Pembayaran STR Fasa 2 2025 2

Jumlah Bayaran bagi Setiap Kategori

Jumlah bayaran bagi setiap kategori dalam STR Fasa 2 2025 adalah seperti berikut:

Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2,500):

  • Tiada Anak: RM150
  • 1 – 2 Anak: RM300
  • 3 – 4 Anak: RM500
  • ≥5 Anak: RM650

Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000):

  • Tiada Anak: RM100
  • 1 – 2 Anak: RM200
  • 3 – 4 Anak: RM250
  • ≥5 Anak: RM300

Warga Emas Tiada Pasangan: RM150

Bujang: RM150

Jumlah STR Fasa 2 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Lihat Juga: Skim Khairat Kematian (SKK) STR 2025: Syarat & Cara Tuntutan

Tarikh Pembayaran

Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan dibuat secara berperingkat mulai:

  • 24 Mac 2025 untuk penerima dengan akaun bank (pengkreditan terus).
  • 24 Mac 2025 untuk bayaran tunai melalui cawangan BSN.
Tarikh Pembayaran STR Fasa 2 2025

Bayaran ini akan dibuat secara berperingkat mengikut bank masing-masing sehingga tarikh yang ditetapkan.

Bila BSN Masuk?

Secara rasmi sebagaimana yang diumumkan Kerajaan adalah mulai 24 Mac 2025 iaitu hari Isnin.

Namun, berdasarkan pengalaman penerima STR yang lepas, akaun BSN biasanya menerima bayaran awal berbanding bank-bank lain.

Adakah pada STR kali ini juga BSN akan menerima bayaran paling awal? Penerima disarankan untuk menyemak status bayaran mereka dengan kerap.

Semakan Status Kelayakan

Anda boleh menyemak status kelayakan melalui cara-cara berikut:

  • Imbas kod QR yang disediakan di bawah
  • Layari laman sesawang: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline STR melalui talian: 1800-88-2747
Notis-Sumbangan-Tunai-Rahmah-STR-Fasa-2-2025-BSN-Malaysia

Pembayaran STR Fasa 2 2025 Melalui Pengkreditan Akaun BSN

Pembayaran STR Fasa 2 2025 melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Semakan secara perbankan melalui myBSN boleh dibuat melalui portal rasmi berikut:

Pembayaran STR Secara Tunai Di Kaunter BSN

Bayaran STR Fasa 2 secara tunai pula akan turut dilakukan mengikut tarikh yang telah dijadualkan di seluruh Cawangan BSN iaitu pada 24 Mac 2025 (Isnin).

  • Penerima perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
  • Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.
  • Rujuk laman sesawang STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.

Sumber: Bank Simpanan Nasional

Soalan Lazim (FAQ) Fasa 2 STR BSN

Berapakah jumlah bayaran STR Fasa 2 2025?

Jumlah bayaran berbeza mengikut kategori penerima. Antara RM100 hingga RM650. Rujuk jadual

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 2 untuk BSN?

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan dibuat mulai 24 Mac 2025 secara berperingkat.

Bilakah tuntutan secara tunai BSN boleh dibuat bagi yang tiada akaun?

Bayaran STR Fasa 2 secara tunai akan turut dilakukan mengikut tarikh yang telah dijadualkan di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Bagaimana cara menghubungi khidmat pelanggan BSN?

Hubungi 1300-88-1900

Lihat juga

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments