Universiti Utara Malaysia (UUM) sedang mencari calon Warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai pensyarah universiti.
Dalam iklan yang dikeluarkan pada 21 Julai 2024, terdapat 2 jenis jawatan yang di tawarkan iaitu gred DS45 dan DS51.
Berikut merupakan maklumat lengkap jawatan kosong pensyarah UUM gred DS45 dan DS51.
Jawatan yang Ditawarkan
UUM menawarkan dua gred jawatan pensyarah:
- Pensyarah Universiti Gred DS51: Tetap/Kontrak dengan gaji minimum RM5,855.00 dan maksimum RM12,445.00
- Pensyarah Universiti Gred DS45: Tetap/Kontrak dengan gaji minimum RM3,070.00 dan maksimum RM11,095.00
Tarikh Tutup Permohonan
21 Ogos 2024 (sebelum pukul 5.00 petang)
Penempatan
Kampus UUM Sintok, Kedah
Syarat Kelayakan Akademik
Berikut adalah syarat-syarat akademik bagi jawatan yang ditawarkan
- Calon perlu mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya.
- Bagi bidang kritikal, calon perlu mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya.
Bidang yang Diperlukan
UUM mencari calon dalam pelbagai bidang termasuk:
- (Bidang Kritikal)
- Tourism Management
- Event Management
- Seni Lukis / Seni Reka
- Fotografi
- Design Innovation
- Komposisi Muzik
- Produksi Muzik
- Animasi
- Golf / Sukan
- Finance dan Financial Economic
- Applied Linguistic, Sejarah, Sastera, Kesusasteraan
- Sosiologi Pendidikan, Psikologi Pendidikan, TESL, Pedagogi Akaun, Pedagogi Matematik, Pedagogi Moral, Pedagogi Sejarah, Pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan, Pentaksiran
- International Business
- Management Information System (MIS)
Cara Memohon
Calon perlu mengisi borang-borang berikut:
- Borang Permohonan Jawatan Akademik – Muat turun dari laman sesawang Jabatan Sumber Manusia www.jsm.uum.edu.my;
- Curriculum Vitae (CV) – Dikepilkan bersama gambar berukuran passport;
- Salinan Transkrip Akademik / Sijil – Dokumen perlu disahkan;
- Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
- Permohonan yang tidak menerima maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.
- Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Utara Malaysia.
- Tarikh Tutup Iklan: 21 Ogos 2024 (sebelum pukul 5.00 petang)
- Dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar melalui serahan tangan / pos / email ke:
Unit Perjawatan Akademik,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Jabatan Sumber Manusia,
06010, Sintok
Kedah Darul Aman
Tel: 04-928 3119
Email: [email protected]
Makluamat Penuh Iklan dan Borang
- Pensyarah Universiti UUM Gred: DS51 (Tetap/Kontrak)
- Pensyarah Universiti UUM Gred DS45 (Tetap/Kontrak)



Maklumat Ringkas tentang Universiti Utara Malaysia (UUM)
Sejarah
Universiti Utara Malaysia (UUM) ditubuhkan pada 16 Februari 1984 sebagai universiti awam keenam di Malaysia. Universiti ini direka khusus untuk memberi tumpuan kepada pendidikan pengurusan. Kampus utama UUM, dikenali sebagai Kampus Sintok, terletak di Sintok, Kedah, dan mula beroperasi pada 15 September 1990. Kampus ini terletak dalam kawasan lembah hutan hujan tropika yang indah dengan sungai yang mengalir di tengah-tengahnya.
Akademik
UUM dibahagikan kepada tiga kolej akademik utama:
- UUM College of Business (COB)
- UUM College of Arts and Sciences (CAS)
- UUM College of Law, Government and International Studies (COLGIS)
Universiti ini menawarkan pelbagai program dalam bidang pengurusan, perniagaan, ekonomi, sains sosial, undang-undang, dan banyak lagi. Kebanyakan program ijazah pertama diajar dalam bahasa Inggeris, dan pelajar juga diwajibkan belajar bahasa Melayu semasa pengajian mereka.
Kemudahan
Kampus Sintok dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti:
- Perpustakaan Sultanah Bahiyah
- Kompleks sukan
- Litar go-kart
- Padang golf 18 lubang
- Pusat Ekuestrian
Selain itu, UUM juga mempunyai dewan besar, dewan konvokesyen, dan asrama pelajar yang lengkap dengan kemudahan asas seperti medan selera, ruang rehat pelajar, dan perkhidmatan dobi.
Pencapaian

Universiti Utara Malaysia (UUM) diiktiraf sebagai universiti ke-71 terbaik dunia di bawah usia 50 tahun oleh Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2024, sekali gus meletakkannya sebagai universiti awam nombor satu di Malaysia.
Lokasi
Kampus utama UUM terletak di Sintok, Kedah, di kawasan yang hijau dan tenang, berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand. Kampus ini juga mempunyai cawangan di Kuala Lumpur yang menawarkan program pascasiswazah dalam pelbagai bidang.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawat laman web rasmi UUM di www.uum.edu.my.
Lihat Juga:
– Jawatan Kosong UniPSAS: Pensyarah DM51 Pelbagai Bidang
– Jawatan Kosong Zakat Pulau Pinang, MAINPP: 7 Kekosongan