Salah satu aspek penting untuk menghadiri temuduga adalah cara anda susun sijil temuduga yang betul.
Penampilan yang kemas dan profesional bukan sahaja melibatkan diri anda, tetapi juga cara anda mempersembahkan dokumen-dokumen penting.
Berikut merupakan idea bagaimana anda boleh menyusun maklumat dan sijil-sijil anda dengan cara yang paling berkesan untuk temuduga.
Panduan Susun Sijil Untuk Temuduga
Kenapa Penting Menyusun Sijil dengan Betul?
- Mencerminkan Keteraturan dan Keterperincian: Bagaimana cara anda menyusun sijil boleh memberi gambaran tentang keperibadian dan sikap kerja anda.
- Memudahkan Proses Temuduga: Sijil yang disusun dengan baik memudahkan pewawancara untuk melihat kelayakan dan pencapaian anda tanpa perlu bersusah payah mencari.
Pilih Fail atau Folder yang Sesuai
- Jenis Fail: Cadangkan menggunakan fail berzip atau folder yang mempunyai plastik untuk menyimpan sijil.
- Kualiti: Pilih fail atau folder berkualiti yang kelihatan profesional dan tahan lama.
- Labeling: Gunakan label yang jelas untuk setiap bahagian atau kategori sijil.
Kategorikan Sijil Anda
- Mengikut Jenis: Pisahkan sijil akademik, sijil kursus, sijil penghargaan, dan lain-lain.
- Mengikut Kepentingan: Letakkan sijil yang paling relevan dan penting di bahagian depan.
Urutkan Mengikut Kronologi
- Terbaru ke Terdahulu: Urutkan sijil mengikut tarikh, dari yang paling baru ke yang paling lama.
- Pencapaian Terbesar: Untuk beberapa situasi, anda boleh meletakkan pencapaian terbesar atau yang paling relevan di bahagian depan.
Pastikan Sijil Dalam Keadaan Baik
- Keadaan Fizikal: Pastikan sijil-sijil dalam keadaan bersih, tidak renyuk, dan tidak kotor.
- Salinan: Bawa salinan fotokopi yang boleh diserahkan jika diperlukan.
Sediakan Ringkasan
- Ringkasan Pencapaian: Sediakan satu muka surat ringkasan pencapaian yang mengandungi semua sijil utama anda. Ini memudahkan pewawancara untuk melihat gambaran keseluruhan dengan cepat.
- Penerangan Ringkas: Sertakan penerangan ringkas untuk setiap sijil yang menjelaskan konteks atau kepentingannya.
Cadangan Cara Susun Maklumat & Sijil Untuk Temuduga
- Maklumat Diri (Resume)
- Senarai Semak Temuduga (Jika Perlu)
- Surat Panggilan Temuduga (Jika Perlu)
- Kad Pengenalan Diri
- Sijil Kelahiran
- Kad Pengenalan Ibu
- Kad Pengenalan Bapa
- Susunan Sijil Akademik (berdasarkan kelayakan masing-masing)
- UPSR
- PT3/PMR
- SPM
- STPM
- Diploma
- Ijazah
- Master
- PhD
- Sijil Berhenti Sekolah
- Transkrip Pengajian (mengikut kelayakan Diploma/Ijazah)
- Sijil Aktiviti Sekolah atau IPT atau penglibatan Ko-Kurikulum
- Sijil Anugerah
Untuk sijil aktiviti dan anugerah, anda tidak perlu memasukkan kesemua salinan sijil ke dalam fail anda sekiranya terlalu banyak. Namun, anda boleh pilih yang terbaik.
Contoh Cara Susun Sijil Dalam Folder Fail
Berikut merupakan contoh dan cara untuk susun sijil untuk menghadiri temuduga sebagaimana yang dikongsikan oleh Jeffhter Juasa melalui Facebooknya.
Tips Temuduga Jeffhter Juasa: 3 AspekPenting Beliau Utamakan
- Adab
- Ketuk pintu 3 kali dengan sederhana.
- Ucapkan “Selamat pagi Tuan” sambil tangan tepat di dada, tunduk tanda hormat.
- Duduk hanya apabila diarahkan, dan sentiasa jaga eye contact.
- Ilmu
- Persediaan untuk menjawab soalan secara spontan, hanya ingat akta sahaja.
- Jawatan yang dimohon, perkenalkan diri, fungsi jabatan, risiko jabatan, dan lain-lain.
- Penampilan Diri
- Kemas dari hujung rambut sampai hujung kaki. Lelaki perlu memakai seluar hitam, baju putih/biru muda, tie, tanda nama, tali pinggang hitam, kasut hitam, dan blazzer.
Lihat Juga:
– Kelebihan Diri Semasa Temuduga: Panduan dan Contoh Jawapan