Bersempena sambutan Hari Jururawat pada tahun ini, mungkin ramai dalam kalangan kita yang ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Jururawat sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kepada mana-mana Jururawat atau Misi yang kita kenali.
Ucapan ini boleh ditujukan juga kepada diri sendiri mahupun kepada jururawat di luar sana yang banyak menabur bakti dalam membantu sistem kesihatan negara kita.
Sama ada di Facebook, TikTok, Instagram, WhatsApps atau media sosial yang lain, jom kita meriahkan sambutan Hari Jururawat pada tahun ini.
Lihat Juga: Tema Hari Guru 2025: “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”
Tarikh dan Tema Hari Jururawat 2025
Acara tahunan dan sambutan Hari Jururawat disambut pada setiap 12 Mei.
Tahun ini, ia jatuh pada hari Isnin 12 Mei 2025 iaitu sehari selepas sambutan Hari Ibu Sedunia 2025 dan sama hari dengan Hari Wesak 2025.
Hari Jururawat Sedunia dianjurkan bagi mengiktiraf dan memberikan penghormatan kepada para jururawat di seluruh dunia yang telah menabur jasa melalui penjagaan dan perkhidmatan berkualiti kepada pesakit.
Sambutan ini juga memperingati Florence Nightingale, tokoh pengasas kejururawatan moden, bersempena hari kelahiran beliau pada 12 Mei.
Tema 2025
Setiap tahun, sambutan Hari Jururawat Sedunia diraikan dengan tema khas yang membawa mesej penting mengenai profesion kejururawatan di peringkat global.
Tema Hari Jururawat bagi tahun 2025:
“Our Nurses. Our Future. Caring for nurses strengthens economies”
Tema ini memberi penekanan kepada keperluan menjaga kesejahteraan dan kesihatan jururawat. Ia menyeru agar pelaburan terhadap jururawat diberikan keutamaan kerana ia bukan sahaja meningkatkan keberkesanan sistem kesihatan, malah turut mengukuhkan ekonomi negara secara menyeluruh.
Pemilihan tema ini diselaraskan oleh International Council of Nurses (ICN), sebuah badan antarabangsa yang dianggotai lebih 130 negara termasuk Malaysia.
Senarai Tema Hari Jururawat Sedunia (2010–2024)
2024 – Our Nurses. Our Future. The Economic Power of Care
2023 – Our Nurses. Our Future.
2022 – Nurses: Make a Difference
2021 – Nurses: A Voice to Lead – A Vision for Future Healthcare
2020 – Nurses: A Voice to Lead – Nursing the World to Health
2019 – Nurses: A Voice to Lead – Health for All
2018 – Nurses: A Voice to Lead – Health is a Human Right
2017 – Nurses: A Voice to Lead – Achieving the Sustainable Development Goals
2016 – Nurses: A Force for Change – Improving Health Systems’ Resilience
2015 – Nurses: A Force for Change – Care Effective, Cost Effective
2014 – Nurses: A Force for Change – A Vital Resource for Health
2013 – Closing the Gap: Millennium Development Goals
2012 – Closing the Gap: From Evidence to Action
2011 – Closing the Gap: Increasing Access and Equity
2010 – Delivering Quality, Serving Communities: Nurses Leading Chronic Care
Contoh Ucapan
- Selamat Hari Jururawat kepada para jururawat hebat yang sentiasa peduli dan berdedikasi.
- Terima kasih kepada semua jururawat yang menjaga kesihatan kami dengan penuh keikhlasan.
- Jururawat, engkau adalah pahlawan dalam dunia kesihatan. #SelamatHariJururawat
- Di Hari Jururawat ini, mari kita hargai jasa dan pengorbanan para jururawat.
- Terima kasih, jururawat, kerana keberanianmu dan dedikasimu dalam melindungi kesejahteraan masyarakat.
- Selamat Hari Jururawat kepada para penyelamat nyawa yang tak kenal lelah.
- Jururawat, engkau adalah cahaya dalam kegelapan, harapan dalam kesusahan. #SelamatHariJururawat
- Kepada para jururawat yang sentiasa berjuang demi kesihatan kita, terima kasih atas pengorbananmu.
- Dalam doa-doa kami, sentiasa ada tempat untukmu, para jururawat. #TerimaKasihJururawat
- Kepada semua jururawat yang bertugas siang malam tanpa mengira waktu, terima kasih atas segala sumbangan dan pengorbanan anda.
- Kepada jururawat yang penuh kesabaran dan kelembutan, terima kasih atas segala-galanya.
- Terima kasih, jururawat, kerana menjadi harapan bagi yang sakit dan lemah.
- Kepada para jururawat yang gigih dan bersemangat, terima kasih atas pengorbananmu.
- Kepada jururawat yang penuh dedikasi, semoga hari ini penuh dengan penghargaan dan cinta. Selamat Hari Jururawat!
- Di Hari Jururawat ini, mari kita hargai para jururawat yang menjaga keselamatan kita dengan penuh dedikasi.
- Terima kasih, jururawat, kerana menjadi penyelamat bagi yang memerlukan. #SelamatHariJururawat
- Jururawat, engkau adalah inspirasi bagi kami semua.
- Terima kasih, jururawat, kerana menjadi cahaya dalam kegelapan bagi pesakit.
- Kepada para jururawat yang penuh keberanian, semoga kebahagiaan menyertaimu.
- Jururawat, engkau adalah bintang dalam langit perubatan.
- Terima kasih jururawat, kerana memberikan harapan kepada yang putus asa.
- Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di luar sana! Terima kasih atas segala-galanya.
Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat yang hebat dan berdedikasi!
Cadangan Hashtag
Berikut adalah beberapa cadangan tanda pagar # yang anda boleh gunakan bersempena Hari Jururawat pada tahun ini;
- #HariJuruRawat
- #HariJuruRawat2025
- #SelamatHariJururawat
- #SayaSayangJururawat
- #nurse
- #nurseday
- #HappyNurseDay
Poster Hari Jururawat
Poster ini anda boleh gunakan atau edit bagi menghantar ucapan kepada jururawat diluar sana atau boleh dijadikan panduan sekiranya ingin menciptanya sendiri.







