KADAR DIVIDEN TABUNG HAJI (TH) DAN SEMAKAN DIVIDEN 2025 BAGI AGIHAN KEUNTUGAN 2024
Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.25% bagi tahun kewangan 2024, menjadikannya kadar tertinggi sejak tujuh tahun lalu.
Agihan ini melibatkan jumlah sebanyak RM2.92 bilion dan memberi manfaat kepada lebih 9.54 juta pendeposit di seluruh negara.
Ia mencerminkan prestasi kewangan Tabung Haji yang kukuh hasil pengurusan pelaburan serta kawalan kos yang berhemah sepanjang tahun.
Lihat Juga: Cara Mengaktifkan Akaun Tabung Haji Yang Tidak Aktif (Dorman)
Kenapa Kadar Zakat 2.57% dan bukannya 2.5%?
Sebagaimana yang diumumkan oleh Tabung Haji, zakat sebanyak 2.57% telah dilunaskan oleh pihak TH bagi pihak pendeposit.
Namun begitu, ramai yang bertanya kenapa jumlah yang dizakatkan adalah 2.57% dan bukannya 2.5%?
Untuk makluman, TH mengguna pakai kadar 2.57% mengambil kira perbezaan bilangan hari dalam setahun di antara kalendar Qamari dan kalendar Mashi sebagaimana saranan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah TH.
TH membayar zakat bagi pihak pendeposit berdasarkan pendekatan hukum Khultoh iaitu harta yang bercampur.
Jenis zakat yang dibayar adalah zakat perniagaan dan bukan zakat simpanan kerana pendeposit telah mewakilkan kepada TH untuk mengurus pelaburan dana simpanan pendeposit melalui kontrak Wakalah. Sehubungan itu, resit zakat tidak dikeluarkan.

Bilakah Boleh Buat Semakan Dividen Tabung Haji 2025?

Para pendeposit boleh menyemak Agihan Keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula jam 12 tengah hari, Ahad, 23 Mac 2025.
Cara Semakan
Pendeposit boleh buat semakan dividen Tabung Haji 2025 menerusi 3 saluran berikut;
- THiJARI
- Kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat
- Saluran Elektronik Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB dan AmBank
Semakan Dividen Tabung Haji dan Penyata Melalui THiJARI
Semakan dividen Tabung Haji ini boleh dibuat secara online menerusi THiJARI samaada melalui portal atau melalui aplikasi di telefon pintar masing-masing.
Sekiranya anda ingin membuat semakan melalui Portal THiJARI dan mendapatkan penyata terkini, berikut adalah langkah-langkah pautannya adalah sebagaimana berikut;
Log Masuk ke THiJARI
- Layari: www.thijari.com.my
- Masukkan ID Pengguna dan klik Log Masuk.

Klik Menu Tiga Garis (☰) di Penjuru Kiri Atas
- Untuk membuka menu utama.

Pilih Menu “Ringkasan Akaun”
Klik pada Ringkasan Akaun dalam senarai menu.

Pilih Akaun Yang Ingin Disemak
- Klik sama ada akaun dewasa atau akaun kanak-kanak yang didaftarkan.

Pilih Jenis Transaksi & Tempoh Semakan
- Pilih: Jenis Transaksi → Semua Transaksi
- Tempoh → 90 hari terakhir
- Klik Cari Transaksi
- Lihat Transaksi “Agihan Keuntungan”
- Amaun dividen akan dipaparkan secara automatik.

Muat Turun Penyata Akaun
- Pilih bulan: Mac 2025
- Klik Muat Turun PDF untuk simpan penyata.

Penyata Dividen Tabung Haji 2025 Bagi Agihan Tahun Kewangan 2024
Penyata rasmi Tabung Haji yang dicetak melalui portal THiJARI akan memaparkan maklumat berikut:
- Tarikh Agihan
- Butiran Transaksi
- Amaun Diterima
- Tempoh Penyata
- Makluman Zakat
- Catatan Tambahan

Semakan Melalui Aplikasi THiJARI
Semakan Dividen Tabung Haji 2025 juga boleh dibuat menerusi aplikasi THiJARI di telefon bimbit masing-masing melalui kaedah yang sama.
Sekiranya belum mempunyai aplikasi THiJARI, muat turun boleh dilakukan cara berikut;
Untuk memuat turun aplikasi THiJARI:
Play Store (Pengguna Android):
- Sila taip “Tabung Haji” di ruang carian.
- Tekan “Tabung Haji”.
- Tekan butang “Install” untuk muat turun.
- Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.
App Store (Pengguna iOS):
- Sila taip “Tabung Haji” di ruang carian.
- Tekan “Tabung Haji”.
- Tekan butang “Install” untuk muat turun.
- Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.
Semakan Dividen Tabung Haji Melalui Saluran Elektronik Bank
Semakan Dividen Tabung Haji (TH) melalui perbankan internet (online banking) boleh dilakukan menerusi Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB dan AmBank dengan menggunakan perkhidmatan perbankan internet (online banking) masing-masing.
- https://www.bankislam.biz/
- https://irakyat.com.my/
- https://www.maybank2u.com.my/
- https://www.cimbclicks.com.my/
- https://www.ambank.com.my/eng/online-banking
Bagaimana Cara Pengiraan Dividen Tabung Haji?
Cara Pengiraan Dividen Tabung Haji berdasarkan purata baki simpanan terendah bulanan sepanjang tahun kewangan.
Kaedah ini mengambil kira jumlah baki paling rendah yang direkodkan setiap bulan bermula dari Januari hingga Disember.
Majoriti instrumen simpanan di Malaysia seperti KWSP, ASB dan juga Tabung Haji turut menggunakan pendekatan yang sama.
Ia bukan dikira berdasarkan jumlah keseluruhan simpanan, sebaliknya bergantung kepada baki minimum bulanan yang direkodkan secara konsisten sepanjang tahun.
Formula Pengiraan:

(Jumlah baki terendah bulanan Januari–Disember ÷ 12) x Kadar Dividen (%)
Sebagai contoh, jika purata baki minimum bulanan ialah RM10,000 dan kadar dividen 2025 adalah 3.25%:
RM10,000 x 3.25% = RM325
Nota Penting
- Simpanan atau pelaburan mesti dibuat sebelum atau pada 1 haribulan untuk diambil kira bagi bulan tersebut.
- Pengeluaran wang dalam mana-mana bulan akan menurunkan baki minimum dan mengurangkan jumlah dividen.
Contoh Situasi
- Simpanan Kekal RM10,000 Setahun:
Dividen penuh: RM325 - Masuk RM100,000 bulan November (lewat):
Hanya dikira 1 bulan → Dividen lebih rendah - Kerap keluar masuk wang:
Baki minimum rendah → Dividen mungkin RM0
Kadar Dividen Tahun-Tahun Sebelum Ini
Untuk rekod, jadual di bawah adalah kadar dividen TH dari tahun 1994 hingga tahun 2021
- 2023 : 3.10%
- 2022 : 3.10%
- 2021 : 3.10%
- 2020 : 3.10%
- 2019 : 3.05%
- 2018 : 1.25%
- 2017 : 4.25% + 1.75%
- 2016 : 4.25% + 1.50% Bonus
- 2015 : 5% + 3% Bonus
- 2014 : 6.25% + 2% Bonus
- 2013 : 6.0% + 2.0% Bonus
- 2012 : 6.5% + 1.5% Bonus
- 2011 : 6.0%
- 2010 : 5.5%
- 2009 : 5.0%
- 2008 : 5.0%
- 2007 : 5.0% + 2.0% Bonus
- 2006 : 4.75%
- 2005 : 4.5%
- 2004 : 4.3%
- 2003 : 4.0%
- 2002 : 3.5%
- 2001 : 3.25%
- 2000 : 5.5%
- 1999 : 8.0%
- 1998 : 8.0%
- 1997 : 9.5%
- 1996 : 9.5%
- 1995 : 9.5%
- 1994 : 9.5%
Soalan Lazim (FAQ)
3.25%
Mulai pukul 12 tengah hari, 23 Mac 2024 (AHAD)
Menerusi platform THiJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat dan saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic.
TH mengguna pakai kadar 2.57% mengambil kira perbezaan bilangan hari dalam setahun di antara kalendar Qamari dan kalendar Mashi sebagaimana saranan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah TH.
Lihat Juga