HomeInfoSenarai Promo & Diskaun Bersempena Keputusan SPM 2024

Senarai Promo & Diskaun Bersempena Keputusan SPM 2024

Bersempena Keputusan SPM 2024, banyak jenama terkenal menawarkan promo dan diskaun untuk pelajar SPM.

Promosi dan diskaun ini  sebagai ganjaran atas usaha gigih sepanjang tahun peperiksaan. 

Justeru, promosi ini bukan sahaja tanda penghargaan, malah membantu pelajar berjimat sambil meraikan pencapaian. 

Jenama-jenama besar menawarkan pelbagai promo diskaun keputusan SPM yang sangat berbaloi – daripada makanan percuma hingga minuman serendah RM2!

Senarai Promosi & Diskaun SPM 2024

Antara F&B yang menawarkan promo & diskaun untuk keputusan SPM 2024 adalah:

  • Tealive
  • Nando’s
  • Yolé
  • The Coffee Bean & Tea Leaf
  • Nasken Coffee
  • TGI Fridays
  • Pizza Hut
  • US Pizza
  • Boat Noodle
  • Kenny Rogers ROASTERS
  • Flour Crown Patisserie Cafe

Tealive: 2 Minuman Regular RM16 Sahaja

01- Tealive- 2 Minuman Regular RM16 Sahaja

Tealive menawarkan promosi yang sangat berbaloi kepada semua pelanggan sempena pengumuman keputusan SPM 2024. Anda boleh menikmati 2 minuman bersaiz biasa (regular) pada harga hanya RM16 sahaja.

Tarikh Sah:  24 – 26 April 2025

Cara Tuntut Promo:

  • Walk-in ke mana-mana cawangan Tealive
  • Tunjukkan posting promosi ini di kaunter
  • Promosi sah untuk minuman berharga RM11 dan ke bawah sahaja
  • Terhad kepada 3 kali penebusan bagi setiap ahli

Syarat Penting:

  • Sah untuk minuman regular size sahaja
  • Promosi hanya sah untuk pembelian secara walk-in atau melalui aplikasi Tealive
  • Tidak perlu tunjuk slip keputusan SPM — terbuka untuk semua pelanggan, termasuk pelajar

Nando’s: ¼ Ayam PERi-PERi Percuma untuk Semua Pelajar

02 - Nando’s- ¼ Ayam PERi-PERi Percuma untuk Semua Pelajar

Sempena pengumuman keputusan SPM 2024, Nando’s menghadiahkan satu suku ayam PERi-PERi secara percuma kepada semua pelajar, tanpa mengira bilangan A yang diperoleh.

Tarikh Sah:  24 April 2025 sahaja

Cara Tuntut:

  • Bawa slip keputusan SPM 2024 (fizikal, bukan digital)
  • Tunjukkan kepada staf sebelum membuat pesanan
  • Promosi hanya sah untuk dine-in sahaja
  • Sah di semua cawangan Nando’s di seluruh negara

Nota Tambahan:

  • Setiap pelajar hanya boleh menebus sekali sahaja
  • Promosi ini tertakluk kepada stok dan prinsip first come first serve

Yolé: Topping Percuma Tanpa Had untuk Pelajar Straight A

03 - Yolé- Topping Percuma Tanpa Had untuk Pelajar Straight A

Pelajar yang memperoleh keputusan straight A boleh menikmati topping tanpa had dengan setiap pembelian Yolé bersaiz medium (RM17.90).

Tarikh Sah: 24 April 2025 sahaja

Cara Tuntut:

  • Tunjukkan slip keputusan SPM 2024 dan MyKad semasa membuat pembelian
  • Tawaran ini sah untuk semua cawangan Yolé di seluruh Malaysia
  • Hanya satu penebusan dibenarkan bagi setiap pelajar

Nota Tambahan:

  • Tidak sah digabungkan dengan sebarang promosi lain yang sedang berlangsung
  • Tawaran hanya diberikan kepada pembeli yang layak berdasarkan bukti keputusan

The Coffee Bean & Tea Leaf: Minuman 12oz Hanya RM10

04 - The Coffee Bean & Tea Leaf- Minuman 12oz Hanya RM10

Pelajar boleh menikmati mana-mana minuman 12oz buatan tangan (handcrafted beverage) pada harga RM10 sahaja. Penambahan saiz ke 16oz pula dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.50.

Tarikh Sah: 24 hingga 30 April 2025

Cara Tuntut:

  • Tunjukkan slip keputusan SPM 2024 bersama MyKad
  • Sah untuk pembelian di semua cawangan di Semenanjung Malaysia
  • Tidak sah di lapangan terbang, hospital, outlet kilang dan pembelian dalam talian

Syarat Tambahan:

  • Tidak termasuk minuman jenis Espresso, Americano, Aerocano, Teh Panas Biasa, minuman botol, atau sebarang tambahan (add-ons/modifiers)
  • Setiap pelajar dihadkan kepada dua penebusan bagi setiap transaksi

Nasken Coffee: Minuman Percuma untuk Straight A, RM5 untuk Lain-lain

05 - Nasken Coffee- Minuman Percuma untuk Straight A, RM5 untuk Lain-lain 1
05 - Nasken Coffee- Minuman Percuma untuk Straight A, RM5 untuk Lain-lain 2

Pelajar yang memperoleh semua A dalam keputusan SPM 2024 layak menerima satu minuman percuma (tidak termasuk frappé). Bagi pelajar lain, Iced Latté atau Spanish Latté ditawarkan pada harga RM5 sahaja.

Tarikh Sah: 24 April 2025 sahaja

Cara Tuntut:

  • Tunjukkan slip keputusan SPM 2024 kepada staf di kaunter
  • Sah di semua cawangan Nasken Coffee kecuali cawangan Airport dan Nasken Coffee Plus
  • Sah untuk pembelian secara walk-in, dine-in dan bawa pulang (takeaway)

Nota Tambahan:

  • Hanya satu penebusan dibenarkan bagi setiap pelajar
  • Tidak boleh digabungkan dengan sebarang promosi atau diskaun lain

TGI Fridays: Chicken Fingers & Minuman Tanpa Had RM17

06 - TGI Fridays- Chicken Fingers & Minuman Tanpa Had RM17

Dengan hanya RM17, pelajar boleh menikmati satu set hidangan Crispy Chicken Fingers bersama minuman Coca-Cola tanpa had (bottomless drink) di mana-mana cawangan TGI Fridays seluruh negara.

Tarikh Sah: 24 hingga 30 April 2025

Cara Tuntut:

  • Tunjukkan slip keputusan SPM 2024 sebelum membuat pesanan
  • Sah untuk dine-in sahaja
  • Terhad kepada satu set promo bagi setiap pelajar

Nota Tambahan:

  • Promosi ini tidak boleh digabungkan dengan mana-mana tawaran atau promosi lain yang sedang berlangsung

Pizza Hut: Sup atau Minuman Percuma dan Set Makan Petang Istimewa

07 - Pizza Hut- Sup atau Minuman Percuma dan Set Makan Petang Istimewa

Pelajar yang menunjukkan slip keputusan SPM layak menerima satu pilihan sama ada semangkuk sup cendawan (untuk bawa pulang) atau satu minuman percuma (untuk dine-in). Tambahan istimewa menanti mereka yang datang antara jam 3 petang hingga 5 petang — satu set penuh dengan hidangan Hut’s Sliders diberikan secara percuma.

Tarikh Sah: 24 dan 25 April 2025

Cara Tuntut:

  • Tunjukkan slip keputusan SPM 2024 di kaunter
  • Sah untuk dine-in dan takeaway, bergantung kepada pilihan
  • Sah di semua cawangan Pizza Hut kecuali di Genting Highlands dan outlet jenis Xpress

Nota Tambahan:

  • Set petang percuma hanya sah pada waktu yang ditetapkan (3–5 petang sahaja)
  • Tidak boleh digabungkan dengan promosi lain

US Pizza: Personal Aloha Pizza Hanya RM2

US Pizza menawarkan pizza bersaiz peribadi (personal size) dengan topping Aloha pada harga serendah RM2 untuk pelajar yang membawa slip keputusan SPM 2024. Tawaran ini hanya sah dalam tempoh masa terhad.

Tarikh Sah:
24 April 2025 (jam 3 petang hingga 5 petang sahaja)

Cara Tuntut:

  • Tunjukkan slip keputusan SPM 2024 semasa membuat pesanan
  • Sah untuk dine-in sahaja
  • Promosi ini hanya tersedia di beberapa cawangan terpilih seperti Kelana Jaya, SS2 dan USJ Taipan

Nota Tambahan:

  • Hanya satu penebusan dibenarkan dalam satu resit
  • Tawaran tertakluk kepada terma dan syarat outlet yang menyertainya

Boat Noodle: Minuman Percuma untuk Semua, Mangkuk Tambahan untuk Pelajar Cemerlang

09- Boat Noodle- Minuman Percuma untuk Semua, Mangkuk Tambahan untuk Pelajar Cemerlang

Boat Noodle menawarkan satu minuman Iced Blue Butterfly secara percuma kepada semua pelajar yang menunjukkan slip keputusan. Pelajar yang mendapat keputusan straight A pula menerima tambahan satu mangkuk Pathumthani Chicken secara percuma.

Tarikh Sah: 24 hingga 26 April 2025  (Masa: 10 pagi hingga 6 petang sahaja)

Cara Tuntut:

  • Tunjukkan slip keputusan SPM 2024 semasa membuat pesanan
  • Sah untuk dine-in sahaja
  • Terpakai di semua cawangan Boat Noodle di seluruh negara

Nota Tambahan:

  • Setiap pelajar hanya layak menerima satu set penebusan berdasarkan kelayakan masing-masing
  • Promosi ini tertakluk kepada stok dan waktu operasi cawangan

Kenny Rogers ROASTERS: Diskaun 50% untuk Kenny’s Quarter Meal

10 - Kenny Rogers ROASTERS- Diskaun 50% untuk Kenny’s Quarter Meal

Pelajar yang menunjukkan slip keputusan SPM 2024 layak menikmati diskaun sebanyak 50% bagi hidangan Kenny’s Quarter Meal, menjadikannya antara tawaran paling bernilai yang ditawarkan.

Tarikh Sah:  24 April 2025 sahaja

Cara Tuntut:

  • Tunjukkan slip keputusan SPM 2024 (fizikal) semasa membuat pesanan
  • Sah untuk dine-in sahaja
  • Promosi boleh ditebus di semua cawangan KRR di seluruh negara kecuali KRR Kemaman

Nota Tambahan:

  • Setiap slip hanya layak untuk satu kali penebusan
  • Terhad kepada 50 penebusan pertama bagi setiap cawangan dan tertakluk kepada stok harian

Ringkasan

JenamaTawaranTarikh SahNota Penting
Tealive2 minuman biasa RM1624–26 AprilWalk-in, tunjuk slip
Nando’s¼ ayam PERi-PERi percuma24 AprilSlip SPM fizikal, stok terhad
YoléFree unlimited toppings24 AprilUntuk pelajar straight A
Coffee BeanMinuman 12oz RM1024–30 AprilMaksimum 2 tebusan
Nasken CoffeePercuma untuk A, RM5 latte untuk lain24 AprilSemua outlet kecuali Airport
TGI FridaysChicken fingers + Coke RM1724–30 April1 set per pelajar
Pizza HutSup atau minuman percuma24 & 25 AprilTambahan set percuma 3–5 ptg
US PizzaAloha Pizza RM224 April (3–5 ptg)Outlet terpilih
Boat NoodleMinuman & 1 mangkuk percuma (Straight A)24–26 April10 pagi–6 ptg sahaja
Kenny RogersQuarter Meal diskaun 50%24 AprilTerhad 50 sehari per outlet
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments