HomeBantuanSTR Bujang Fasa 3: Semakan Status & Jumlah Bayaran Bantuan

STR Bujang Fasa 3: Semakan Status & Jumlah Bayaran Bantuan

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Bujang Fasa 3 2024.

Bagi golongan bujang yang sedang menantikan bayaran STR Fasa 3, amat penting untuk mengetahui berapakah jumlah bayaran yang akan diterima. Ini supaya tidak berlaku kekeliruan dengan kategori yang lain.

Untuk makluman, kerajaan akan menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 kepada lebih 8 juta penerima bermula 29 Ogos 2024. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, bagi penerima baharu dan mereka yang membuat rayuan, akan menerima bayaran mulai 18 September 2024.

Untuk fasa 3 ini, kategori bujang turut menerima bayaran. Alhamdulillah

Mudah-mudahan dengan bayaran STR Fasa 3 ini dapat meringankan kewangan golongan bujang.

Kelayakan Bujang untuk Menerima STR

Secara keseluruhan, individu bujang yang layak menerima STR adalah;

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
  2. Had umur adalah 21-59 tahun; dan 
  3. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan 
  4. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan 
  5. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan, terdapat 2 tarikh pembayaran STR bagi fasa 3 iaitu untuk penerima sedia ada dan penerima baharu serta rayuan. Ini termasuklah bagi kategori bujang.

Berikut adalah tarikh sebagaimana yang diumumkan;

  • Tarikh Pembayaran bagi Penerima Sedia Ada: 29 Ogos 2024 (Khamis)
  • Tarikh Pembayaran bagi Penerima Baharu dan Rayuan: 18 September 2024 (Rabu)
Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Semakan STR Fasa 3 Bujang

Menurut Kementerian Kewangan, semakan status fasa 3 boleh dibuat mulai 29 Ogos 2024.

Ia boleh dibuat secara dalam talian (online) dan secara fizikal melalui kaedah berikut;

Kaedah Semakan Status STR

  • Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Status; atau
  • Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
  • Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran

Semakan Status STR Fasa 3 di portal MySTR bantuantunai.hasil.gov.my

  1. Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/ 
  2. Klik log masuk MySTR
  3. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  4. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  5. Masukkan Kata Laluan
  6. Klik Semakan Permohonan
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    1. Status terkini seperti nama, no mykad, status pedalaman, status permohonan pertama, status permohonan semasa
    2. Maklumat Pembayaran (Jika Ada) dan jumlah yang telah di bayar

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login?

Jika anda terlupa kata laluan MySTR dan tidak dapat login, berikut adalah panduan untuk memulihkan akses akaun anda berdasarkan maklumat dalam panduan pengguna STR:

  1. Log Masuk dan Pilih “Terlupa Kata Laluan”
    • Pergi ke laman log masuk MySTR.
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit).
    • Klik pada pautan “Terlupa Kata Laluan”.
  2. Pengesahan MyKad dan Emel
    • Nombor MyKad anda akan dipaparkan di skrin soalan keselamatan, tekan butang “Semak”.
    • Masukkan emel yang telah didaftarkan dalam Borang Permohonan STR.
    • Klik butang “Seterusnya”.
  3. Kata Laluan Sementara
    • Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
    • Jika tiada emel, klik butang “Seterusnya” dan frasa keselamatan akan dipaparkan.
    • Isi 3 soalan keselamatan dan klik butang “Seterusnya”.
  4. Penukaran Kata Laluan
    • Masukkan kata laluan baharu dan pengesahan kata laluan.
    • Klik butang “Tukar Kata Laluan”.
  5. Log Masuk dengan Kata Laluan Baharu
    • Pilih Log Masuk.
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit).
    • Masukkan kata laluan sementara yang telah diemelkan.
    • Klik butang “Log Masuk”.
  6. Tukar Kata Laluan Baharu di MySTR
    • Setelah berjaya log masuk, MySTR akan dipaparkan.
    • Klik menu “Tukar Kata Laluan”.
    • Masukkan kata laluan baharu anda.
    • Penukaran kata laluan berjaya.

Untuk maklumat lanjut, rujuk PANDUAN PENGGUNA TERLUPA KATA LALUAN MySTR

Jumlah Bayaran Bujang Fasa 3

Jumlah keseluruhan kategori bujang bagi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 adalah RM350.

Untuk fasa 3 (bulan Ogos), kadar bayaran untuk bujang adalah RM50.

Jumlah Bayaran Bujang STR Fasa 3 2024

Berikut adalah gambaran untuk keseluruhan jumlah pembayaran bantuan bujang STR

  • Januari – Fasa 1 (Telah dibayar) RM100
  • April – Fasa 2 (Telah dibayar) RM100
  • Ogos – Fasa 3 (Dalam proses) RM50
  • November – Fasa 4 (akan datang)

Jadi, setelah menerima bayaran RM50 pada fasa 3, baki yang akan diterima pada fasa 4 adalah RM100 menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM350.

Manakalah penerima dari kategori isi rumah dan warga emas akan menerima bayaran seperti berikut;

  • Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2,500): RM150 – RM650
  • Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000): RM150 – RM300
  • Warga Emas Tiada Pasangan: RM150

Siapakah yang Layak Menerima STR Fasa 3?

Pembayaran ini melibatkan dua kategori penerima: 

  1. Penerima sedia ada dan 
  2. Penerima baharu serta rayuan.

Jadual Pembayaran STR Fasa 3

Berikut adalah maklumat yang ada perlu tahu mengenai jadual pembayaran STR fasa ketiga untuk penerima sedia ada, penerima baharu dan yang membuat rayuan.

Jadual Pembayaran STR Fasa 3

1. Kaedah Pembayaran STR Fasa 3

  • Pembayaran STR Fasa 3 akan dilakukan melalui dua kaedah utama: secara kredit terus ke akaun bank dan secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Mempunyai Akaun Bank: Bagi penerima yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun mereka.
  • Tiada Akaun Bank: Bagi penerima tanpa akaun bank, termasuk mereka di Sabah, Sarawak, dan W.P Labuan, pembayaran akan dilakukan secara tunai melalui cawangan BSN.

2. Tarikh Pembayaran Fasa 3 untuk Penerima Berdaftar

  • Penerima sedia ada dengan akaun bank akan menerima pembayaran antara 29 Ogos 2024 hingga 6 September 2024.
  • Penerima baharu dan mereka yang membuat rayuan akan menerima pembayaran antara 18 hingga 20 September 2024.

3. Tarikh Pembayaran Tunai Melalui BSN

  • Penerima sedia ada yang tiada akaun bank boleh mengambil pembayaran tunai mereka mulai 29 Ogos 2024.
  • Penerima baharu dan rayuan tanpa akaun bank akan menerima pembayaran tunai mulai 18 September 2024.
Notis Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 BSN Malaysia

Info dan Maklumat Lanjut

Penerima STR bujang dinasihatkan berhati-hati dengan modus operandi scammer yang menggunakan STR untuk mengenakan anda seperti menerima panggilan telefon, pautan semakan STR dan sebagainya.

Untuk info terkini lagi sahih, anda boleh rujuk laman rasmi kerajaan seperti;

Soalan Lazim (FAQ)

1. Berapakah jumlah bayaran yang akan diterima oleh kategori bujang dalam STR Fasa 3?

Kategori bujang akan menerima bayaran sebanyak RM50 dalam STR Fasa 3.

2. Bilakah tarikh pembayaran STR Fasa 3 untuk kategori bujang?

Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan, terdapat dua tarikh pembayaran STR Fasa 3:
1. 29 Ogos 2024 (Khamis) bagi penerima sedia ada.
2. 18 September 2024 (Rabu) bagi penerima baharu dan rayuan.

3. Apakah kaedah pembayaran STR Fasa 3 bagi kategori bujang?

Pembayaran STR Fasa 3 dilakukan melalui dua kaedah utama:
1. Mempunyai Akaun Bank: Pembayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun.
2. Tiada Akaun Bank: Pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

4. Bagaimana cara untuk menyemak status STR Fasa 3 bagi kategori bujang?
Semakan status boleh dibuat mulai 29 Ogos 2024 melalui:

a. Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah: https://bantuantunai.hasil.gov.my (Log Masuk MySTR > Semakan Status).
b. Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah: Muat turun di Play Store.
c. Hotline BKK: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
d. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
e. Pejabat HASiL yang berhampiran.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments