Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan belanjawan baru-baru ini, bayaran bagi STR 2024 Fasa 4 akan disalurkan kepada penerima bermula 7 November 2024 melibatkan peruntukan 1.7 bilion ringgit.
Fasa 4 merupakan pembayaran terakhir akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 4) bagi tahun ini.
Berita gembira juga buat rakyat Malaysia apabila peruntukan untuk STR 2025 telah ditingkatkan di mana penerima bagi kategori Isi Rumah akan mendapat bantuan sehingga RM4600 manakala kategori bujang pula akan menerima RM600.
Berikut dikongsikan maklumat mengenai pembayaran STR fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah yang meliputi semakan status terkini, tarikh, jumlah dan kaedah pembayaran.
Fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah
Fasa 4 STR adalah bayaran terakhir Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini.
Untuk Fasa 4 ini, bayaran yang akan diterima adalah mengikut kategori masing-masing sebagaimana yang telah ditetapkan.
Semua kategori akan menerima bayaran pada Novemberi ini iaitu isi rumah, warga emas dan kategori bujang.
Semakan Status Terkini STR
Terdapat beberapa kaedah semakan status STR sama ada secara online, melalui aplikasi MySTR, telefon atau secara fizikal
Kaedah Semakan Status Permohonan STR
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR > Semakan Status; atau
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke Pejabat HASiL yang berhampiran
Semakan Status STR Fasa 4 di portal MySTR bantuantunai.hasil.gov.my
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/Â
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Permohonan
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status terkini seperti nama, no mykad, status pedalaman, status permohonan pertama, status permohonan semasa
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada) dan jumlah yang telah di bayar
Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login?
Jika anda terlupa kata laluan MySTR dan tidak dapat login, berikut adalah panduan untuk memulihkan akses akaun anda berdasarkan maklumat dalam panduan pengguna STR:
- Log Masuk dan Pilih “Terlupa Kata Laluan”
- Pergi ke laman log masuk MySTR.
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit).
- Klik pada pautan “Terlupa Kata Laluan”.
- Pengesahan MyKad dan Emel
- Nombor MyKad anda akan dipaparkan di skrin soalan keselamatan, tekan butang “Semak”.
- Masukkan emel yang telah didaftarkan dalam Borang Permohonan STR.
- Klik butang “Seterusnya”.
- Kata Laluan Sementara
- Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
- Jika tiada emel, klik butang “Seterusnya” dan frasa keselamatan akan dipaparkan.
- Isi 3 soalan keselamatan dan klik butang “Seterusnya”.
- Penukaran Kata Laluan
- Masukkan kata laluan baharu dan pengesahan kata laluan.
- Klik butang “Tukar Kata Laluan”.
- Log Masuk dengan Kata Laluan Baharu
- Pilih Log Masuk.
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit).
- Masukkan kata laluan sementara yang telah diemelkan.
- Klik butang “Log Masuk”.
- Tukar Kata Laluan Baharu di MySTR
- Setelah berjaya log masuk, MySTR akan dipaparkan.
- Klik menu “Tukar Kata Laluan”.
- Masukkan kata laluan baharu anda.
- Penukaran kata laluan berjaya.
Untuk maklumat lanjut, rujuk PANDUAN PENGGUNA TERLUPA KATA LALUAN MySTR
Tarikh Pembayaran Fasa 4 STR
Dalam ucapan Belanjawan Madani 2025, Perdana Menteri memaklumkan bahawa tarikh bayaran STR 2024 Fasa 4 akan disalurkan kepada penerima bermula 7 November 2024 (Khamis).
Maklumat lanjut mengenai perkara ini akan dibuat oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan atau Kementerian Kewangan Malaysia di laman-laman rasmi Kementerian.
Jumlah Pembayaran Fasa 4 STR
Sebagai makluman, kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.
Amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan.
Bagi fasa 4, amaun yang akan diterima bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
a. Kategori Isi Rumah (Pendapatan ≤ RM2,500):
- Bilangan Anak 0: RM200
- Bilangan Anak 1 – 2: RM350
- Bilangan Anak 3 – 4: RM500
- Bilangan Anak ≥ 5: RM700
b. Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2,501 – RM5,000):
- Bilangan Anak 0: RM150
- Bilangan Anak 1 – 2: RM200
- Bilangan Anak 3 – 4: RM250
- Bilangan Anak ≥ 5: RM350
c. Bujang / Warga Emas Tiada Pasangan:
- Pendapatan Bujang ≤ RM2,500 (Umur 21 – 59 tahun / OKU Umur 19 – 59 tahun): RM100
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan ≤ RM5,000 (Umur ≥ 60 tahun): RM150
Kaedah Bayaran
Kaedah bayaran adalah sebagaimana berikut
i. Kredit ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima atau pasangan.
ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:Â
a. Tiada maklumat akaun bank.
b. Status pengkreditan gagal kredit.
Bantuan STR dan SARA 2025
Belanjawan 2025 memperuntukkan sejumlah RM13 bilion untuk Bantuan STR dan SARA, yang dijangka memberi manfaat kepada 9 juta penerima, bersamaan dengan 60% daripada penduduk dewasa di Malaysia.
Langkah ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat dengan menyediakan bantuan kewangan yang menyeluruh dan berfokus.
Kadar Maksimum Bantuan STR untuk Isi Rumah
Kadar maksimum bantuan yang boleh diterima oleh isi rumah telah dinaikkan kepada RM4,600, berbanding RM3,700 sebelum ini.
Peningkatan ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam mempertingkatkan sokongan kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, memastikan mereka mendapat bantuan yang lebih memadai untuk meringankan beban kos sara hidup.
Bantuan STR untuk Golongan Bujang: RM600
Bagi kategori bujang, kadar STR telah ditetapkan pada RM600, mencerminkan usaha kerajaan dalam memastikan golongan ini turut mendapat sokongan kewangan yang sewajarnya.
Langkah ini penting untuk menyokong golongan muda dan bujang dalam mengurangkan beban kos sara hidup mereka.
Bantuan SARA Dikreditkan Melalui MyKAD Mulai April 2025
Bantuan SARA berjumlah RM100 sebulan akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025.
Penggunaan bantuan ini dirancang khusus bagi pembelian barangan keperluan harian seperti makanan, minuman, ubat-ubatan, barangan persekolahan, dan kebersihan diri. Langkah ini memastikan keperluan asas rakyat sentiasa terjamin.”
Jadual Perincian Kadar Bantuan STR & SARA 2025
a. Kategori Isi Rumah (Tiada had umur):
- Pendapatan Bulanan RM2,500 dan ke bawah:
- Anak 0: Bantuan STR: RM1,000, SARA: RM900, Jumlah: RM1,900
- Anak 1-2: Bantuan STR: RM1,500, SARA: RM900, Jumlah: RM2,400
- Anak 3-4: Bantuan STR: RM2,000, SARA: RM900, Jumlah: RM2,900
- Anak ≥ 5: Bantuan STR: RM2,500, SARA: RM900, Jumlah: RM3,400
- Pendapatan Bulanan RM2,501 – RM5,000:
- Anak 0: Bantuan STR: RM500, SARA: RM900, Jumlah: RM1,400
- Anak 1-2: Bantuan STR: RM750, SARA: RM900, Jumlah: RM1,650
- Anak 3-4: Bantuan STR: RM1,000, SARA: RM900, Jumlah: RM1,900
- Anak ≥ 5: Bantuan STR: RM1,250, SARA: RM900, Jumlah: RM2,150
b. Kategori Warga Emas Tiada Pasangan (≥ 60 tahun):
- Pendapatan Bulanan RM5,000 dan ke bawah:
- Bantuan STR: RM600, SARA: RM450, Jumlah: RM1,050
c. Kategori Bujang (21 – 59 tahun):
- Pendapatan Bulanan RM2,500 dan ke bawah:
- Bantuan STR: RM600, Jumlah: RM600 (tanpa SARA)
Sumber: https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2025/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf
Maklumat Lanjut dan Pertanyaan
- Hotline STR HASiL: 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF: 03-8882 4565 / 4566
- E-mel: [email protected]
- Laman Web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Alamat:
- Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya
Info Terkini STR
Penerima STR di nasihatkan berhati-hati dengan modus operandi scammer yang menggunakan STR untuk mengenakan anda seperti menerima panggilan telefon, pautan semakan STR dan sebagainya.
Untuk info terkini lagi sahih, anda boleh rujuk laman rasmi kerajaan seperti;
- Laman portal MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/Â
- Facebook Kementerian Kewangan: https://www.facebook.com/KemKewanganÂ
- Facebook Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia: https://www.facebook.com/HASiLMalaysiaÂ
- Facebook Malaysia Madani: https://www.facebook.com/MalaysiaMADANI.myÂ
Soalan Lazim Bayaran Fasa 4 STR
7 November 2024
Rujuk jadual
1) Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2) Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
3) Menghubungi LHDM
4) Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
5) Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Penerima STR 2024 yang layak menerima bayaran STR fasa 4 adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan melalui semakan di MySTR.