HomeHari SambutanHari Ibu Sedunia 2025: Tarikh, Tema & Sambutan di Malaysia

Hari Ibu Sedunia 2025: Tarikh, Tema & Sambutan di Malaysia

Hari Ibu merupakan satu sambutan istimewa yang diraikan di seluruh dunia bagi menghargai jasa, pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu. 

Di Malaysia, sambutan ini bukan sekadar memberikan bunga atau hadiah, tetapi menjadi satu detik bermakna untuk memperingati peranan ibu dalam membentuk institusi keluarga dan masyarakat.

Setiap tahun, sambutan ini diraikan pada Ahad minggu kedua bulan Mei. Pelbagai pihak termasuk kerajaan, institusi pendidikan, organisasi komuniti serta individu mengambil peluang ini untuk menyatakan penghargaan terhadap ibu masing-masing.

Lihat Juga, Selamat Hari Ibu: Koleksi Ucapan, Poster dan Pantun

Sejarah Sambutan

Menurut laman Britannica.com, sambutan Hari Ibu moden bermula di Amerika Syarikat hasil usaha Anna Jarvis, seorang aktivis yang memperingati jasa ibunya dalam kerja-kerja kebajikan. 

Anna Jarvis
Anna Jarvis kredit https://www.britannica.com/topic/Mothers-Day

Pada 10 Mei 1908, beliau menganjurkan sambutan Hari Ibu pertama di West Virginia. Usahanya mendapat sambutan meluas dan akhirnya pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson mengisytiharkannya sebagai cuti kebangsaan, disambut pada Ahad minggu kedua bulan Mei.

Menariknya, walaupun Anna Jarvis memperjuangkan sambutan ini sebagai hari penghargaan, beliau kemudian menentang pengkomersialan Hari Ibu dan menghabiskan hidupnya menentang cara sambutan yang menurutnya telah lari daripada tujuan asal – iaitu menghormati, bukan menjual.

Kini, Hari Ibu diraikan di seluruh dunia termasuk Malaysia sebagai hari memperingati kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu, sama ada ibu kandung, ibu angkat, mahupun wanita yang berperanan sebagai ibu dalam kehidupan seseorang.

Tarikh Hari Ibu 2025 di Malaysia

Hari Ibu 2025 di Malaysia akan disambut pada Ahad, 11 Mei 2025 sehari sebelum sambutan Hari Jururawat 2025 (ISNIN).

Sama seperti kebanyakan negara lain, Malaysia meraikannya pada Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun. 

Walaupun tidak diisytiharkan sebagai cuti umum, sambutan ini tetap diraikan secara meluas sebagai hari untuk mengenang jasa dan pengorbanan ibu dalam membesarkan serta membentuk keluarga.

Sambutan Hari Ibu biasanya disertai dengan pelbagai aktiviti seperti pemberian ucapan, hadiah, bunga, majlis penghargaan di sekolah, dan juga kempen kesedaran di peringkat komuniti serta nasional.

Tema & Logo Hari Ibu 2025: “Sentuhan Kasih Ibu

Setiap tahun, terdapat satu tema dan yang dipilih bersempena Hari Ibu Peringkat Kebangsaan. Sambutan Hari Ibu yang diraikan saban tahun ini merupakan satu pengiktirafan untuk kaum ibu di Malaysia. 

Tema rasmi Hari Ibu 2025 iaitu “Sentuhan KASIH Ibu” bukan sekadar slogan, malah mengangkat makna yang cukup mendalam terhadap peranan seorang ibu dalam membentuk keluarga yang sejahtera.

Tema dan Logo Hari Ibu 2025

Makna Tema: “Sentuhan KASIH Ibu”

Sentuhan seorang ibu tidak hanya hadir melalui belaian fizikal, tetapi turut terpancar melalui kelembutan hati, ketulusan jiwa, dan kekuatan emosi. Kasih ibu menjadi asas utama dalam mencorak sahsiah anak-anak dan membentuk institusi keluarga yang harmoni dan penuh kasih sayang.

Simbolik Logo Hari Ibu 2025

Berikut adalah huraian setiap elemen dalam logo rasmi sambutan Hari Ibu 2025:

1. Warna Ungu

Melambangkan keanggunan, penghargaan dan kemuliaan seorang ibu. Warna ini memberikan kesan ketenangan dan kestabilan emosi kepada sesiapa yang melihatnya.

2. Warna Merah

Mewakili semangat kasih sayang, keberanian dan cinta tanpa syarat seorang ibu yang sanggup berkorban demi kebahagiaan anak-anak.

3. Huruf “B” menyerupai simbol hati

Direka khusus menyerupai bentuk hati sebagai lambang cinta abadi dan kasih sayang ibu yang tidak mengenal penat lelah atau batas waktu.

4. Ros mekar pada huruf “i”

Tema Hari Ibu sebelum ini;

2024Terima KASIH Ibu
2023Ibu Suri Hatiku
2022Kasih Ibu Selamanya
2021Ibu Pelindung, Ibu Dilindungi
2020Prihatin Keluarga Hargai Ibu

Sambutan Rasmi Hari Ibu 2025 di Malaysia

Tarikh: 11 Mei 2025 (Ahad)
Tempat: Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah
Tema: Sentuhan Kasih Ibu

Raikan ibu tersayang di Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025 yang akan berlangsung di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama LPPKN.

Acara ini turut dimeriahkan dengan penampilan istimewa artis tempatan seperti Bella Astillah dan Rich Gimbang, serta barisan panel dalam Forum Inspire & Empower.

Sambutan Hari Ibu 2025 Peringkat Kebangsaan

Aktiviti Menarik Sepanjang Program:

  • Forum Inspire & Empower (9.00 pagi – 11.00 pagi)
  • Pakej Sayang Ibu: Saringan kesihatan wanita, urutan wanita, penjagaan diri, dan sesi make over
  • Klinik Nur Sejahtera dan Lensa Kasih Ibu
  • Pameran dan aktiviti interaktif
  • Cabutan bertuah
  • Pertandingan mewarna kanak-kanak
  • Pertandingan peragaan ibu dan anak
  • Sudut kreativiti dan seni (Craft & Art Station)
  • Persembahan artis jemputan, balloon twisting, face painting, cotton candy
  • Booth penjagaan diri, barista, pencuci mulut dan banyak lagi

Masuk adalah percuma dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga untuk meraikan pengorbanan insan bergelar ibu dalam suasana penuh kasih sayang dan penghargaan.

Pertandingan Foto Momen Bersama Ibu

Pertandingan Foto Momen Bersama Ibu Sempena Hari Ibu 2025

Throwback kenangan manis bersama ibu sempena Sambutan Hari Ibu 2025.

Ada satu gambar lama yang selalu buat anda tersenyum atau menitiskan air mata?

Kongsikan momen itu dalam Pertandingan Foto Momen Bersama Ibu anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Syarat dan Maklumat Penyertaan:

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  • Setiap penyertaan mesti disertakan dengan caption yang dimulakan seperti berikut:
    • “Ini Ibu saya…” (jika dihantar oleh anak)
    • “Ini saya…” (jika dihantar oleh ibu sendiri)
  • Muat naik gambar di salah satu platform berikut: Facebook, Instagram atau TikTok.
  • Tag akaun rasmi LPPKN di media sosial berikut:
    • Facebook: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
    • Instagram: @lppkn
    • TikTok: @lppkn0
  • Gunakan hashtag rasmi: #fotomomenbersamaibu dan #sentuhankasihibu
  • Pastikan posting dibuat dalam mod paparan umum (public posting).
  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada 8 Mei 2025 (Khamis).
  • Pemenang akan dihubungi melalui akaun media sosial masing-masing.

Hadiah Penyertaan:

  • Tempat Pertama: RM300
  • Tempat Kedua: RM200
  • Tempat Ketiga: RM100
  • Semua penyertaan layak menerima sijil penyertaan

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

  • Urus Setia Pertandingan “Throwback” Hari Ibu 2025  Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
  • Emel: [email protected] 

Hukum Sambutan Hari Ibu dalam Islam

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menyambut Hari Ibu adalah dibenarkan dan tidak bercanggah dengan syarak. Ini kerana sambutan tersebut bukan perayaan keagamaan, sebaliknya amalan budaya bagi menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu.

Ia dilihat sebagai tanda kasih dan penghormatan. Islam memang menuntut agar umatnya berbuat baik kepada ibu bapa sepanjang masa, bukan hanya pada tarikh tertentu.

Pandangan Ulama

Ulama kontemporari membahagikan hukum sambutan ini kepada dua pandangan utama:

1. Haram, jika sambutan menyerupai syiar agama lain atau melibatkan unsur perayaan keagamaan bukan Islam.
2. Harus, jika sekadar menzahirkan kasih sayang, memberi hadiah atau ucapan penghargaan tanpa melibatkan unsur keagamaan.

Menurut Jabatan Fatwa Jordan, perbuatan menghargai ibu bukanlah satu bentuk tasyabbuh (peniruan) yang diharamkan, sebaliknya satu bentuk penghormatan yang selaras dengan prinsip Islam.

Prinsip Islam Mengenai Ibu

Islam meletakkan ibu pada kedudukan yang tinggi. Dalam Surah al-Ahqaf ayat 15, Allah SWT memerintahkan manusia agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Dalam hadis Nabi SAW pula, ibu diberi keutamaan tiga kali ganda berbanding ayah dalam hal berbuat baik dan layanan kasih sayang.

Amalan memuliakan ibu bukan sekadar sunnah. Ia adalah ibadah utama yang perlu dilakukan secara berterusan sepanjang hayat.

Kesimpulannya, sambutan Hari Ibu adalah harus dalam Islam selagi tidak melibatkan unsur agama lain. Ia menjadi peluang menzahirkan penghargaan dalam bentuk doa, hadiah, ucapan dan kasih sayang, sebagaimana yang digalakkan oleh al-Quran dan Sunnah.

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments