HomeBiasiswaBiasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR2025): Permohonan & Syarat

Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR2025): Permohonan & Syarat

Sempena ulang tahun kelahiran Almarhum Tunku Abdul Rahman yang ke-121 pada 8hb Februari 2025, Yayasan Tunku Abdul Rahman melancarkan pembukaan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR).

Menariknya mengenai biasiswa ini adalah ia bukan sahaja menawarkan tajaan penuh pengajian, malah turut menyediakan program pembangunan kepimpinan yang unik bagi melahirkan pemimpin masa depan Malaysia. 

Jika anda seorang pemimpin muda yang bercita-cita tinggi dan ingin menyumbang kepada masyarakat, inilah peluang terbaik untuk anda!

Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai tawaran Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2025.

Pengenalan Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Biasiswa Tunku Abdul Rahman adalah sebuah biasiswa ijazah sarjana muda yang terbuka kepada pelajar yang berpotensi tinggi, berkelayakan, dan bercita-cita tinggi untuk menyumbang kepada pembangunan negara Malaysia. Biasiswa ini mengamalkan pendekatan holistik untuk mengenal pasti, memilih, dan memperkasakan belia dari pelbagai latar belakang di seluruh Malaysia.

Biasiswa ini memberi fokus kepada pembangunan diri dan juga profesional. Oleh itu, penerima biasiswa akan menyertai program pembangunan kepimpinan selama dua tahun untuk menyediakan mereka untuk menerajui perubahan yang bermakna bagi masyarakat dan negara.

Apa Yang Di Taja Oleh BTAR?

Tajaan Biasiswa Tunku Abdul Rahman meliputi perkara berikut:

  1. Yuran Universiti – Penajaan penuh untuk yuran pengajian di universiti awam atau swasta yang diiktiraf oleh MQA.
  2. Elaun Bulanan – Pemberian elaun sara hidup pada setiap bulan sepanjang tempoh biasiswa.
  3. Elaun Tahunan – Elaun pembangunan diri, alat tulis, buku dan penerbangan.
  4. Elaun Sekali Sepanjang Biasiswa – Elaun untuk tesis, komputer riba, dan pakaian formal.
Tajaaan Biasiswa Tunku ABdul Rahman

Program Kepimpinan

Semua penerima biasiswa akan menjalani program kepimpinan selama dua tahun yang merangkumi:

  1. Persidangan dan Bengkel
    • Penerima biasiswa akan menghadiri persidangan dan bengkel untuk mengasah kemahiran kepimpinan, pemikiran kritikal, dan kemahiran interpersonal.
  2. Projek Komuniti
    • Penerima biasiswa akan dilengkapi dengan kemahiran serta pembiayaan geran untuk memimpin projek komuniti mereka.
  3. Bimbingan Mentor
    • Penerima biasiswa akan menerima bimbingan mentor bagi menyokong perkembangan kerjaya dan pembangunan diri mereka.

Program ini bertujuan untuk membentuk pemimpin yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga berdaya kepimpinan dalam masyarakat.

Syarat Kelayakan

Kriteria Umum

Biasiswa ini terbuka kepada bakal pelajar dan pelajar semasa dalam mana-mana kursus yang diiktiraf oleh MQA di universiti awam atau swasta di Malaysia.

  • Untuk pelajar yang belum memulakan ijazah mereka: Akan melengkapkan anda pengajian prauniversiti dan mulakan ijazah anda selewat-lewatnya pada Mac 2026.
  • Bagi pelajar yang mendaftar dalam program ijazah: Mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun lagi untuk menamatkan pengajian anda.

 Nota Penting:

  • Pemohon yang baru menamatkan program prauniversiti akan diberikan tawaran bersyarat, tertakluk kepada penerimaan tawaran pengajian daripada universiti tempatan yang diiktiraf oleh MQA.
Kriteria Kelayakan BTAR 2025

Kriteria Pemilihan

Keutamaan Akan Diberikan Kepada Calon Yang:

  • Pernah atau sedang menghadapi cabaran yang sukar
  • Menunjukkan potensi kepimpinan dan mengamalkan nilai Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR)
  • Berasal dari latar belakang mencabar, termasuk:
    • Orang Kurang Upaya (OKU)
    • Calon dari masyarakat luar bandar
    • Calon dari keluarga berpendapatan kurang daripada RM4,850 sebulan

Biasiswa Rakan Kongsi Tunku Abdul Rahman (BTAR)

Biasiswa Tunku Abdul Rahman juga menawarkan biasiswa melalui kerjasama dengan:

Rakan Kongsi Korporat

  • Grab
  • AHAM Asset Management Berhad
  • Loo Geok Eng Foundation & Kim Loong Resources

Universiti Swasta

  • IMU University
  • Sunway Education
  • Yayasan Universiti Teknologi PETRONAS
  • University of Nottingham Malaysia
  • Universiti Tunku Abdul Rahman
  • Yayasan MSUHeriot-Watt University Malaysia

Proses Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman

Langkah 1: Borang Permohonan

Langkah 2: Temu Bual dan Penilaian

  • Calon yang disenarai pendek akan dijemput untuk temu duga dan penilaian secara maya.

Langkah 3: Penganugerahan Biasiswa

  • Calon yang terpilih akan menerima surat tawaran dan memulakan perjalanan biasiswa mereka.

Maklumat tambahan:

  • Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang proses permohonan, syarat kelayakan atau program biasiswa, sila rujuk Bahagian Soalan Lazim atau hadiri sesi maklumat biasiswa.
  • Semua maklumat lanjut boleh didapati melalui linktr.ee/yayasantar .

Panduan Mengisi Borang

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan ditutup pada 8 April 2025, jam 2.00 petang.

Arahan Permohonan

  • Sila baca syarat permohonan sebelum mengisi borang.
  • Rujuk laman web Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) untuk maklumat lanjut.

Syarat dan Tatacara Mengisi Borang

  1. Terbuka kepada calon yang:
    • Telah menamatkan pra-universiti dan akan melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda selewat-lewatnya Mac 2026.
    • Sedang melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda dengan sekurang-kurangnya dua tahun baki pengajian (tamat selepas September 2027).
  2. Calon yang baru menamatkan pra-universiti akan mendapat tawaran bersyarat tertakluk kepada penerimaan di universiti yang diiktiraf MQA.
  3. Keutamaan diberikan kepada calon yang:
    • Dari latar belakang mencabar (OKU, luar bandar, keluarga berpendapatan di bawah RM4,850).
    • Pernah atau sedang menghadapi cabaran hidup yang sukar.
    • Menunjukkan kepimpinan dan peribadi yang cemerlang.
  4. Dokumen yang diperlukan:
    • Kad pengenalan
    • Sijil keputusan pra-universiti dan keputusan terkini ijazah sarjana muda (jika ada)
    • Surat tawaran kemasukan universiti (jika berkenaan)
    • Bukti pendapatan (slip gaji, penyata cukai, atau penyata akaun bank)
    • Surat sokongan daripada pendidik atau majikan (tidak wajib, tetapi digalakkan)

Struktur Borang Permohonan

  • Bahagian A: Maklumat individu
  • Bahagian B: Maklumat kewangan & latar belakang
  • Bahagian C: Soalan esei
  • Bahagian D: Dokumen sokongan (tidak wajib tetapi digalakkan)
  • Bahagian E: Pengakuan

Maklumat Tambahan

  • Pemohon mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengajian yang berbaki pada September 2025.
  • Gunakan butang “Save my progress and resume later” untuk menyimpan permohonan pada setiap halaman.
  • Maklumat dalam borang ini adalah sulit dan digunakan hanya untuk pemilihan biasiswa.

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2025, anda boleh menghubungi Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) melalui:

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments