HomeHari SambutanHari Jururawat 2025: Tarikh, Tema & Sambutan di Malaysia

Hari Jururawat 2025: Tarikh, Tema & Sambutan di Malaysia

Setiap 12 Mei, kita menyambut Hari Jururawat Sedunia atau International Nurses Day sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi luar biasa para jururawat yang menjadi nadi kepada sistem kesihatan negara. 

Mereka bukan sekadar pembantu kepada doktor, malah merupakan barisan hadapan yang berjuang tanpa henti, mengorbankan masa, tenaga dan emosi demi menjaga kesihatan rakyat. 

Di sebalik senyuman mereka terselit keletihan, namun komitmen mereka kekal utuh. Sambutan ini bukan sekadar simbolik, tetapi satu seruan untuk kita semua mengiktiraf jasa mereka dan menyuntik semangat baharu kepada semua jururawat agar terus memberikan khidmat terbaik kepada Malaysia.

Semoga sambutan Hari Jururawat ini menjadi pemangkin semangat pada jururawat untuk memberikan khidmat bakti yang terbaik buat rakyat Malaysia khususnya.

Lihat Juga: Selamat Hari Jururawat 2025: Ucapan & Poster Nurses Day

Tarikh dan Tujuan Sambutan

Acara tahunan dan sambutan Hari Jururawat disambut pada setiap 12 Mei.

Tahun ini, ia jatuh pada hari Isnin 12 Mei 2025 iaitu sehari selepas sambutan Hari Ibu Sedunia 2025

Hari Jururawat Sedunia dianjurkan bagi mengiktiraf dan memberikan penghormatan kepada para jururawat di seluruh dunia yang telah menabur jasa melalui penjagaan dan perkhidmatan berkualiti kepada pesakit. 

Sambutan ini juga memperingati Florence Nightingale, tokoh pengasas kejururawatan moden, bersempena hari kelahiran beliau pada 12 Mei.

Tema Hari Jururawat 2025

Setiap tahun, akan ada satu tema khusus bersempena sambutan ini.

Untuk tahun 2025, tema yang dipilih ialah:

“Our Nurses. Our Future. Caring for nurses strengthens economies”

Tema ini memberi penekanan kepada kepentingan kesejahteraan dan kesihatan jururawat, serta bagaimana pelaburan terhadap jururawat secara langsung mengukuhkan ekonomi dan memperbaiki sistem kesihatan.

Tema ini diselaraskan oleh laman International Council of Nurses  yang  mempunyai keahlian lebih daripada 130 negara di seluruh dunia.

Berikut ialah senarai tema Hari Jururawat Sedunia dari tahun 2024 hingga 2010:

  • 2024 – Our Nurses. Our Future. The Economic Power of Care
  • 2023 – Our Nurses. Our Future.
  • 2022 – Nurses: Make a Difference
  • 2021 – Nurses: A Voice to Lead – A Vision for Future Healthcare
  • 2020 – Nurses: A Voice to Lead – Nursing the World to Health
  • 2019 – Nurses: A Voice to Lead – Health for All
  • 2018 – Nurses: A Voice to Lead – Health is a Human Right
  • 2017 – Nurses: A Voice to Lead – Achieving the Sustainable Development Goals
  • 2016 – Nurses: A Force for Change – Improving Health Systems’ Resilience
  • 2015 – Nurses: A Force for Change – Care Effective, Cost Effective
  • 2014 – Nurses: A Force for Change – A Vital Resource for Health
  • 2013 – Closing the Gap: Millennium Development Goals
  • 2012 – Closing the Gap: From Evidence to Action
  • 2011 – Closing the Gap: Increasing Access and Equity
  • 2010 – Delivering Quality, Serving Communities: Nurses Leading Chronic Care

Aktiviti dan Sambutan

Di Malaysia, sambutan ini dilakukan di peringkat hospital atau pusat kesihatan masing-masing sebagai penghargaan terhadap peranan dan tugas jururawat terhadap masyarakat.

Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti:

  • Program Derma Darah
  • Seminar Kejururawatan
  • Aktiviti senaman seperti zumba
  • Sesi ceramah
  • Persembahan dalam kalangan jururawat
  • Jamuan
  • Dan sebagainya.

Sekiranya anda mengenali jururawat secara peribadi mungkin dalam kalangan keluarga anda sendiri atau dalam kalangan rakan anda, atau mungkin anda tinggal berjiran dengan seorang beberapa cadangan berikut boleh anda pertimbangkan sebagai satu penghargaan di atas tugas mereka sebagai jururawat.

  • Pemberian hadiah seperti bunga atau kek atau yang bersesuian
  • Jamuan makan 
  • Ucapan dalam bentuk kad ataupun melalui saluran sosial media seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan sebagainya.

[LIVE] Sambutan oleh Persatuan Jururawat Malaysia

Fb live sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Jururawat Peringkat Antarabangsa 2025 boleh ditonton di

Poster & Bahan Rasmi Hari Jururawat 2025 (IND)

Sebagai sebahagian daripada kempen global International Nurses Day (IND) 2025, pihak International Council of Nurses (ICN) telah menyediakan pelbagai bahan rasmi untuk digunakan oleh organisasi kesihatan, hospital dan masyarakat awam. 

Bahan-bahan ini termasuk logo, poster rasmi, dan banner media sosial dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Perancis, Sepanyol, Jepun, Cina Tradisional dan Turki.

Antara bahan yang boleh dimuat turun secara percuma ialah:

  • Poster Hari Jururawat 2025 (format A3 dan A4)
  • Logo rasmi dalam pelbagai versi
  • Banner media sosial untuk X (Twitter), Facebook dan LinkedIn
  • Laporan lengkap IND 2025 dan kajian Presiden NNA

Semua bahan ini boleh diperoleh terus melalui laman rasmi ICN di pautan berikut:

Isu Semasa Jururawat Berdasarkan Laporan IND 2025

Berdasarkan laporan rasmi International Nurses Day 2025 yang diterbitkan oleh International Council of Nurses (ICN), dunia kini sedang berhadapan dengan krisis tenaga kerja kejururawatan yang semakin meruncing. 

Laporan ini mendedahkan bahawa kekurangan jururawat global dianggarkan sebanyak 5.9 juta orang, dan dijangka memerlukan lebih 30 juta jururawat baharu untuk memenuhi keperluan kesihatan sejagat menjelang 2030.

Situasi ini semakin memburuk apabila hampir 61.7% jururawat melaporkan peningkatan beban kerja sejak 2021, manakala 48.4% negara menyaksikan peningkatan ketara jururawat meninggalkan profesion. 

Tambahan pula, lebih 86% jururawat pernah mengalami keganasan di tempat kerja, sama ada daripada pesakit, orang awam atau rakan sekerja sendiri,  faktor yang menyumbang kepada tekanan mental, keletihan emosi dan budaya organisasi yang toksik.

Lebih membimbangkan, laporan OECD turut menyatakan bahawa minat golongan muda untuk menyertai profesion kejururawatan telah merosot di hampir separuh negara OECD sejak 2018, manakala lebih 60% jururawat kini berada dalam tekanan kerja sederhana hingga melampau,  dua kali ganda lebih tinggi berbanding purata pekerjaan lain. 

Fenomena ini mendedahkan betapa seriusnya isu burnout, disillusionment, dan tekanan mental dalam kalangan jururawat.

Anda boleh gunakan contoh ucapan dan poster di bawah sebagai panduan;

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments