HomeInfoPembayaran STR Fasa 3 2024 Melalui BSN (Kredit Akaun & Tunai)

Pembayaran STR Fasa 3 2024 Melalui BSN (Kredit Akaun & Tunai)

Info mengenai pembayaran STR Fasa 3 2024 melalui kredit akaun dan secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tiada akaun bank.

Seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan, pembayaran Fasa 3 Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 3) bagi tahun ini akan disalurkan secara berperingkat mulai 29 Ogos 2024.

Kerajaan telah menetapkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 ini berdasarkan kategori penerima yang telah ditentukan. Bayaran akan diberikan kepada penerima sedia ada serta penerima baharu atau rayuan, dengan peruntukan yang sesuai mengikut kategori masing-masing.

Jumlah Bayaran

Pembayaran STR Fasa 3 2024 adalah berbeza mengikut kategori penerima masing-masing. 

Jumlah terkini bantuan sehingga RM650 akan disalurkan mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Pembayaran ini akan dibuat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN.

Berikut adalah jumlah bayaran sebagaimana pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia.

Jumlah bayaran STR

Jumlah Bayaran bagi Setiap Kategori

Jumlah bayaran bagi setiap kategori dalam STR Fasa 3 adalah seperti berikut:

  • Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2,500): RM150 – RM650
  • Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000): RM150 – RM300
  • Warga Emas Tiada Pasangan: RM150
  • Bujang: RM50

Tarikh Pembayaran

Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dibuat secara berperingkat mulai:

  • Mulai 29 Ogos 2024 untuk penerima sedia ada
  • Mulai 18 September 2024 untuk penerima baharu atau rayuan

Bayaran ini akan dibuat secara berperingkat mengikut bank masing-masing sehingga tarikh yang ditetapkan.

Tarikh Bayaran
Jadual Pembayaran STR Fasa 3

Bila BSN Masuk?

Secara rasmi sebagaimana yang diumumkan Kerajaan adalah Mulai 29 Ogos 2024 untuk penerima sedia ada dan mulai 18 September 2024 untuk penerima baharu atau rayuan

Namun, berdasarkan pengalaman penerima STR yang lepas, akaun BSN biasanya menerima bayaran awal berbanding bank-bank lain.

Adakah pada STR kali ini juga BSN akan menerima bayaran paling awal? Penerima disarankan untuk menyemak status bayaran mereka dengan kerap.

Semakan Status Kelayakan

Anda boleh menyemak status kelayakan melalui cara-cara berikut:

  • Imbas kod QR yang disediakan
  • Layari laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline STR melalui talian 1800-88-2747
Notis Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 BSN Malaysia

Pembayaran STR Fasa 3 2024 Melalui Pengkreditan Akaun BSN

Pembayaran STR fasa 3 2024 melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada BSN. 

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Semakan secara perbankan melalui myBSN boleh dibuat melalui portal rasmi berikut: https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

Pembayaran STR Secara Tunai Di Kaunter BSN

Bayaran STR Fasa 3 secara tunai pula akan turut dilakukan mengikut tarikh yang telah dijadualkan di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan. 

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.

Rujuk laman sesawang STR https://bantuantunai.hasil.gov.my

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.

Sumber: Bank Simpanan Nasional

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Soalan Lazim (FAQ)

Berapakah jumlah bayaran STR Fasa 3 2024?

Jumlah bayaran berbeza mengikut kategori penerima.

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 3 untuk BSN?

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dibuat mulai 29 Ogos 2024 secara berperingkat.

Bilakah tuntutan secara tunai BSN boleh dibuat bagi yang tiada akaun?

Bayaran STR Fasa 3 secara tunai pula akan turut dilakukan mengikut tarikh yang telah dijadualkan di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Bagaimana cara menghubungi khidmat pelanggan BSN?

Hubungi 1300-88-1900

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments