HomeInfoCiri-Ciri Logo Halal Malaysia yang Diiktiraf JAKIM

Ciri-Ciri Logo Halal Malaysia yang Diiktiraf JAKIM

Logo Halal Malaysia bukan sekadar simbol, tetapi menjadi bukti kepercayaan terhadap kehalalan sesuatu produk. 

Di Malaysia, logo halal yang sah perlu diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Berikut adalah panduan mengenal pasti ciri-ciri logo halal Malaysia yang sah dan langkah penting dalam memastikan status halal produk pilihan anda.

Lihat Juga: Senarai Produk Halal Indonesia Ditarik Balik 2025 (Ada DNA Babi)

Sejarah Evolusi Logo Halal Malaysia

Sejarah dan Evolusi Logo Halal Malaysia
Sumber: Bahagian Hab Halal, JAKIM

Sejak diperkenalkan, logo halal telah melalui beberapa fasa perubahan untuk meningkatkan kredibiliti dan standard antarabangsa:

  • 1994–1998: Digunakan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) di bawah Jabatan Perdana Menteri.
  • 1998–2003: Beralih kepada penggunaan logo halal di bawah JAKIM selepas penubuhan JAKIM secara rasmi.
  • 2003–kini: Logo Halal Malaysia terkini digunakan, lebih seragam mengikut standard MS1500:2009, dan diterima secara meluas di dalam dan luar negara.

Logo terkini lebih ketat dari segi reka bentuk, penggunaan tulisan, dan nombor pendaftaran yang sah.

Ciri-Ciri Logo Halal yang Diiktiraf

Berikut adalah ciri-ciri penting logo halal yang sah dan diiktiraf di Malaysia:

Ciri-ciri logo Halal Malaysia
Sumber: Bahagian Hab Halal, JAKIM
  1. Perkataan ‘MALAYSIA’ — Diletakkan dalam bulatan luar logo, menunjukkan pengesahan dari pihak berkuasa Malaysia.
  2. Bintang berbucu 8 — Simbol keutuhan dan keseimbangan dalam bulatan tengah.
  3. Tulisan Arab ‘حلال’ — Perkataan “Halal” ditulis di tengah bintang.
  4. Tulisan ‘HALAL’ dalam Rumi — Diletakkan di bawah tulisan Arab sebagai sokongan kepada kefahaman antarabangsa.
  5. Tulisan ‘ماليزيا’ — Perkataan ‘Malaysia’ dalam bahasa Arab di bawah bulatan.
  6. 2 bintang kecil berbucu 5 — Memisahkan tulisan Rumi ‘MALAYSIA’ dan tulisan Arab ‘ماليزيا’.
  7. Rujukan Malaysian Standard (MS) — Contohnya “MS1500” yang menunjukkan pematuhan kepada piawaian halal negara.
  8. Nombor Pendaftaran Syarikat (MyEHALAL) — Setiap produk mesti ada nombor rujukan unik untuk disahkan melalui sistem MyEHALAL.

Semua ciri ini mesti wujud untuk memastikan logo tersebut diiktiraf oleh JAKIM dan sah digunakan dalam negara.

Contoh Logo Halal Tidak Diiktiraf

Contoh Logo Halal TIdak diiktiraf
Gambar: Shidi Shaari

Banyak logo halal di pasaran tidak diiktiraf oleh JAKIM.

Antara contoh kesilapan yang perlu dielakkan:

  • Logo hanya bertuliskan ‘Halal’ tanpa bintang berbucu 8.
  • Logo berwarna hijau, biru, atau lain-lain yang tidak mengikut reka bentuk rasmi.
  • Logo halal daripada negara luar tanpa pengiktirafan rasmi Majlis Halal Malaysia (MHM).
  • Logo halal rekaan sendiri oleh syarikat tanpa permohonan rasmi kepada JAKIM.

Ingat “Sedap di tekak,tidak semestinya halal..”

Cara Menyemak Status Halal Produk (Kemas Kini 2025)

MAKLUMAN PERTUKARAN PAUTAN SEMAKAN STATUS HALAL
Sumber: Bahagian Hab Halal, JAKIM

Bermula Januari 2025, pautan asal www.halal.gov.my mengalami masalah teknikal dan tidak lagi boleh diakses buat sementara waktu. Oleh itu, pengguna kini perlu menggunakan pautan alternatif berikut:

  • Semakan di portal rasmi baru:
    ➔ https://myehalal.halal.gov.my/portal-halal/v1/
  • Gunakan aplikasi MyEHALAL:
    ➔ Boleh dimuat turun melalui App Store (iOS) dan Google Play (Android).
  • Cari nombor pendaftaran syarikat halal:
    ➔ Pastikan produk mempunyai nombor rujukan MyEHALAL yang sah untuk disemak.
RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments