Biasiswa PETRONAS Powering Knowledge Education Sponsorship Programme (PESP) 2025 kini dibuka untuk pelajar lepasan SPM 2024 yang cemerlang.
Ini peluang anda untuk menyambung pengajian di institusi terkemuka tempatan dan luar negara, sambil menjadi sebahagian daripada generasi pemimpin masa hadapan Malaysia.
Lihat Juga: YTP MARA 2025: Program Young Talent Development Programme
Apa Itu PESP PETRONAS?
PESP merupakan biasiswa penuh tajaan PETRONAS sejak tahun 1975.
Ia bertujuan melahirkan bakat berkualiti tinggi dalam bidang kejuruteraan, sains, perniagaan, dan kemanusiaan.
Lebih 39,000 pelajar telah menerima manfaat daripada program ini sejak penubuhannya.
Tarikh Penting Permohonan Biasiswa PETRONAS 2025
- Tarikh Buka: 24 April 2025 (12.00 tengah hari)
- Tarikh Tutup: 30 April 2025 (5.00 petang)

Syarat Kelayakan Permohonan PESP PETRONAS
Berikut adalah syarat kelayakan permohonan biasiswa PETRONAS 2025;
1. Kelayakan Akademik
- Untuk lepasan SPM 2024 sahaja
- Program Tempatan: Minimum 8A dan CEFR tahap B1
- Program Luar Negara: Minimum 4A+ dan 4A serta CEFR tahap C1
2. Kepimpinan & Aktiviti Kokurikulum
- Terlibat aktif dalam kelab, persatuan, sukan, atau khidmat masyarakat.
- Mempunyai ciri kepimpinan dan semangat berpasukan.
3. Penilaian Personaliti & Kognitif
- Online Assessment: Menguji kemahiran kognitif dan personaliti.
- Face-to-Face Interview: Dinilai oleh panel PETRONAS dari segi kepimpinan, komunikasi dan nilai murni.
Senarai Bidang Pengajian Ditawarkan
Teknikal:
- Kejuruteraan Kimia
- Kejuruteraan Mekanikal
- Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Kejuruteraan Instrumentasi
- Kejuruteraan Petroleum
- Geosains / Geologi / Geofizik
- Kimia Gunaan
Bukan Teknikal:
- Perakaunan / Kewangan
- Ekonomi
- Pemasaran
- Sains Komputer / Kejuruteraan Perisian
- Data Sains
- Aktuari (Risiko Kewangan)
- Psikologi / Sosiologi (Tingkah Laku Organisasi)
- Undang-undang
Cara Mohon
Langkah mudah untuk mohon PESP PETRONAS 2025:
- Layari: https://educationsponsorship.petronas.com.my/OAS
- Daftar dan isi borang permohonan dalam talian
- Hantar dokumen sokongan yang diminta
- Tunggu notis temuduga jika disenarai pendek
Kenapa Pilih Biasiswa PETRONAS?
- Tajaan penuh hingga tamat pengajian
- Peluang belajar di luar negara
- Bimbingan mentor industri
- Laluan kerjaya di PETRONAS dan sektor tenaga
Realiti Terkini Biasiswa PETRONAS: Perkongsian Jujur Lyna Noh untuk Ibu Bapa & Pelajar
Menurut perkongsian Lyna Noh di Facebook (rujuk di sini), isu permohonan biasiswa PETRONAS setiap tahun semakin mencabar – terutama bagi pelajar lepasan SPM yang bercita-cita tinggi tetapi terhimpit oleh kekangan sistem dan persaingan.
Dulu & Sekarang: Dunia Permohonan Biasiswa Sudah Berubah
Lyna berkongsi bahawa generasinya dahulu menerima biasiswa PETRONAS ketika sistem masih menggunakan markah agregat, bukan keperluan straight A. Ketika itu:
- Persaingan tidak terlalu sengit
- Tidak perlu viral atau “networking”
- Tidak terlalu perlu tahu ‘game’ untuk survive
Namun kini, realitinya jauh berbeza.
Persaingan Semakin Sengit, Strategi Kena Kuat
“Result kena tip top, application kena strategik, & ada faktor luar macam SES (socioeconomic status).” – Lyna Noh
Isu Socioeconomic Status (SES)
- Anak-anak M40 & T20 sering tercicir walaupun cemerlang
- Mereka tidak layak menerima banyak bantuan, walaupun keluarga mereka pembayar cukai tertinggi
- Sistem tak salah, tapi realitinya keras – dan kita perlu faham untuk tidak kecewa
Tips Untuk Ibu Bapa Hadapi Cabaran Biasiswa
1. Bimbing Anak Bukan Sekadar Pandai, Tapi Bijak
- Skor akademik masih penting, tapi kena luar biasa
- Faham strategi biasiswa: ada pelajar straight A tak berjaya, ada 7A (minima) yang terpilih
- Bijak membaca peluang dan memahami sistem
2. Sediakan Tabungan Pendidikan Awal
- Jangan 100% bergantung kepada biasiswa
- Simpan walau sedikit, sebagai pelan B jika anak tak berjaya mendapat tajaan
- Rezeki simpanan itu mungkin bukan untuk kita rasa, tapi untuk pendidikan anak-anak
3. Ajarkan Konsep Rezeki & Kebergantungan kepada Allah
- Kalau jalan A tak terbuka, mungkin Allah sediakan jalan B, C, atau Z
- Jangan putus asa atau kecewa – setiap usaha, doa, dan takdir ada hikmahnya
- Yakin bahawa jalan kejayaan itu luas, bukan satu sahaja
Banyak Jalan Menuju Kejayaan, Bukan Sekadar Scholarship
Scholarship hanyalah salah satu laluan. Laluan lain seperti:
- Politeknik
- Kolej MARA
- IPTS
- TVET
- Study sambil kerja
- Bisnes
- Freelancing
Semuanya sah, bermaruah, dan mampu membawa kejayaan asalkan ada usaha dan arah yang jelas.