Sekiranya anda adalah pemilik Akaun Tabung Haji berstatus tidak aktif (dorman), anda mungkin menghadapi kesukaran untuk melakukan sebarang transaksi seperti menyimpan atau mengeluarkan wang.
Akaun anda telah diklasifikasikan sebagai dorman kerana tiada aktiviti dalam tempoh tujuh tahun berturut-turut. Keadaan ini boleh menyulitkan urusan kewangan, terutamanya jika anda ingin menggunakan simpanan untuk tujuan tertentu.
Pun begitu, anda tidak perlu risau kerana wang dalam akaun dorman masih selamat dan tidak akan hilang.
Ada prosedur tertentu yang anda perlu lakukan untuk mengaktifkan semula akaun tabung haji yang berstatus dorman.
Artikel ini akan menerangkan secara terperinci tentang apa itu akaun dorman, bagaimana cara untuk mengaktifkan semula akaun Tabung Haji yang tidak aktif, serta langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan akaun menjadi dorman di masa hadapan. Pastikan anda mengikuti panduan ini untuk memastikan urusan simpanan dan pengeluaran wang anda berjalan lancar.
Lihat Juga: TH Khairat (Tabung Haji): Cara Daftar, Jumlah & Cara Tuntutan
Apa Itu Akaun Tabung Haji Tidak Aktif (Dorman)?
Akaun Tabung Haji (TH) akan dikategorikan sebagai akaun tidak aktif (dorman) jika tiada sebarang transaksi dalam tempoh tujuh (7) tahun berturut-turut.

Ini bermaksud anda tidak boleh melakukan:
- Simpanan ke dalam akaun
- Pengeluaran wang
- Pemindahan wang ke akaun lain
Namun, wang dalam akaun dorman masih selamat dan boleh dipindahkan ke akaun baharu.
Cara Semakan Status Akaun Tabung Haji (TH) Dorman atau Tidak
Jika anda tidak pasti sama ada akaun Tabung Haji anda masih aktif atau telah menjadi dorman, anda boleh membuat semakan dengan cara berikut:
- Hubungi TH Contact Centre (THCC) 03-6207 1919: Berikan maklumat peribadi seperti nombor akaun TH dan nombor MyKad untuk pengesahan.
- Kunjungi Cawangan Tabung Haji: Pergi ke mana-mana cawangan Tabung Haji berhampiran. Bawa MyKad dan dokumen sokongan jika diperlukan.
- Semakan Melalui THiJARI (Jika Akaun Masih Aktif): 🌐 Layari: www.thijari.com.my, Log masuk menggunakan ID pengguna. Semak status akaun dalam bahagian penyata simpanan.
- Semakan Melalui Perbankan Internet: Jika akaun TH anda dihubungkan dengan Bank Islam, Maybank, Bank Rakyat, atau CIMB Islamic, anda boleh menyemak status akaun melalui portal perbankan masing-masing.
Cara Aktifkan Akaun Tabung Haji Berstatus Dorman

Jika akaun TH anda telah menjadi dorman, jangan risau! Ikuti langkah mudah berikut untuk mengaktifkannya semula:
1. Hadir ke Cawangan Tabung Haji
Anda perlu pergi ke mana-mana cawangan Tabung Haji (TH) berhampiran untuk mengaktifkan akaun. Pastikan anda datang pada waktu operasi bagi mengelakkan kesesakan.
2. Bawa Kad Pengenalan (MyKad)
Jangan lupa untuk membawa MyKad kerana pegawai TH akan menggunakannya bagi tujuan pengesahan identiti.
3. Buka Akaun TH Baharu
- Pegawai TH akan membantu anda untuk membuka akaun baharu.
- Akaun lama yang dorman akan ditutup secara automatik.
4. Pemindahan Wang Simpanan
- Semua wang dalam akaun dorman akan dipindahkan ke akaun baharu selepas proses pengaktifan selesai.
- Tiada caj dikenakan untuk pemindahan wang ini.
Bagaimana Untuk Akaun Kekal Aktif?

Akaun Tabung Haji (TH) boleh diklasifikasikan sebagai tidak aktif (dorman) jika tiada transaksi selama lebih 7 tahun berturut-turut. Untuk memastikan akaun kekal aktif, lakukan sekurang-kurangnya satu transaksi dalam tempoh tersebut.
Berikut adalah cara untuk mengekalkan status aktif akaun TH:
- Simpanan atau Pengeluaran – Lakukan deposit atau pengeluaran di kaunter TH, ATM/CDM, atau perbankan internet.
- Daftar Haji – Pastikan akaun anda kekal aktif dengan pendaftaran haji secara rasmi.
- Daftar Hibah Amanah – Mendaftarkan akaun bagi hibah amanah boleh membantu mengelakkan akaun menjadi dorman.
- Simpanan Bulanan (Potongan Gaji) – Tetapkan pemotongan gaji automatik ke akaun TH.
- Arahkan Simpanan Tetap (THiJARI) – Gunakan platform THiJARI untuk menetapkan arahan tetap simpanan berkala.
Transaksi boleh dilakukan melalui:
- Kaunter TH – Cawangan dabkaunter bergerak TH.
- ATM/CDM & Uniteller – Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB Islamic.
- Perbankan Internet – Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank, CIMB Islamic, Ambank, JomPAY.
Untuk Dapat Dividen Tabung Haji, Akaun TH Kena Aktif
Tabung Haji (TH) mengagihkan dividen atau keuntungan tahunan kepada pendeposit yang memenuhi syarat kelayakan.

Salah satu syarat utama ialah akaun TH mesti berstatus aktif pada 31 Disember dan kekal aktif sehingga tarikh pengkreditan dividen dilakukan.
Jika akaun anda tidak aktif atau dorman, anda berisiko terlepas daripada menerima dividen TH walaupun mempunyai simpanan dalam akaun.
Kenapa Akaun TH Mesti Aktif untuk Dapat Dividen?
Agihan Keuntungan atau Dividen Tabung Haji hanya dikreditkan ke akaun yang masih aktif dalam sistem Tabung Haji.
Jika akaun telah menjadi dorman akibat tiada transaksi selama lebih 7 tahun, sistem tidak dapat menyalurkan keuntungan tersebut kepada pemilik akaun. Oleh itu, memastikan akaun aktif sebelum tarikh akhir kelayakan adalah sangat penting.
Maklumat Lanjut
Berikut adalah maklumat media sosial dan perhubungan rasmi Lembaga Tabung Haji (TH):
- Facebook: Lembaga Tabung Haji
- Instagram: @lembagatabunghaji
- Twitter / X: @Tabung_Haji
- YouTube: Lembaga Tabung Haji
- Laman Web: www.tabunghaji.gov.my
- Telefon: +603-6207 1919
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi TH Contact Centre (THCC) di talian yang disediakan atau layari laman web rasmi TH.
Soalan Lazim (FAQ) Akaun Tabung Haji Tidak Aktif (Dorman)
Akaun Tabung Haji akan dikategorikan sebagai tidak aktif (dorman) jika tiada sebarang transaksi simpanan atau pengeluaran dalam tempoh lebih 7 tahun berturut-turut.
Anda boleh menyemak status akaun melalui:
📞 Hubungi TH Contact Centre (THCC): 03-6207 1919
🌐 Layari THiJARI: www.thijari.com.my
🏢 Kunjungi cawangan Tabung Haji terdekat
Tidak, akaun dorman tidak layak menerima keuntungan. Akaun mesti aktif pada 31 Disember setiap tahun untuk melayakkan penerimaan agihan.
Hanya pemilik akaun boleh menutup dan membuka akaun baharu. Waris boleh mengeluarkan wang bagi pendeposit uzur mengikut prosedur TH. Hubungi THCC atau email [email protected] untuk maklumat lanjut.
Baki dalam akaun baharu adalah jumlah yang dipindahkan dari akaun lama yang ditutup. Anda boleh menyemak penyata akaun terkini di THiJARI untuk memastikan pemindahan telah dilakukan.
Tidak. Akaun yang telah digunakan untuk pendaftaran haji akan kekal aktif walaupun tiada transaksi selama lebih 7 tahun.
Akaun dorman tidak boleh diaktifkan semula. Pendeposit perlu menutup akaun lama dan membuka akaun baharu. Caj perkhidmatan sebanyak RM5.00 dikenakan bagi proses penutupan akaun.
Untuk mengekalkan akaun aktif, lakukan sekurang-kurangnya satu transaksi dalam tempoh 7 tahun, seperti:
1) Menambah simpanan ke akaun TH
2) Membuat pengeluaran wang
3) Melakukan pemindahan wang melalui perbankan internet atau THiJARI
Untuk maklumat lanjut, hubungi THCC di 03-6207 1919 atau layari www.tabunghaji.gov.my.
Lihat juga artikel