HomeUcapanSelamat Hari Ibu: Koleksi Ucapan dan Poster Hari Ibu 2025

Selamat Hari Ibu: Koleksi Ucapan dan Poster Hari Ibu 2025

Bersempena sambutan Hari Ibu pada tahun ini, mungkin ramai dalam kalangan kita yang ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Ibu sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kepada ibu, mama, ummi, emak, mek atau sebagainya.

Ucapan ini boleh ditujukan juga kepada diri sendiri mahupun kepada wanita-wanita lain di luar sana yang bergelar ibu sebagai satu penghargaan dan memeriahkan suasana bersempena sambutan Hari Ibu tahun ini.

Sama ada di Facebook, TikTok, Instagram, WhatsApps atau media sosial yang lain, jom kita meriahkan sambutan Hari Ibu tahun ini.

Lihat Juga: Hadiah Hari Ibu 2025: Contoh Pemberian Terbaik & Penuh Makna

Tarikh Hari Ibu 2025

Hari Ibu disambut pada hari Ahad kedua bulan Mei setiap tahun.

Pada tahun ini, sambutan Hari Ibu jatuh pada 11hb Mei 2024 (AHAD) sehari sebelum sambutan Hari Jururawat 2025 (ISNIN).

Dalam sebuah hadis daripada koleksi Imam Bukhari, telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. pernah ditanya akan individu yang paling berhak ditujukan amal bakti. Rasulullah s.a.w lantas menjawab “Ibu!” sebanyak tiga kali, dan jawapan keempat, baru disebut “Ayah!”

Hadith ini jelas mengiktiraf pengorbanan seorang insan bergelar ibu terhadap anak-anaknya, bermula daripada penjagaan anak-anak di dalam rahimnya sehinggalah mereka remaja belia.

Seorang ibu memainkan peranan penting dalam memastikan suami dan anak-anaknya beroleh kesejahteraan dalam kehidupan berkeluarga. Ini termasuk memastikan penerapan nilai dan akhlak mulia, keseimbangan pemakanan, serta kesihatan mental dan jasmani ahli keluarganya.

Apa Makna Disebalik Tema & Logo Hari Ibu 2025?

Tema dan Logo Hari Ibu 2025

Setiap tahun, terdapat satu tema dan yang dipilih bersempena Hari Ibu Peringkat Kebangsaan. Sambutan Hari Ibu yang diraikan saban tahun ini merupakan satu pengiktirafan untuk kaum ibu di Malaysia. 

Tema rasmi Hari Ibu 2025 iaitu “Sentuhan KASIH Ibu” bukan sekadar slogan, malah mengangkat makna yang cukup mendalam terhadap peranan seorang ibu dalam membentuk keluarga yang sejahtera.

Makna Tema: “Sentuhan KASIH Ibu”

Sentuhan seorang ibu tidak hanya hadir melalui belaian fizikal, tetapi turut terpancar melalui kelembutan hati, ketulusan jiwa, dan kekuatan emosi. Kasih ibu menjadi asas utama dalam mencorak sahsiah anak-anak dan membentuk institusi keluarga yang harmoni dan penuh kasih sayang.

Simbolik Logo Hari Ibu 2025

Berikut adalah huraian setiap elemen dalam logo rasmi sambutan Hari Ibu 2025:

1. Warna Ungu

Melambangkan keanggunan, penghargaan dan kemuliaan seorang ibu. Warna ini memberikan kesan ketenangan dan kestabilan emosi kepada sesiapa yang melihatnya.

2. Warna Merah

Mewakili semangat kasih sayang, keberanian dan cinta tanpa syarat seorang ibu yang sanggup berkorban demi kebahagiaan anak-anak.

3. Huruf “B” menyerupai simbol hati

Direka khusus menyerupai bentuk hati sebagai lambang cinta abadi dan kasih sayang ibu yang tidak mengenal penat lelah atau batas waktu.

4. Ros mekar pada huruf “i”

Menjadi simbol penghormatan terhadap pengorbanan sepanjang hayat serta mewakili keindahan, kelembutan dan kekuatan seorang wanita bergelar ibu.

Tema Hari Ibu sebelum ini;

2024Terima KASIH Ibu
2023Ibu Suri Hatiku
2022Kasih Ibu Selamanya
2021Ibu Pelindung, Ibu Dilindungi
2020Prihatin Keluarga Hargai Ibu

Sambutan Hari Ibu 2025 Peringkat Kebangsaan

Tarikh: 11 Mei 2025 (Ahad)
Tempat: Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah
Tema: Sentuhan Kasih Ibu

Raikan ibu tersayang di Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025 yang akan berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama LPPKN.

Acara ini turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa artis tempatan seperti Bella Astillah dan Rich Gimbang, serta barisan panel dalam Forum Inspire & Empower.

Sambutan Hari Ibu 2025 Peringkat Kebangsaan

Aktiviti Menarik Sepanjang Program:

  • Forum Inspire & Empower (9.00 pagi – 11.00 pagi)
  • Pakej Sayang Ibu: Saringan kesihatan wanita, urutan wanita, penjagaan diri, dan sesi make over
  • Klinik Nur Sejahtera dan Lensa Kasih Ibu
  • Pameran dan aktiviti interaktif
  • Cabutan bertuah
  • Pertandingan mewarna kanak-kanak
  • Pertandingan peragaan ibu dan anak
  • Sudut kreativiti dan seni (Craft & Art Station)
  • Persembahan artis jemputan, balloon twisting, face painting, cotton candy
  • Booth penjagaan diri, barista, pencuci mulut dan banyak lagi

Masuk adalah percuma dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga untuk meraikan pengorbanan insan bergelar ibu dalam suasana penuh kasih sayang dan penghargaan.

Koleksi dan Contoh Ucapan Hari Ibu 2025

Sama ada ditujukan kepada ibu kandung, ibu mertua, isteri, diri sendiri atau sahabat wanita yang bergelar ibu — berikut adalah koleksi ucapan yang menyentuh hati sempena Hari Ibu.

Ucapan Hari Ibu dalam Islam

  1. Selamat Hari Ibu buat wanita hebat yang Allah anugerahkan sebagai sumber kasih sayang, doa dan kekuatan. Semoga Allah terus merahmati ibu di dunia dan akhirat.
  2. Ibu, syurgaku terletak di telapak kakimu. Tiada kata yang mampu menggantikan segala jasamu. Semoga Allah membalas setiap pengorbananmu dengan pahala yang tidak terhitung.
  3. Wahai ibuku, engkaulah pintu rahmat bagiku. Doamu adalah penguat langkahku. Semoga setiap senyummu menjadi asbab Allah mengurniakan syurga buatmu.
  4. Ibu adalah amanah teragung yang Allah titipkan dalam hidup kita. Marilah kita hargai, doakan dan bahagiakan ibu selagi hayat masih ada.
  5. Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku, sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku semasa kecil. Selamat Hari Ibu untuk wanita yang menjadi asbab hadirnya aku di dunia ini.
  6. Kepada semua ibu, semoga setiap titisan peluh dan air mata dalam mendidik anak-anak menjadi asbab keampunan dan syurga dari Allah SWT.
  7. Selamat Hari Ibu kepada wanita solehah yang tidak pernah putus doa, sabar dalam ujian, dan tabah memikul amanah. Moga Allah pelihara kesihatan, usia dan imanmu.

Ucapan Penuh Penghargaan dan Pengorbanan

  • Kehebatan seorang ibu adalah dia boleh menjadi segalanya demi keluarga dalam satu masa. Tahniah Ibu!
  • Terima kasih ibu, atas segala pengorbananmu. #SelamatHariIbu
  • Di Hari Ibu ini, izinkan daku mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada ibu tersayang.
  • Kepada ibu tersayang, terima kasih kerana mengajarku erti sebenar kasih sayang. Selamat Hari Ibu!
  • Kepada ibu tersayang, terima kasih atas segala pengorbananmu.
  • Terima kasih ibu, kerana menyinari hidupku dengan kasih sayangmu.
  • Terima kasih, ibu, kerana menjadi penyokong setia dalam setiap langkah hidupku.
  • Terima kasih, ibu, atas kasih sayangmu yang tak pernah pudar. #SelamatHariIbu
  • Kepada ibu terbaik di dunia, selamat hari yang istimewa untukmu. Terima kasih atas segala-galanya.

Bertemakan Doa dan Harapan

  • Buat wanita yang kuat bergelar ibu, semoga Allah memberkati kita semua dan terus kuat menjalankan tanggungjawab mengurus keluarga ke jalan yang diredhai Allah.
  • Kepada ibu tersayang, semoga hari ini penuh dengan kebahagiaan dan cinta. #SelamatHariIbu
  • Kepada ibu tersayang, semoga cinta dan kebahagiaan sentiasa menyertaimu. Selamat Hari Ibu!
  • Di Hari Ibu ini, mari kita hargai wanita yang penuh cinta dan pengorbanan.
  • Di Hari Ibu ini, mari kita hargai kehadiran wanita yang penuh kelembutan dalam hidup kita.
  • Kepada ibu tercinta, semoga hari ini penuh dengan kebahagiaan dan cinta. #terimaKASIHibu
  • Di Hari Ibu ini, mari kita hargai wanita yang penuh dengan kelembutan dan kasih sayang.
  • Di Hari Ibu ini, mari kita hargai wanita yang mengajar kita arti sebenar kasih sayang.

Penuh Emosi dan Simbolik

  • Ibu, engkaulah cahaya dalam kegelapan, kasih dalam ketidaktahuan. Selamat Hari Ibu!
  • Ibu, engkau adalah inspirasiku. Terima kasih kerana segala-galanya. #SelamatHariIbu
  • Ibu, engkaulah yang selalu memberikan kekuatan pada diriku. I Love U Ibu!
  • Ibu, engkau adalah harapan dan inspirasi kami. #SelamatHariIbu
  • Ibu, engkaulah ratu dalam hati kami. Selamat Hari Ibu yang penuh kasih!
  • Ibu, engkau adalah teladan sejati bagi diriku. Selamat Hari Ibu!
  • Kasih ibu sepanjang masa. Selamat Hari Ibu kepada wanita yang penuh kasih sayang.
  • Ibu, engkau adalah sumber kekuatan dalam hidupku. Terima KASIH Ibuku!
  • Ibu, engkau adalah bunga yang mekar dalam taman hidupku. #SelamatHariIbu
  • Ibu, engkau adalah sumber kebahagiaan sejati. Terima Kasih Ibu!
  • Ibu, engkau adalah tempat kembali yang selalu kami rindui.
  • Kasih ibu kepada anaknya bagaikan cahaya yang menerangi gelapnya malam. Selamat Hari Ibu!
  • Ibu, engkau adalah pelita dalam kegelapan, kekuatan dalam kelemahan. #SelamatHariIbu
  • Ibu, engkau adalah bintang dalam langit kehidupan saya. #SelamatHariIbu
  • Ibu, engkau adalah pemberi semangat dalam setiap cabaran. #SayaSayangIbu
  • Kasih ibu kepada anaknya tiada tandingan. Selamat Hari Ibu yang penuh kasih sayang!
  • Ibu, engkau adalah permata berharga dalam hidup kami. #SelamatHariIbu
  • Ibu, engkau adalah sinar harapan dalam kegelapan.
  • Ibu, engkau adalah pelita dalam gelap, sahabat dalam kesendirian.
  • Kasih ibu kepada anaknya abadi selamanya. Selamat Hari Ibu yang penuh kebaikan!
  • Ibu, engkau adalah tempat berlindung dari badai dalam hidupku. #SelamatHariIbu
  • Ibu, engkau adalah pahlawan sejati dalam hidup saya. I Love You Ibu.

Ucapan Ringkas Tetapi Bermakna

  • Selamat Hari Ibu kepada wanita hebat yang menjadi teladan dan penyokong dalam hidup saya.
  • Sebagai seorang ibu, engkau adalah pahlawan sejati. #SelamatHariIbu
  • Selamat Hari Ibu kepada wanita yang memberikan kasih sayang tanpa syarat.
  • Kepada wanitaku yang penuh pengorbanan, terima kasih ibu. #SelamatHariIbu
  • Kepada wanita yang selalu mengasihi tanpa syarat, Selamat Hari Ibu!

Hashtag Hari Ibu

Berikut adalah beberapa cadangan tanda pagar # yang anda boleh gunakan bersempena Hari Ibu pada tahun ini;

  • #SelamatHariIbu
  • #HariIbu2025
  • #SentuhanKasihIbu
  • #HariIbu
  • #HIK2025
  • #SayaSayangIbu
  • #happymothersday
  • #happymothersday2025 
  • #ILoveUMoms

Contoh Poster Hari Ibu

Poster ini anda boleh gunakan atau edit bagi menghantar ucapan kepada ibu-ibu diluar sana atau boleh dijadikan panduan sekiranya ingin menciptanya sendiri.

Poster Selamat Hari Ibu 2025 (Sentuhan Kasih Ibu)
Poster Selamat Hari Ibu PMO Malaysia
Poster Hari Ibu
Terima Kasih Ibu
Happy Mother's Day
Poster Happy Mother's Day
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments