MRSM adalah institusi pendidikan di Malaysia yang menawarkan pendidikan menengah kepada pelajar warganegara Malaysia dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.
Institusi ini menyediakan kurikulum yang komprehensif dengan penekanan pada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).
Pelajar di MRSM bukan sahaja didedahkan kepada pendidikan akademik yang berkualiti tinggi, tetapi juga program pembangunan sahsiah yang bertujuan membentuk keperibadian unggul.
Melalui aktiviti kokurikulum yang pelbagai, MRSM memastikan pelajar menerima pendidikan holistik yang mempersiapkan mereka untuk menghadapi cabaran masa depan.
Bersempena dengan permohonan MRSM yang dibuka mulai 6 Ogos hingga 6 September ini, mungkin ada ibu bapa atau pelajar yang ingin meninju MRSM yang ada di Malaysia dan program yang ditawarkan.
Senarai Terkini MRSM di Malaysia (2024)
- MRSM Alor Gajah
- MRSM Arau
- MRSM ATM Bera
- MRSM Bagan Datuk
- MRSM Balik Pulau
- MRSM Baling
- MRSM Batu Pahat
- MRSM Bentong
- MRSM Beseri
- MRSM Besut
- MRSM Betong
- MRSM Bintulu
- MRSM FELDA Trolak
- MRSM Gemencheh
- MRSM Gerik
- MRSM Johor Bahru
- MRSM Jeli
- MRSM Kepala Batas
- MRSM Kota Kinabalu
- MRSM Kota Putra
- MRSM Kuala Berang
- MRSM Kuala Klawang
- MRSM Kuala Krai
- MRSM Kuala Kubu Bharu (KKB)
- MRSM Kuala Terengganu
- MRSM Kuantan
- MRSM Kubang Pasu
- MRSM Kuching
- MRSM Langkawi
- MRSM Lenggong
- MRSM Mersing
- MRSM Merbok
- MRSM Muadzam Shah
- MRSM Mukah
- MRSM Muar
- MRSM Parit
- MRSM Pasir Salak
- MRSM Pasir Tumboh
- MRSM Pendang
- MRSM Pengkalan Chepa
- MRSM Pengkalan Hulu
- MRSM PDRM Kulim
- MRSM Ranau
- MRSM Semporna
- MRSM Serting
- MRSM Sultan Azlan Shah
- MRSM Sungai Besar
- MRSM Taiping
- MRSM Terendak
- MRSM Transkrian
- MRSM Tumpat
- MRSM Tun Abdul Razak (TAR)
- MRSM Tun Dr Ismail
- MRSM Tun Ghafar Baba
- MRSM Tun Ghazali Shafie
- MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens
- MRSM Tun Mustapha
Senarai MRSM Mengikut Negeri di Malaysia (2024)
Berikut merupakan senarai MRSM mengikut negeri-negeri di Malaysia berdasarkan sumber terkini dari laman web MARA;
Johor
- MRSM Batu Pahat
- MRSM Johor Bahru
- MRSM Mersing
- MRSM Muar
- MRSM Tun Dr Ismail
Kedah
- MRSM Baling
- MRSM Kubang Pasu
- MRSM Langkawi
- MRSM Merbok
- MRSM PDRM Kulim
- MRSM Pendang
Kelantan
- MRSM Jeli
- MRSM Ketereh
- MRSM Kuala Krai
- MRSM Pasir Tumboh
- MRSM Pengkalan Chepa
- MRSM Tumpat
Melaka
- MRSM Alor Gajah
- MRSM Terendak
- MRSM Tun Ghafar Baba
Negeri Sembilan
- MRSM Gemencheh
- MRSM Kuala Klawang
- MRSM Serting
Pahang
- MRSM ATM Bera
- MRSM Bentong
- MRSM Kuantan
- MRSM Muadzam Shah
- MRSM Tun Abdul Razak (TAR)
- MRSM Tun Ghazali Shafie
Perak
- MRSM Bagan Datuk
- MRSM FELDA Trolak
- MRSM Gerik
- MRSM Lenggong
- MRSM Parit
- MRSM Pasir Salak
- MRSM Pengkalan Hulu
- MRSM Sultan Azlan Shah
- MRSM Taiping
Perlis
- MRSM Arau
- MRSM Beseri
Pulau Pinang
- MRSM Balik Pulau
- MRSM Kepala Batas
- MRSM Transkrian
Sabah
- MRSM Kota Kinabalu
- MRSM Ranau
- MRSM Semporna
- MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens
- MRSM Tun Mustapha
Sarawak
- MRSM Betong
- MRSM Bintulu
- MRSM Kuching
- MRSM Mukah
Selangor
- MRSM Kuala Kubu Bharu (KKB)
- MRSM Sungai Besar
Terengganu
- MRSM Besut
- MRSM Kota Putra
- MRSM Kuala Berang
- MRSM Kuala Terengganu
Senarai MRSM Mengikut Program
Terdapat lima program yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dilaksanakan di MRSM. Berikut adalah senarai program mengikut tingkataan, lokasi dan syarat seperti berikut:
MRSM Program Premier (Tingkatan 1): Lokasi dan Syarat Kemasukan
MRSM Program IGCSE (Tingkatan 1): Lokasi & Syarat Kemasukan
Program Ulul Albab (Tingkatan 1): Lokasi & Syarat Kemasukan
MRSM Program Teknikal (Tingkatan 1): Lokasi & Syarat Kemasukan
Program MRSM Premier (Tingkatan 4): Lokasi dan Syarat KelayakanÂ
Program MRSM Bitara (Tingkatan 4): Lokasi dan Syarat KelayakanÂ
Pengenalan Ringkas MRSM
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah sekolah berasrama penuh yang ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Malaysia. MRSM menawarkan pendidikan peringkat menengah dengan penekanan pada mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). MRSM bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah serta menyediakan mereka dengan kemahiran teknikal dan keagamaan yang holistik.
Ciri-ciri Utama MRSM
- Asrama Penuh: Pelajar tinggal di asrama yang disediakan di setiap MRSM.
- Fokus STEM: Kurikulum yang kuat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik.
- Kurikulum Khusus: Program-program khas seperti IGCSE, Ulul Albab (Tahfiz), dan Teknikal.
- Pembangunan Sahsiah: Penekanan pada pembangunan sahsiah dan keperibadian pelajar.
- Aktiviti Kokurikulum: Pelajar didorong untuk aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum untuk perkembangan holistik.
Senarai Program-program di MRSM
- Program Premier: Gabungan kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas berteraskan STEM.
- Program Bitara: Menyediakan pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar.
- Program Ulul Albab: Termasuk kurikulum kebangsaan, STEM, dan Tahfiz al-Quran.
- Program IGCSE: Gabungan kurikulum kebangsaan dan kurikulum Cambridge IGCSE.
- Program Teknikal: Pendidikan teknikal melalui mata pelajaran Kejuruteraan.
Lihat Juga:
– SBP 2025: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4 Sesi 2025/2006
– Permohonan Sekolah Seni Malaysia (SSeM) 2025 Secara Online
– SMKA 2025: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 & 4 (2025/2026)