Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) meminta orang ramai merujuk buku panduan berjudul ‘Bendera Kita Jalur Gemilang’ keluaran jabatan berkenaan bagi mengetahui tatacara untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan cara yang betul.
Pengarah Kanan (Pengurusan) JaPen, Naim Fahmi Ahmad Tajuddin berkata, panduan tatacara berkenaan juga boleh didapati di semua platform media sosial JaPen termasuk Facebook, Instagram, TikTok dan juga Twitter.
Beliau berkata, panduan tatacara untuk mengibarkan Jalur Gemilang sangat penting bagi menghormati bendera negara, sekali gus mengelak berlaku kesilapan dalam pemasangannya yang boleh menyentuh sensitiviti.
“Buku panduan ini (Bendera Kita Jalur Gemilang) mengandungi maklumat diuar-uarkan di semua platform, kita maklumkan cara untuk menggantung Jalur Gemilang termasuk bagi jenis banting, berbentuk segi tiga dan sebagainya,” katanya pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Negeri Kelantan di Dataran Wawasan Datuk Azis Yacub, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, di sini, pada Isnin.
Buku Panduan Bendera Kita Jalur Gemilang
“Bendera Kita Jalur Gemilang” adalah buku panduan penting buat rakyat Malaysia bagi mengetahui tatacara untuk mengibarkan bendera Malaysia dengan cara yang betul.
Ia mengandungi fakta dan panduan penting yang meliputi;
- Pengenalan – Penjelasan mengenai sejarah dan kepentingan Jalur Gemilang sebagai simbol negara.
- Hak Mengibarkan Jalur Gemilang – Panduan siapa yang berhak mengibarkan bendera ini.
- Terminologi Jalur Gemilang – Istilah-istilah penting yang berkaitan dengan Jalur Gemilang.
- Warna Asas Jalur Gemilang – Makna dan penggunaan warna pada bendera.
- Cara Membuat Jalur Gemilang – Panduan teknik pembuatan bendera yang tepat.
- Ukuran dan Jenis Bendera Jalur Gemilang – Jenis-jenis dan ukuran bendera untuk pelbagai kegunaan.
- Cara Mengibarkan Jalur Gemilang – Langkah-langkah yang betul untuk mengibarkan bendera.
- Tempat, Hari Dan Masa Mengibarkan Jalur Gemilang – Lokasi, hari, dan waktu yang sesuai untuk pengibaran.
- Menghormati Jalur Gemilang – Cara-cara menghormati bendera semasa upacara rasmi.
- Penggunaan Jalur Gemilang – Panduan penggunaan bendera dalam pelbagai acara dan situasi.
- Akta-Akta Yang Melindungi Agar Penggunaan Lambang-Lambang Kebesaran Negara Dihormati Dan Dipatuhi – Perundangan yang melindungi penggunaan Jalur Gemilang.
- Cara Pelupusan Jalur Gemilang – Panduan pelupusan bendera yang telah uzur.
- Susunan Keutamaan Bendera – Susunan bendera dalam acara rasmi mengikut keutamaan.
- Arah Pandangan Pengibaran Jalur Gemilang – Arah yang betul untuk mengibarkan bendera.
- Susunan Dan Kedudukan Jalur Gemilang Apabila Dikibarkan – Susunan bendera semasa ia dikibarkan di pelbagai lokasi dan acara.
Panduan ini diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi Malaysia.
Download Buku Panduan
Panduan “Bendera Kita Jalur Gemilang” boleh diperolehi di laman;
Panduan ini boleh juga di download melalui;
Maklumat dan info menarik tentang kenegaraan juga anda boleh perolehi dari;
- Facebook: Merdeka360
- Twitter: @Merdeka360
- YouTube: Jabatan Penerangan Malaysia
- Instagram: merdeka360
- TikTok: merdeka360_
1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG)
Inisiatif “1 Rumah 1 Jalur Gemilang” (1R1JG) adalah sebuah program yang diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi Malaysia untuk menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.
Program ini menggalakkan setiap rumah di Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbol perpaduan dan cinta kepada negara.
Mari sama-sama kita kibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-masing.
Panduan Pemasangan Jalur Gemilang
Berikut merupakan panduan tentang pemasangan jalur gemilang dengan betul
Kedudukan Warna Putih Merah Pada Jalur Gemilang
Jalur gemilang bermula dengan warna merah di akhir dengan warna putih. Kedudukan ini penting sebagaimana bendera asal.
Adalah menjadi kesalahan mencetak atau melukis mahupun mewarna dengan kedudukan yang salah iaitu bermula dengan warna putih dan di akhiri dengan warna merah.
Oleh yang demikian, memastikan jalur merah berada di atas menunjukkan susunan yang tepat dan selaras dengan reka bentuk asal bendera.
Pengibaran Jalur Gemilang Yang Betul
Jalur Gemilang hendaklah dipasang secara melintang sahaja.
Adalah menjadi kesalahan sekiranya;
- Bendera digantung terbalik: adalah salah dan tidak memenuhi etika pengibaran yang betul
- Bendera digantung secara menegak: Menggantung Jalur Gemilang dalam kedudukan menegak juga adalah salah, walaupun bendera tidak terbalik.
Pemasangan Bunting (Gegantung) Dengan Betul
Cara Betul:
- Gegantung Jalur Gemilang hendaklah dikibarkan dengan bahagian bulan dan bintang berada di atas, dan bahagian bawah bendera berbentuk segi tiga yang runcing ke bawah. Ini memastikan bendera berada dalam kedudukan yang betul dan terhormat.
Cara Salah:
- Bulan dan Bintang Terbalik: Menggantung bendera dengan bulan dan bintang terbalik adalah salah.
- Bahagian Bawah Tidak Bersegi: Bendera yang digantung dengan bahagian bawah yang tidak berbentuk segi tiga juga salah. Ini menyalahi protokol dan tidak mematuhi cara pengibaran yang telah ditetapkan.
Penggunaan Bendera Malaysia Untuk Aksesori dan Dekorasi TIDAK DIBENARKAN
Perkara yang Tidak Dibenarkan:
- Menggunakan Jalur Gemilang sebagai pakaian atau aksesori: Seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, penggunaan bendera sebagai kain samping, kain tudung, skirt, tuala, atau pelitup muka adalah dilarang. Ini kerana penggunaan sedemikian dianggap sebagai merendahkan martabat Jalur Gemilang.
- Menggunakan Jalur Gemilang sebagai bahan dekorasi yang tidak sesuai: Bendera tidak boleh digunakan sebagai alas meja, kain lap, atau elemen hiasan lain yang merendahkan kedudukan dan simbolisme bendera.
Perkara yang Dibenarkan:
- Penggunaan warna asas dan motif bendera: Adalah dibenarkan untuk menggunakan warna asas dan motif Jalur Gemilang (merah, putih, biru, dan kuning) dalam reka bentuk yang lain, seperti dalam topi atau aksesori kepala, asalkan tidak berbentuk seperti bendera yang lengkap. Ini menunjukkan penghormatan kepada bendera sambil menggalakkan semangat patriotisme.
Penggunaan Jalur Gemilang untuk Promosi, Logo, dan Infografik: Panduan Penting
Ketika merancang kempen pemasaran, adalah penting untuk memahami garis panduan yang mengatur penggunaan Jalur Gemilang, bendera kebangsaan Malaysia. Penggunaan yang tidak sesuai boleh merendahkan martabat bendera dan melanggar peraturan negara.
- Promosi dan Iklan:
- Menggunakan Jalur Gemilang dalam iklan komersial, terutamanya apabila bentuk fizikal bendera diubah, adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk penggunaan bendera sebagai elemen utama dalam iklan produk atau perkhidmatan. Sebagai alternatif, pertimbangkan untuk menggunakan warna tema bendera tanpa meniru atau memanipulasi imej bendera itu sendiri.
- Penghasilan Logo:
- Menggunakan bendera Malaysia dalam rekaan logo adalah tidak dibenarkan. Ini termasuk logo yang menggabungkan atau memodifikasi Jalur Gemilang. Sebaliknya, anda boleh menggunakan warna dan elemen inspirasi dari bendera tanpa menjejaskan bentuk dan kedudukannya sebagai simbol kebangsaan.
- Infografik dan Visual Media:
- Dalam pembuatan infografik, elakkan meletakkan teks atau elemen grafik lain yang bertindih dengan imej bendera. Tindakan ini tidak dibenarkan kerana ia boleh dianggap sebagai tidak menghormati bendera. Gunakan warna dan motif bendera untuk mencipta visual yang patriotik tanpa menjejaskan integriti bendera.
Yang dibenarkan adalah;
- Menggunakan elemen warna asas pada logo
- Penggunaan Bendera dalam Infografik yang Tidak Bertindih dengan Teks
Susunan Bendera Di Luar dan Di Dalam Bangunan
Hari Biasa dan Hari Kebesaran Persekutuan
- Pada hari biasa dan Hari Kebesaran Persekutuan, Jalur Gemilang perlu dikibarkan dengan keutamaan mengatasi bendera negeri dan institusi. Jika terdapat dua tiang, Jalur Gemilang hendaklah berada di sebelah kiri, manakala bendera negeri di sebelah kanan (pandangan dari luar bangunan). Jika terdapat tiga tiang, susunan yang betul adalah Jalur Gemilang di tengah, diapit oleh bendera negeri dan institusi di kedua-dua sisi.
Hari Kebesaran Negeri
- Pada Hari Kebesaran Negeri, bendera negeri diberi penghormatan tertinggi, mendahului Jalur Gemilang dan bendera institusi. Susunan pada tiang bendera adalah bendera negeri di sebelah kiri dan Jalur Gemilang di sebelah kanan jika terdapat dua tiang. Jika terdapat tiga tiang, bendera negeri diletakkan di tengah, dengan Jalur Gemilang dan bendera institusi di sisi-sisi.
Cara Menghormati Lagu Negaraku atau Ketika Pengibaran Bendera Malaysia
Ketika pengibaran bendera Malaysia atau lagu Negaraku dikumandangkan;
- Jika anda seorang awam yang memakai baju melayu dan bersongkok, maka hendaklah berdiri tegak dengan kedua-dua belah tangan diluruskan ke bawah dan sebaik-baiknya digenggam kemas serta rapat ke badan.
- Jika anda seorang awam yang memakai topi (selain topi rasmi anggota beruniform) maka topi tersebut mestilah dibuka dan dipegang dengan tangan kanan serta diletakkan ke dada sebelah kiri. Tangan kiri pula diluruskan ke bawah dan sebaik-baiknya digenggam kemas serta rapat ke badan.
- Jika anda seorang awam dan memakai lain-lain pakaian, anda juga mestilah berdiri tegak dengan kedua-dua belah tangan diluruskan ke bawah dan sebaik-baiknya digenggam kemas serta rapat ke badan.
- Jika orang kelainan upaya (OKU) yang berkerusi roda, seeloknya duduk dengan keadaan kepala dan badan ditegakkan jika berkemampuan, kedua-dua belah tangan di atas peha dan kaki dirapatkan.
Infografik dan Video Jom Kibarkan Jalur Gemilang
Berikut adalah video terbitan JaPen mengenai Panduan Pemasangan Jalur Gemilang;