Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengumumkan pelaksanaan jadual perjalanan baharu untuk perkhidmatan Elektrik Train Service (ETS) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Ogos.
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha KTMB untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan keselesaan pengguna dengan mengekalkan 32 perkhidmatan sehari.
Rasional Penjadualan Semula
Penjadualan semula ini dibuat berdasarkan beberapa faktor utama:
- Peningkatan Infrastruktur: Projek menaik taraf sistem dan infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang (KDVT) Fasa 1 bagi sektor Rawang-KL Sentral telah disiapkan, membolehkan penambahbaikan dalam jadual perjalanan.
- Kesambungan Perkhidmatan: Peningkatan kesambungan dengan perkhidmatan tren lain seperti Komuter Utara, Ekspres Selatan, dan Ekspres Rakyat Timuran di stesen-stesen utama turut mempengaruhi penjadualan baharu ini.
Perkhidmatan ETS Ekspres
Sebagai sebahagian daripada penjadualan semula, KTMB memperkenalkan enam perkhidmatan ETS Ekspres daripada 32 perkhidmatan sedia ada.
Perkhidmatan ini menawarkan masa perjalanan yang lebih singkat dengan hanya berhenti di stesen-stesen utama sebagaimana berikut;

- 2 Perkhidmatan ETS Ekspres KL Sentral – Ipoh – KL Sentral – Perjalanan selama dua jam.
- 2 Perkhidmatan ETS Ekspres KL Sentral – Butterworth – KL Sentral – Perjalanan selama tiga jam 30 minit.
- 2 Perkhidmatan ETS Ekspres KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral – Perjalanan selama empat jam 50 minit.
Pengenalan perkhidmatan ETS Ekspres ini memberikan pelbagai faedah kepada pengguna, termasuk:
- Penjimatan Masa:Masa perjalanan yang lebih singkat membolehkan penumpang tiba di destinasi dengan lebih cepat.
- Keselesaan dan Keselamatan: Perkhidmatan rel yang efisien dan selesa menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
- Pelancongan dan Cuti: Memudahkan perjalanan untuk tujuan melancong, bercuti, atau pulang ke kampung halaman.
Jadual Terkini ETS bermula 1 Ogos 2024 (Semua Perkhidmatan)
Jadual Lengkap perkhidmatan bagi Train ke Utara dan Train Ke selatan boleh rujuk di laman web https://www.ktmb.com.my/TrainTime.html atau boleh juga rujuk jadual yang dilampirkan di bawah


Cara Pembelian Tiket
Tiket untuk jadual perjalanan ETS dan KTM Intercity bagi Ogos hingga November 2024 mula dijual pada 30 Mei 2024.
Untuk merancang perjalanan anda dan mendapatkan tiket ETS dengan mudah dan pantas, ikuti langkah-langkah berikut:
a) Pembelian Tiket Secara Dalam Talian
- Lawati Laman Sesawang KTMB:
- Buka pelayar web anda dan layari laman sesawang rasmi KTMB di https://online.ktmb.com.my/
- Pilih Destinasi dan Tarikh Perjalanan:
- Masukkan maklumat perjalanan anda seperti destinasi, tarikh berlepas, dan tarikh pulang (jika berkenaan).
- Pilih Jenis Tiket dan Tempat Duduk:
- Pilih jenis tiket (sehala atau pergi balik) dan tempat duduk yang diinginkan berdasarkan ketersediaan.
- Masukkan Maklumat Penumpang:
- Isi maklumat penumpang yang diperlukan, termasuk nama penuh dan nombor kad pengenalan.
- Buat Pembayaran:
- Selesaikan proses pembayaran menggunakan kaedah pembayaran yang tersedia seperti kad kredit, kad debit, atau perbankan internet.
- Dapatkan Tiket:
- Setelah pembayaran berjaya, tiket elektronik akan dihantar ke alamat emel anda. Simpan tiket ini untuk pemeriksaan semasa hari perjalanan.
b) Pembelian Tiket Melalui Aplikasi KTMB Mobile
- Muat Turun dan Pasang Aplikasi:
- Muat turun aplikasi KTMB Mobile dari Google Play Store (untuk pengguna Android) atau App Store (untuk pengguna iOS).
- Daftar atau Log Masuk:
- Daftar akaun baru atau log masuk menggunakan maklumat akaun KTMB anda.
- Pilih Perkhidmatan ETS:
- Pilih perkhidmatan ETS dan masukkan maklumat perjalanan anda seperti destinasi, tarikh, dan masa perjalanan.
- Pilih Tiket dan Tempat Duduk:
- Pilih tiket dan tempat duduk yang diinginkan daripada pilihan yang tersedia.
- Lakukan Pembayaran:
- Buat pembayaran melalui kaedah pembayaran yang disediakan dalam aplikasi.
- Dapatkan Tiket:
- Tiket elektronik akan dihantar ke aplikasi dan boleh diakses di bawah bahagian “My Tickets”. Simpan tiket ini untuk pemeriksaan semasa hari perjalanan.
c) Pembelian Tiket Melalui Mesin Kios Tiket
- Kunjungi KTMB
- Pergi ke mana-mana KTMB yang menyediakan mesin kios tiket.
- Pilih Perkhidmatan ETS:
- Pada skrin utama mesin kios, pilih perkhidmatan ETS.
- Masukkan Maklumat Perjalanan:
- Masukkan maklumat perjalanan anda seperti destinasi, tarikh, dan masa perjalanan.
- Pilih Tiket dan Tempat Duduk:
- Pilih tiket dan tempat duduk yang diinginkan daripada pilihan yang tersedia.
- Lakukan Pembayaran:
- Selesaikan pembayaran menggunakan pilihan yang ada seperti kad kredit, kad debit, atau wang tunai di mesin kios tersebut.
- Dapatkan Tiket:
- Tiket fizikal akan dicetak dan dikeluarkan oleh mesin kios. Simpan tiket ini untuk pemeriksaan semasa hari perjalanan.
Info dan Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut berhubung jadual baharu ETS ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200.
Ikuti sosial media KTMB di platform:
- Facebook: KTM Berhad
- Instagram: ktmbofficial
- Twitter: ktm_berhad
- TikTok: ktmbofficial
- YouTube: KTMB Rail Channel
Sumber Rujukan