HomeKerjayaLatihan Separa Perubatan SPA 2025: Syarat dan Permohonan

Latihan Separa Perubatan SPA 2025: Syarat dan Permohonan

Sukacitanya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membuka tawaran kepada calon-calon yang berkelayakan bagi memohon “LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA DAN SIJIL SESI JULAI TAHUN 2025”.

Bagi sesi Julai 2025, terdapat 1825 kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Sekiranya anda berminat dengan pengambilan sesi Julai 2025 bagi Latihan Separa Perubatan ini, berikut adalah beberapa maklumat penting yang anda perlu ketahui.

Apa Itu Latihan Separa Perubatan?

Latihan Separa Perubatan bertaraf Sijil dan Diploma adalah satu kursus yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk lepasan SPM/SVM yang berusia antara 17 hingga 25 tahun.

Program ini bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir dalam sektor kesihatan dengan peluang pelantikan tetap atau kontrak di perkhidmatan awam berdasarkan kekosongan jawatan.

Sesi pengambilan bagi latihan dilaksanakan dua (2) kali setahun iaitu bagi sesi kemasukan Januari dan Julai tertakluk kepada sebarang perubahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tarikh Tutup Permohonan

Bagi sesi pengambilan bulan Julai 2025, tarikh tutup adalah pada x12 Februari 2025 (Rabu),  jam 11.59 malam

Kategori dan Tempoh Latihan

Terdapat 2 kategori latihan iaitu:

  1. Bertaraf Sijil (Tempoh: 2 Tahun)
  2. Bertaraf Diploma (Tempoh: 3 Tahun)

Jenis-Jenis Latihan dan Kekosongan

Bertaraf Diploma

  • Jururawat (PSL): Perempuan: 350
  • Penolong Pegawai Perubatan: Lelaki: 500
  • Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran: Lelaki: 150
  • Penolong Pegawai Farmasi: Lelaki: 100
  • Juru X-Ray (Terapi): Lelaki: 15
  • Juru X-Ray (Pengimejan Perubatan): Lelaki: 50
  • Juruteknologi Makmal Perubatan: Lelaki: 150
  • Jurupulih Perubatan (Fisioterapi): Lelaki: 100
  • Jurupulih Perubatan (Cara Kerja): Lelaki: 80
  • Jururawat Pergigian: Lelaki: 50
  • Juruteknologi Pergigian: Lelaki: 60

Bertaraf Sijil

  • Pembantu Kesihatan Awam: Lelaki: 100
  • Pembantu Pembedahan Pergigian: Lelaki: 100

Jumlah Keseluruhan Kekosongan: 1,825

Nota: Kekosongan mengikut jantina adalah berdasarkan keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Peluang Kerjaya- Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma dan Sijil Sesi Julai 2025

Syarat Kelayakan Umum dan Khusus

Berikut adalah syarat kelayakan umum dan khusus pada tahun ini.

Syarat Kelayakan Umum

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Pemohon hendaklah memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  3. Pemohon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  4. Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan akademik minimum pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya berdasarkan jenis Latihan Separa Perubatan yang dimohon.
    (Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)

Syarat Kelayakan Khusus Mengikut Kategori Pemohon

  1. Pemohon merupakan calon lepasan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:
    • berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 25 tahun pada sesi pengajian semasa.
  2. Pemohon merupakan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan yang layak dipertimbangkan Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
    • berumur tidak melebihi 51 tahun pada sesi pengajian semasa;
    • telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
    • mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).
  3. Pemohon merupakan PSB dalam mana-mana skim perkhidmatan lain dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan:
    • berumur tidak melebihi 38 tahun pada sesi pengajian semasa;
    • telah berkhidmat sekurang-kurangnya empat (4) tahun dan telah disahkan dalam perkhidmatan; dan
    • mempunyai prestasi cemerlang dengan purata markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir berturut-turut tidak kurang daripada 85% (penilaian genap 12 bulan bagi setiap tahun).

(Rujukan: Bahagian Pengurusan Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia)

Syarat Latihan

Maklumat syarat lantikan, gaji, atau tugas-tugas jawatan boleh dicapai melalui portal rasmi SPA:
https://www.spa.gov.my/perkhidmatan/urusan-pengambilan/pengambilan-latihan-separa-perubatan 

Syarat Kelayakan Latihan Separa Perubatan Diploma dan SIjil Julai 2025

Kadar Elaun

Bertaraf Diploma

  • Elaun Sara Diri: RM 835.57/bulan.
  • Elaun Buku: RM 250.00/tahun.
  • Elaun Perkakas: RM 25.00/pengajian.
  • Elaun Kertas Projek: RM 90.00/tahun.
  • Elaun Jahitan Uniform: RM 45.00/sepasang.

Bertaraf Sijil

  • Elaun Sara Diri: RM 755.06/bulan.
  • Elaun Buku: RM 240.00/tahun.
  • Elaun Perkakas: RM 25.00/pengajian.
  • Elaun Kertas Projek: RM 80.00/tahun.
  • Elaun Jahitan Uniform: RM 45.00/sepasang.

Senarai Tempat Latihan

Tempat Latihan Sijil

  1. Pembantu Kesihatan Awam
    • ILKKM Sungai Buloh
    • ILKKM Sultan Azlan Shah
    • ILKKM Kuching (Kesihatan Awam)
  2. Pembantu Pembedahan Pergigian
    • Pusat Pergigian Kanak-Kanak (PPKK)
    • ILKKM Georgetown (Pergigian)

Tempat Latihan Diploma

  1. Jururawat
    • ILKKM Sultan Azlan Shah
    • ILKKM Alor Setar
    • ILKKM Bertam
    • ILKKM Kuala Pilah
    • ILKKM Sandakan
    • ILKKM Johor Bahru
    • ILKKM Kubang Kerian
    • ILKKM Kuching
    • ILKKM Kota Kinabalu
    • ILKKM Sungai Buloh
    • ILKKM Batu Pahat
    • ILKKM Sibu
    • ILKKM Kangar
    • ILKKM Tawau
  2. Penolong Pegawai Perubatan
    • ILKKM Sultan Azlan Shah
    • ILKKM Johor Bahru
    • ILKKM Kuching
    • ILKKM Kota Kinabalu
    • ILKKM Seremban
    • ILKKM Alor Setar
  3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
    • ILKKM Sungai Buloh
    • ILKKM Kuching
  4. Penolong Pegawai Farmasi
    • ILKKM Petaling Jaya
  5. Juru X-Ray (Diagnostik/Terapi)
    • ILKKM Sungai Buloh
    • ILKKM Alor Setar
  6. Jurupulih Perubatan (Fisioterapi)
    • ILKKM Kuala Lumpur
  7. Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
    • ILKKM Cheras
  8. Juruteknologi Makmal Perubatan
    • ILKKM Kuala Lumpur
  9. Juruteknologi Pergigian
    • ILKKM Georgetown
  10. Juruterapi Pergigian
    • ILKKM Georgetown

Cara  Permohonan

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :

https://spa9.spa.gov.my/login

Berikut adalah langkah-langkah permohonan;

  1. Permohonan SPA9
    • Isi borang sebelum tarikh tutup iklan latihan.
  2. Semakan Status Permohonan
    • Status boleh disemak melalui sistem SPA9.
  3. Semakan Penjadualan Ujian
    • Menghadiri Ujian Psikometrik (PSEE).
  4. Menghadiri Ujian
    • Ujian dijalankan secara online.
  5. Semakan Keputusan Ujian
    • Tidak berjaya akan diberhentikan di sini.
  6. Semakan Penjadualan Temuduga
    • Temuduga dijadualkan untuk calon yang berjaya.
  7. Menghadiri Temuduga
    • Dilaksanakan di pusat temuduga mengikut negeri.
  8. Semakan Keputusan Temuduga
    • Tawaran diberikan kepada calon yang berjaya.
  9. Tawaran Latihan
    • Tawaran latihan diberikan setelah proses selesai.

Soalan Lazim

1. Berapa kali sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan?

Sesi pengambilan bagi Latihan Separa Perubatan dilaksanakan dua (2) kali setahun iaitu bagi sesi kemasukan Januari dan Julai tertakluk kepada sebarang perubahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Saya telah mendapat tawaran Latihan Separa Perubatan. Di manakah tempat saya menjalani Latihan Separa Perubatan?

Pelatih separa perubatan akan menjalani Latihan Separa Perubatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat sembilan belas (19) ILKKM di seluruh Semenanjung Malaysia, tiga (3) di negeri Sabah dan tiga (3) di negeri Sarawak.

3. Berapa lamakah tempoh Latihan Separa Perubatan?

a. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil – 2 tahun
b. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma – 3 tahun dan setahun bagi Jururawat PSL.

4. Saya merupakan pegawai sedang berkhidmat. Bolehkah saya memohon Latihan Separa Perubatan?

Boleh memohon tertakluk memenuhi Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas bagi Latihan Separa Perubatan.

Lihat Juga:
Jawatan Kosong Pensyarah UMK (Universiti Malaysia Kelantan)

RELATED ARTICLES

TERKINI

Recent Comments