Panduan dan Idea Pemberian Hadiah Hari Ibu 2025
Hari Ibu yang bakal disambut pada 11 Mei 2025 merupakan saat yang dinanti untuk kita menzahirkan penghargaan dan kasih sayang terhadap insan paling berjasa dalam hidup ibu.
Memberi hadiah sempena Hari Ibu bukan semata-mata tentang nilai harga, tetapi nilai emosi dan simbolik yang mampu menyentuh hati.
Ia adalah satu bentuk penghargaan yang menunjukkan bahawa setiap penat lelah, doa, dan kasih ibu tidak dilupakan.
Menurut satu tinjauan pengguna, hadiah yang bersifat peribadi dan bermakna lebih dihargai berbanding pemberian mewah tanpa sentuhan emosi.
Oleh itu, pemilihan hadiah yang tepat boleh menjadi pemula kepada detik penuh bahagia dan kenangan manis yang kekal sepanjang hayat.
Lihat Juga: Hari Ibu Sedunia 2025: Tarikh, Tema & Sambutan di Malaysia
Tips Memilih Hadiah Hari Ibu yang Tepat

Memilih hadiah untuk ibu bukan sekadar membeli apa yang nampak cantik atau mahal, tetapi harus disesuaikan dengan keperibadian, keperluan dan citarasa ibu sendiri.
Berikut ialah beberapa panduan berguna sebelum anda memilih hadiah terbaik sempena Hari Ibu 2025:
1. Kenali Minat dan Hobi Ibu
Jika ibu suka memasak, hadiahkan perkakas dapur pintar. Jika gemar membaca, mungkin Al-Quran tafsir atau buku motivasi sesuai. Pilih hadiah berdasarkan apa yang menggembirakan hatinya.
2. Pilih Hadiah Mengikut Keperluan Semasa
Contohnya, ibu yang semakin berusia mungkin menghargai hadiah seperti tilam ortopedik, jam tangan kesihatan atau vitamin tambahan. Hadiah begini memberi manfaat jangka panjang dan menunjukkan keprihatinan.
3. Utamakan Sentuhan Peribadi
Hadiah DIY seperti surat tulisan tangan, video ucapan atau kek buatan sendiri sering kali lebih bermakna kerana mencerminkan usaha dan kasih sayang yang tulus.
4.Tentukan Bajet yang Sesuai
Tiada hadiah yang terlalu kecil jika diberi dengan ikhlas. Tetapkan bajet dan pilih hadiah yang terbaik dalam julat tersebut, yang penting niat untuk membahagiakan ibu.
5. Rancang Awal, Elak Membeli Saat Akhir
Perancangan awal membolehkan anda mencari hadiah terbaik, lebih kreatif dan mengelakkan tekanan membeli secara tergesa-gesa yang akhirnya mungkin kurang bermakna.
Senarai Hadiah Hari Ibu Terbaik 2025

Berikut merupakan senarai idea hadiah yang sesuai untuk meraikan Hari Ibu 2025, merangkumi pelbagai bajet dan gaya, daripada hadiah sentimental hingga praktikal:
- Album gambar kenangan keluarga dengan reka bentuk custom
- Kek buatan sendiri dengan hiasan ringkas tapi bermakna
- Tudung
- Jubah
- Set alat memasak
- Air fryer (contoh PHILIPS Airfryer 3.2L 1000 Series NA110/09)
- Al-Quran digital atau tafsir dengan audio bacaan
- Smartwatch untuk pantau kesihatan harian
- Tiket percutian pendek (contoh: Langkawi atau Redang)
- Bantal atau tilam ortopedik untuk tidur lebih selesa
- Minyak wangi
- Speaker mini dengan zikir automatik
- Tas tangan
- Set penjagaan kulit (skincare) bersesuaian dengan umur
- Tumbler atau botol air custom dengan nama ibu
- Supplement kesihatan (kalsium, vitamin D, kolagen)
- Buku motivasi atau novel Islamik pilihan
- Hiasan dekorasi rumah seperti diffuser atau lampu aroma
- Bunga segar dalam pasu kecil
- Magnet peti sejuk bertulis “Ibu Terbaik Dunia”
- Gubahan tuala berbentuk bunga
- Sapu tangan sulaman nama
- Set lilin aroma terapi
- Bekas makanan bertingkat (lunch box cantik)
- Bekas kaca simpan biskut homemade
- Sarung bantal rekaan khas “Love You Mak”
- Fridge note pad untuk catatan dapur
- Mug bertulis “Mak Sentiasa Di Hati”
- Tanaman mini (kaktus/succulent)
- Gelang manik buatan tangan
Apa Yang Perlu Dielakkan Bila Pilih Hadiah Hari Ibu?
Walaupun niat memberi hadiah adalah baik, namun ada beberapa perkara yang patut dielakkan supaya hadiah yang diberi tidak menyinggung perasaan atau kurang sesuai:
1. Hadiah Tidak Relevan dengan Minat atau Umur Ibu
Contohnya, aksesori remaja atau produk yang ibu sendiri tidak pernah guna. Ini boleh menampakkan kurangnya keprihatinan.
2. Hadiah Berbau Sindiran
Elakkan beri produk kuruskan badan, krim anti-penuaan atau barangan berkaitan kesihatan tanpa keperluan. Ia boleh disalah tafsir sebagai sindiran.
3. Beli Last Minute Tanpa Fikir
Hadiah yang dibeli tergesa-gesa biasanya tiada nilai emosi dan kurang bermakna.
4. Hadiah Terlalu Umum dan Tiada Sentuhan Peribadi
Contohnya, sabun mandi yang dibeli di rak diskaun tanpa pembungkusan khas atau mesej peribadi.
5. Pilih Hadiah Semata-mata Kerana Trend
Apa yang popular tidak semestinya sesuai untuk ibu anda. Fokus kepada kesesuaian, bukan fesyen.
6. Berbelanja Melebihi Kemampuan
Hadiah yang bermakna tidak perlu mahal. Jangan sampai tertekan kewangan hanya kerana ingin menunjuk.
7. Lupa Kad atau Ucapan
Hadiah tanpa kata-kata atau ucapan ibarat kosong. Tambah nota atau ucapan ringkas agar lebih menyentuh hati. Boleh rujuk beberapa contoh ucapan Hari Ibu ini