PERMOHONAN BAGI PROGRAM KHAS LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA DALAM NEGARA (LSPM) TAHUN 2025.
Pelajar SPM 2024 yang memperoleh sekurang-kurangnya 9A+ kini boleh memohon Biasiswa JPA di bawah Program Khas LSPM 2025.
Penajaan ini merangkumi peringkat Persediaan hingga Ijazah Pertama di dalam negara dan diberikan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) berdasarkan prestasi akademik.
Permohonan dibuka dari 30 April hingga 11 Mei 2025 secara atas talian, dan calon akan melalui sesi Student Assessment Centre (SAC) sebagai sebahagian proses pemilihan.
Lihat Juga: Senarai Biasiswa Lepasan SPM 2023 Bagi Pengajian Tahun 2024
Apa Itu Program Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) 2025?
Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dalam Negara (LSPM) Tahun 2025 merupakan penajaan kepada pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.
Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan secara berpakej bagi pengajian peringkat Persediaan sehingga peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat Kelayakan
Untuk memohon Biasiswa JPA LSPM 2025, calon mestilah memenuhi syarat umum dan khusus seperti berikut:
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia
- Bebas penyakit kronik/berjangkit dan sihat untuk belajar
- Ibu bapa/pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA
- Tidak menerima tajaan lain
- Ambil SPM 2024 buat kali pertama
- Umur belum 19 tahun (atau 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2024
- Keutamaan: Kategori pendapatan B40 dan M40
Syarat Khusus
- Minimum 9A+ dalam mana-mana subjek SPM 2024
- Mula pengajian peringkat Persediaan sebelum 31 Disember 2025
- Tidak layak untuk pegawai kadet (bagi pemohon ke UPNM)
Program Persediaan & Universiti yang Ditaja di Bawah LSPM 2025
Program Persediaan yang Diiktiraf
Pelajar akan mengikuti program persediaan di institusi dalam negara seperti:
- STPM / STAM
- Matrikulasi KPM
- Asasi UA (contoh: Asasi UM, UKM, UIAM, USIM, UNIMAS, UniSZA, UMS)
- Tamhidi USIM / ASASIpintar PERMATApintar
- Foundation IPTS (seperti Sunway, Taylor’s, IMU, dll.)
Pelajar tidak dibenarkan ambil persediaan secara persendirian di pusat lain.
Lihat Juga: Biasiswa PETRONAS 2025 Lepasan SPM: Permohonan & Tips
Senarai Universiti yang Ditaja
Pelajar yang tamat program persediaan boleh menyambung Ijazah Pertama di lebih 40 institusi termasuk:
Universiti Awam (UA)
- Universiti Malaya (UM)
- UKM, UPM, USM, UTM, UiTM, UUM, UMS, USIM, dll.
Universiti Swasta (IPTS)
- Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
- Sunway University, Taylor’s University, INTI
- Monash Malaysia, IMU, UNITEN, MMU
- Heriot-Watt, Nottingham Malaysia, APU
- Newcastle University Medicine Malaysia (NuMED)
Semua program yang ditaja mesti diiktiraf oleh MQA dan badan profesional (jika berkaitan).
Lihat Juga: YTP MARA 2025: Program Young Talent Development Programme
Bidang Pengajian yang Tidak Ditaja (LSPM 2025)
Walaupun banyak bidang ditaja, terdapat beberapa kursus yang tidak layak dibiayai di bawah program LSPM ini:
Senarai Bidang Tidak Ditaja
- Perubatan, Pergigian & Farmasi (Mohon melalui program khas PPF2)
- Pendidikan & Perguruan
- Program yang memerlukan lesen profesional (contoh: lesen penerbangan)
- Kejururawatan & Sains Separa Perubatan
- Program Berkembar / Double Degree / Dual Award
- Program Profesional seperti ACCA, CFA, CIMA
- Pengajian Separuh Masa, Jarak Jauh & Dalam Talian
Bentuk Penajaan LSPM 2025
Penajaan di bawah Program Khas LSPM 2025 diberikan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU), iaitu pinjaman yang boleh dikecualikan sebahagiannya atau sepenuhnya bergantung kepada prestasi akademik pelajar dan penempatan dalam sektor awam selepas tamat pengajian.
Struktur Bayaran Balik PBU
Kriteria | Peratus Bayaran Balik |
PNGK akhir 3.75 – 4.00 (tanpa pelanjutan) | 5% |
PNGK akhir 3.50 – 3.74 | 10% |
PNGK akhir 3.00 – 3.49 | 15% |
PNGK ≥ 3.00 (dengan pelanjutan) | 20% |
PNGK < 3.00 atau gagal | 100% |
Dilantik ke sektor awam (jawatan setaraf kelayakan) | Dikecualikan sepenuhnya |

Cara Permohonan LSPM 2025
Permohonan untuk Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) 2025 hanya boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi JPA dalam tempoh yang ditetapkan.
Langkah-langkah Permohonan:
- Layari portal rasmi JPA di https://penajaan.jpa.gov.my
- Daftar akaun dan lengkapkan maklumat peribadi serta akademik dalam sistem ePermohonan
- Pilih program LSPM 2025 sebagai pilihan penajaan
- Lengkapkan Ujian Khas Penajaan Persekutuan (UKPP) dalam tempoh 30 April – 11 Mei 2025
- Kemukakan dokumen sokongan yang diperlukan (akan dimaklumkan semasa proses permohonan)
- Pastikan semua maklumat dikemas kini sebelum tarikh tutup, iaitu 11 Mei 2025 (Ahad), 5.00 petang
- Semakan panggilan ke Student Assessment Centre (SAC) boleh dibuat mulai 2 Jun 2025 di portal yang sama
Student Assessment Centre (SAC)
Calon yang memenuhi syarat kelayakan akan disenarai pendek untuk menghadiri sesi Student Assessment Centre (SAC) sebagai sebahagian daripada proses pemilihan.
SAC bertujuan untuk menilai kecekapan dan kesesuaian calon dari sudut kepimpinan, komunikasi, kematangan, daya tahan dan minat terhadap bidang serta perkhidmatan awam.
Tarikh-Tarikh Penting
Berikut ialah jadual rasmi aktiviti penting berkaitan permohonan Program Khas LSPM 2025:
Aktiviti | Tarikh / Hari / Masa |
Permohonan Dibuka | 30 April 2025 (Rabu), 10.00 pagi |
Permohonan Ditutup | 11 Mei 2025 (Ahad), 5.00 petang |
Tempoh Ujian UKPP | 30 April – 11 Mei 2025 |
Semakan Panggilan SAC | 2 – 5 Jun 2025 |
Pelaksanaan SAC | 10 – 12 Jun 2025 |
Keputusan Tawaran | Minggu Kedua Julai 2025 |
Maklumat & Pertanyaan
- Emel: [email protected]
- Telefon: 03-8885 3297
- Waktu operasi:
- Isnin – Khamis: 9.00 pagi – 4.30 petang
- Jumaat: 9.00 pagi – 12.15 tgh / 2.45 ptg – 4.30 ptg
Maklumat Penting
Permohonan bagi Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) Tahun 2025 dibuka mulai 30 April 2025 (Rabu) jam 10.00 pagi hingga 11 Mei 2025 (Ahad) jam 5.00 petang.
Sumber: https://penajaan.jpa.gov.my/
Soalan Lazim (FAQ) LSPM 2025
Pelajar SPM 2024 yang memperoleh sekurang-kurangnya 9A+, warganegara Malaysia, sihat tubuh badan dan tidak ditaja oleh agensi lain.
Ya, asalkan memperoleh minimum 9A+ dalam mana-mana subjek.
Permohonan dibuka 30 April 2025 dan ditutup pada 11 Mei 2025 (5.00 petang).
Pinjaman Boleh Ubah (PBU) berdasarkan prestasi PNGK dan penempatan dalam sektor awam.
Boleh, tetapi bidang mestilah diiktiraf MQA dan bukan dalam senarai bidang yang tidak ditaja.
Tidak. Pelajar yang minat bidang ini perlu mohon di bawah program lain seperti PPF2.
SAC ialah Student Assessment Centre – sesi penilaian calon. UKPP pula ialah Ujian Khas Penajaan Persekutuan yang wajib dilengkapkan semasa permohonan.
Tidak. Hanya calon yang melepasi syarat akan dipanggil dan keputusan adalah muktamad.
Artikel Berkaitan: