HomeKerjayaPermohonan MySTEP Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Permohonan MySTEP Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan mengisi keperluan jawatan Personel Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi tahun 2024.

Tawaran jawatan kosong MySTEP di bawah PPUM ini adalah  bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred 19.

Berikut adalah maklumat mengenai jawatan kosong MySTEP di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Apa itu MySTEP?

MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​.

Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:

  1. Penempatan di Sektor Awam
  2. Penempatan di GLCs and rakan strategiknya

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:

Sektor AwamGLCs dan Rakan Strategiknya
1 – 12 Bulan6 – 12 Bulan

Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.​

Butiran Jawatan MySTEP di PPUM

  • Jawatan/ Gred : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  • Kelayakan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Gaji Ditawarkan : RM1,700.00
  • Kekosongan : Sepuluh (10)
  • Tempoh Kontrak : Sehingga 31 Disember 2024
  • Kemudahan : Caruman KWSP & PERKESO, Cuti Rehat dan Cuti Sakit

Tempoh Permohonan

Permohonan bagi jawatan ini dibuka mulai 23 April 2024 – 6 Mei 2024.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan/ atau kelayakan yang setaraf dengannya;
  • Sihat fizikal tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang penyakit;
  • Berkebolehan menggunakan perisian Microsoft Word, Power Point dan Excel;
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik; dan
  • Boleh bekerja secara berpasukan di bawah pengawasan yang minimum.

Deskripsi Tugas

  • Membantu dalam pelaksanaan projek pendigitalan dokumen;
  • Membantu dalam pengurusan imbasan dokumen dan pengumpulan data;
  • Membantu dalam pengurusan fail mengikut piawaian dan peraturan yang telah ditetapkan.

Catatan Am

  • Hanya calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria tapisan yang ditetapkan oleh pihak PPUM akan dipanggil untuk temu duga.
  • Pengambilan sebagai Personel MyStep bukan satu jaminan untuk diserap sebagai pegawai lantikan tetap PPUM.
  • Penempatan bagi setiap jawatan adalah tertakluk kepada keperluan semasa Pentadbiran PPUM.
  • Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Cara Memohon

Permohonan bagi jawatan MySTEP yang ditawarkan di PPUM ini hendaklah dibuat secara atas talian melalui pautan berikut;

https://eservices.ummc.edu.my

  • Bagi pengguna pertama kali, anda perlu mendaftar (Sign up) dan mengisi data peribadi yang diminta di kotak bertanda * 
  • Masukkan ID Pengguna dan katalaluan sekiranya sudah mempunyai akaun SSO PPUM.
  • Pilih menu, “Permohonan Jawatan”.

Mengenai PPUM

Pusat Perubatan Universiti Malaya adalah sebuah hospital pengajaran di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Statut Universiti Malaya (Pusat Perubatan Universiti Malaya) 2000, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Perlembagaan Universiti Malaya. 

Objektif PPUM adalah: 

  1. menubuhkan, mengendalikan dan membangunkan pusat perubatan yang bertaraf dan berkedudukan antarabangsa; dan 
  2. bekerjasama dengan Fakulti dalam mengadakan kemudahankemudahan bagi pendidikan, latihan penyelidikan, pensiswazahan dan perundingan perubatan. 

Sumber: Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Iklan Jawatan Kosong MySTEP PPUM
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments